omniture

Sennheiser lancar MKH 8030 mikrofon kondenser RF angka lapan

Sennheiser Electronic Asia Pte Ltd
2024-07-22 12:00 6

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Mikrofon kondenser RF MKH 8030 yang sudah lama dinantikan daripada Sennheiser dilengkapi dengan corak penangkap bunyi angka lapan (figure-of-eight) kini telah tiba. MKH 8030 bukan sahaja membuka pilihan rakaman stereo M-S, double M-S, dan Blumlein, tetapi juga pilihan terbaik di mana sahaja pengurangan diperlukan dari sumber bunyi berdekatan yang tinggi – sama ada sistem PA yang bunyinya perlu dihapuskan atau instrumen berdekatan yang bunyinya tidak mahu ditangkap. Keistimewaan bunyi MKH 8030 telah direka dengan teliti untuk memberikan gabungan harmoni dengan bunyi mikrofon siri MKH 8000 yang sedia ada.


The MKH 8030 figure-8 microphone allows recording professionals to capture pristine sound over an extended frequency range in nearly any environment. The MKH 8030 is ideal for M-S, double M-S, and Blumlein stereo recording options or wherever the highest attenuation of neighboring sound sources is required. Its unique design delivers superior sensitivity, wide frequency response, and an ideal polar pattern, so you can capture sound as authentically as possible.

"Kami sangat teruja untuk akhirnya melancarkan MKH 8030, mikrofon yang telah dinanti-nantikan oleh komuniti pengguna MKH selama beberapa tahun," kongsi Kai Lange, Pengurus Produk Profesional, Wire-bound. "8030 yang sangat padat ini sesuai untuk rakaman lapangan, sukan dan penyiaran umum, teater, rakaman orkestra dan muzik studio."

Siri mikrofon kondenser RF MKH 8000 Sennheiser

MKH 8030 menyertai mikrofon kondenser RF MKH 8020 (semua arah), MKH 8090 (kardioid lebar), MKH 8040 (kardioid), MKH 8050 (kardioid super), MKH 8060 (mikrofon laras pendek (short shotgun), kardioid super/lobar) dan MKH 8070 (mikrofon laras panjang (long shotgun), lobar). Juga sebahagian daripada siri ini ialah MKH 800 TWIN, mikrofon dwikapsul yang corak tangkapan bunyinya boleh diselaraskan di meja adun bunyi semasa rakaman, atau selepas rakaman sebenar semasa pascaproduksi.

Prinsip kondenser RF khas dan reka bentuk kapsul simetri memberikan mikrofon siri MKH 8000 pelbagai kelebihan yang hanya boleh diperoleh dalam siri ini: kepekaan luar biasa yang dipadankan dengan ketahanan dalam keadaan iklim yang buruk, tindak balas frekuensi yang luas, isyarat output seimbang yang terapung sepenuhnya, bunyi kendiri yang rendah, dan imej bunyi jelas yang semula jadi tanpa penyimpangan luar paksi.

Ciri-ciri ini membolehkan perakam dan jurutera bunyi menangkap bunyi secara keseluruhan dan terperinci, dengan dinamik yang luas, gangguan yang sangat rendah, dan corak polar yang sebahagian besarnya tidak bergantung kepada frekuensi. "Siri MKH 8000 ialah alat untuk mencipta bunyi semula jadi dengan kualiti dan perincian tertinggi," tambah Lange.

Aksesori baharu untuk siri MKH 8000

Untuk menyesuaikan orientasi kiri/kanan MKH 8030, tiub sambungan MZE siri ini telah dikemas kini dan dilengkapi dengan kepala yang boleh diputar, manakala penyambung tiub MZGE 8000 telah ditambah baik, kini menampilkan reka bentuk yang lebih mantap. Aksesori baharu dalam portfolio aksesori ialah MZH 8042 gooseneck, yang membawa kualiti audio yang luar biasa daripada mikrofon MKH yang disambungkan, contohnya MKH 8040, ke podium.

MKH 8030 tersedia dari Mei 2024 pada harga EUR 1,499 (MSRP) / USD 1,499 (MAP). Penghantaran termasuk perisai angin busa MZW 8030, pengepit mikrofon MZQ 8000 dan dua klip membelakang Rycote untuk menggandingkan mikrofon.

Data Teknikal MKH 8030

Prinsip mikrofon: Kondenser RF
Corak penangkap bunyi: angka lapan (figure-of-eight)
Tindak balas frekuensi: 30 - 50,000 Hz
Tahap hingar bersamaan: 13 dB(A)
SPL maksimum: 139 dB
Dimensi: Ø 19 mm/21 mm, panjang: 59 mm (93 mm dengan modul XLR)
Berat: lebih kurang 86 g dengan modul XLR

Sennheiser MKH 8030 berharga RM 8,295 dan boleh didapati di pengedar rasmi Sennheiser, TEGAS.

Alamat: 17, Jalan PJU 8/3B, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nombor Telefon: 03-7729 6640
Laman Web: Hasil carian untuk "sennheiser" – Tegas Broadcast & Multimedia

Gambar yang disertakan dalam siaran media ini dan gambar produk tambahan boleh dimuat turun di sini.

Source: Sennheiser Electronic Asia Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services