omniture

T1 Glass Meraikan Ulang Tahun Yang Ke-8 Untuk Mentransformasikan Ruang Kerja di Rantau ASEAN

T1 Glass Systems Pte Ltd
2024-07-22 08:25 21

SINGAPURA, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- T1 Glass, bintang yang sedang meningkat naik dalam industri partisi kaca akustik, dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-8 mereka. Pencapaian ini menandakan perjalanan mereka daripada sebuah pasukan kecil bertiga kepada pengaruh serantau yang besar, didorong oleh inovasi, perkhidmatan berkualiti, dan komitmen teguh terhadap kecemerlangan.

Introducing T1 Glass Systems' innovative curved partition, seamlessly blending modern design with superior functionality
Introducing T1 Glass Systems' innovative curved partition, seamlessly blending modern design with superior functionality

Pencapaian dan Kejayaan

Lapan tahun yang lalu, T1 Glass memulakan misi untuk merevolusi ruang kerja. Hari ini, syarikat ini mempunyai pertumbuhan yang besar dalam saiz dan jangkauan, melayani pelanggan di seluruh rantau ASEAN, termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam. Pengembangan yang luar biasa ini menunjukkan kebolehan mereka menyesuikan diri, keinginan untuk berjaya, dan usaha bersama pasukan yang berbakat. Antara pencapaian penting mereka, T1 Glass telah menyelesaikan banyak projek berprofil tinggi, secara konsisten memberikan penyelesaian akustik yang disesuaikan untuk meningkatkan kawalan bunyi dan fleksibiliti ruang.

"Pertumbuhan kami selama lapan tahun yang lalu ialah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami," kata Gerry Lee, Pengarah Serantau T1 Glass. "Daripada sebuah permulaan kecil kepada nama yang dikenali dalam industri, perjalanan kami telah didorong oleh pengejaran kecemerlangan tanpa henti dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pelanggan kami."

Orang di Sebalik Kejayaan

Dedikasi pasukan T1 Glass ialah punca kepada pencapaian mereka. Pendekatan inovatif mereka dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan telah mengukuhkan reputasi mereka sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam industri. T1 Glass menggalakkan budaya keterangkuman, pembelajaran berterusan, dan pembangunan profesional, memastikan setiap anggota pasukan serba lengkap untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dan penyelesaian inovatif. Fokus mereka pada orang akan terus mendorong pencapaian masa depan.

Kelestarian juga menjadi komitmen utama bagi T1 Glass ketika mereka bergerak maju. Syarikat ini menyedari kepentingan mengurangkan kesan alam sekitar dan telah menetapkan matlamat kelestarian yang signifikan dalam operasi mereka, sejajar dengan standard global untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau.

Menghadap masa depan, fokus T1 Glass terhadap pembangunan kemahiran dan bakat kakitangan mereka kekal teguh. Mereka percaya bahawa kejayaan mereka dibina atas kekuatan pekerja mereka dan berdedikasi untuk memupuk persekitaran di mana pembelajaran dan kecemerlangan menjadi keutamaan. Komitmen terhadap kualiti dalam pengetahuan dan kepakaran ini akan terus membimbing T1 Glass untuk membentuk ruang kerja partisi.

Latar Belakang T1 Glass

T1 Glass ialah pembekal utama penyelesaian partisi kaca akustik, terkenal dengan keupayaannya untuk mengubahsuai ruang kerja dengan privasi pertuturan yang unggul dan fleksibiliti ruang. Dengan komitmen teguh untuk memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan produk berkualiti tinggi, T1 Glass mencipta persekitaran yang kondusif untuk pelanggan di seluruh rantau ASEAN. Mengamalkan inovasi dan kelestarian sebagai nilai teras, T1 Glass memastikan fungsi dan kecemerlangan reka bentuk dalam setiap projek yang mereka laksanakan.

Source: T1 Glass Systems Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Environmental Products & Services Corporate Expansion General Manufacturing