omniture

Hypontech Tersenarai Antara Pembekal Penyongsang Fasa-Tunggal 9 Teratas Global oleh Wood Mackenzie

Hypontech
2024-07-22 21:28 60

SUZHOU, China, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Hypontech, sebuah syarikat inovasi teknikal yang terkemuka telahpun disenaraikan antara pembekal penyongsang fasa-tunggal global 9 teratas bagi tahun 2023 menurut data yang dikeluarkan oleh organisasi penyelidikan tenaga antarabangsa yang terkemuka, Wood Mackenzie.


Sejak penubuhannya, penyongsang fasa-tunggal siri hypon HPS menjadi salah satu modul utama Hypontech. Siri HPS ini memperoleh pelbagai anugerah sejak pelancarannya dan mendapat pengiktirafan tinggi oleh pasaran atas prestasinya yang cemerlang. Bagi meningkatkan prestasi pelesapan haba, penyongsang ini mengguna pakai teknologi penuangan beracuan sekeping dan modul PCBA bersepadu. Tahun ini, Hypontech memperkenalkan penyongsang fasa-tunggal HPS 3-6K PRO yang terkini, membawakan penaiktarafan yang ketara seperti peningkatan arus input maksimum kepada 16A, fungsi AFCI, pemantauan dalam talian 24 jam dan banyak lagi. Penambahan ini meningkatkan lagi tahap keselamatan, keandalan produk dan pengalaman pengguna.

"Kami amat berbesar hati kerana dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam pasaran global," kata Leng Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Hypontech. "Sejak penubuhan kami, Hypontech mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi dan mengembangkan bahagian pasaran kami. Kami komited untuk menyediakan penyongsang dan penyelesaian tenaga yang pintar, andal dan cekap bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya di serata dunia. Seiring dengan komitmen kami kepada inovasi teknologi dan pengoptimuman produk, kami memberi penekanan tinggi ke atas pelaburan yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kolaborasi erat bersama pelanggan kami. Ini membolehkan kami menyediakan perkhidmatan prajualan, jualan dan selepas jualan yang komprehensif demi memastikan pengalaman pelanggan sebaik mungkin."

Jenama Hypontech sudah lama digemari oleh pelanggan. Sama ada kedudukan globalnya yang diterbitkan oleh Wood Mackenzie, anugerah "Top PV Brand" EUPD selama empat tahun berturut-turut atau pengiktirafan sistem storan tenaga Hypontech dalam Pemeriksaan Storan Tenaga 2024 HTW Berlin, penghargaan ini menekankan pertumbuhan pesat dan keyakinan pelanggan terhadap produk Hypontech.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

https://www.hypon.com/index.html

Latar Belakang Hypontech 

Hypontech ialah sebuah syarikat inovasi teknikal yang terkemuka, mengkhusus dalam penyongsang PV teragih dan penyelesaian pengurusan tenaga pintar. Sebagai penyedia penyelesaian yang komprehensif, kami komited terhadap konsep penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu 'kualiti dalam DNA kami,' menerobos halangan teknikal industri secara berterusan dan memperoleh lebih 100 paten dan hak cipta. Portfolio produk kami yang pelbagai bermula daripada 350W hingga 80KW, diperakui melalui ujian yang ketat, menjamin liputan komprehensif dalam penyongsang grid kediaman dan komersial, sistem storan tenaga, mikropenyongsang serta penyelesaian pengurusan tenaga pintar.

Source: Hypontech
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities