omniture

Vantage Markets Diiktiraf dengan memenangi Anugerah 'Broker Berbilang-Aset Terbaik' pada Online Money Awards 2024

Vantage
2024-07-22 09:40 38

PORT VILA, Vanuatu, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang-aset yang terkemuka, Vantage Markets (atau Vantage), dengan sukacitanya mengumumkan ia telah dianugerahkan dengan anugerah 'Broker Berbilang-Aset Terbaik' pada Online Money Awards. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan Vantage Markets untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang berkualiti tinggi dan nilai yang baik kepada komuniti pedagangnya di serata dunia.

Vantage Markets Diiktiraf dengan memenangi Anugerah 'Broker Berbilang-Aset Terbaik' pada Online Money Awards 2024
Vantage Markets Diiktiraf dengan memenangi Anugerah 'Broker Berbilang-Aset Terbaik' pada Online Money Awards 2024

Sejak beberapa tahun lalu, broker ini membina reputasi yang kukuh dalam kejujuran dan kebolehpercayaan. Dedikasinya kepada piawaian yang tinggi dan penambahbaikan yang berterusan telah membuahkan hasil dengan memperoleh kumpulan pelanggan yang setia. Pedagang di seluruh dunia menghargai sumber pendidikan komprehensif dan sokongan pelanggan yang disediakan oleh Vantage, yang membantu mereka membuat keputusan yang tepat dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka.

Dengan memastikan ketelusan yuran dan menaik taraf platformnya secara berkala, Vantage bermatlamat untuk menyediakan keadaan perdagangan kompetitif yang sesuai dengan keperluan pedagang moden yang pelbagai. Platform ini juga menawarkan data pasaran masa nyata, kelajuan pelaksanaan ultra pantas, antara muka mesra pengguna dan alatan dagangan canggih, yang penting demi perdagangan yang berkesan. Komitmen syarikat ini terhadap keselamatan dan pematuhan seterusnya memastikan agar dana dan maklumat peribadi pelanggan dilindungi.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, berkata, "Kami amat berbesar hati menerima anugerah 'Broker Berbilang-Aset Terbaik' daripada Online Money Awards. Di Vantage, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang terbaik untuk pelanggan kami, dengan meletakkan penekanan terhadap membuat keputusan termaklum penting dalam perkhidmatan kami. Penghargaan ini mencerminkan dedikasi pasukan kami untuk menawarkan penyelesaian perdagangan yang unggul dan perkhidmatan inovatif merentas pelbagai jenis instrumen kewangan.

"Terima kasih, Holiston Media, atas pengiktirafan ini. Kami tetap komited untuk menetapkan penanda aras industri yang baharu dan menyampaikan nilai yang luar biasa kepada komuniti pedagang kami yang luas di seluruh dunia, yang mempercayai jenama kami. Platform kami direka bentuk demi pelaksanaan perdagangan yang cekap dengan kependaman rendah, bagi memenuhi pelbagai keperluan perdagangan komuniti pedagang global kami."

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage dan perkhidmatannya, sila kunjungi www.vantagemarkets.com.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets  (atau Vantage) ialah broker berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology