omniture

Inovasi Rintis SANY Bantu Pembinaan Jambatan Shiziyang di GBA China

SANY Group
2024-07-22 22:47 36

SHANGHAI, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- SANY Group ("SANY") mencipta kejayaan penting dalam pembinaan Jambatan Shiziyang, sebuah projek pembinaan utama di Kawasan Teluk Besar ("GBA") Guangdong-Hong Kong-Macau China. Empat unit trak pam SANY telahpun selesai menuangkan lapisan terakhir platform galas kanan pada menara timur Jambatan Shiziyang, lalu melakar kejayaan penyiapan pembinaan platform rasuk galas pada jambatan gantung dua tingkat yang terbesar di dunia.

Jambatan Shiziyang mempunyai jumlah panjang 35.1 kilometer. Setelah siap, ia akan menjadi laluan penting yang menghubungkan tebing timur dan barat Muara Sungai Mutiara, seterusnya menggalakkan pembangunan GBA yang berkualiti tinggi sebagai sebahagian daripada "teluk dalaman emas."

Peralatan SANY melengkapkan platform galas menara timur 

Jambatan Shiziyang, sebuah jambatan gantung kekuda keluli dua tingkat 2,180-meter-panjang, menyeberangi Sungai Mutiara tanpa tiang jambatan di tengah-tengah muara dan ia mencatatkan lima rekod dunia kerana memiliki rentang terpanjang, bilangan lorong paling banyak dan menara utama tertinggi serta mempunyai skala kabel utama terbesar dan asas penambat.

Platform galas menara timur mempunyai dua struktur bulat yang berdiameter 40 meter dan mempunyai ketinggian 9 meter, memiliki isipadu kasar 25,000 meter padu. Ia menggunakan konkrit berkekuatan tinggi C45, satu cabaran pembinaan yang besar untuk peralatan ini. Empat unit trak pam SANY beroperasi selama 22 jam tanpa henti dan berjaya menyelesaikan tugasan ini.

SANY’s Breakthrough Innovation Aids Construction of Shiziyang Bridge in China’s GBA
SANY’s Breakthrough Innovation Aids Construction of Shiziyang Bridge in China’s GBA

Meningkatkan kecekapan pembinaan dengan inovasi teknologi 

Trak pam SANY membawakan sistem pam tekanan tanpa pepijak dan teknologi injap utama digital, meningkatkan perubahan arah sebanyak 20%—membolehkan beban bahan tambahan dipam setiap jam. Sistem ini mencegah paip tersumbat dan memastikan operasi menjimatkan tenaga yang pintar. Selain itu, teknologi penindasan aktif bum mengehadkan amplitud hujung kepada dalam lingkungan 20 sentimeter, bagi memastikan operasi trak yang lebih lancar.

Dalam pada itu, perubahan penghantaran kuasa serba baharu menjimatkan kos bahan api dengan ketara dengan menurunkan kelajuan operasi enjin sebanyak 300rpm, menjimatkan kira-kira 40,000 yuan bagi kos bahan api untuk isipadu operasi 60,000 meter padu setahun.

"SANY menumpukan kepada misi 'Kualiti Mengubah Dunia,' menyokong infrastruktur global dengan teknologi yang inovatif, cekap dan hijau. Kejayaan penyiapan platform galas menara timur Jambatan Shiziyang memperlihatkan kepimpinan SANY dalam inovasi teknologi dan kecekapan pembinaan, seterusnya menetapkan penanda aras industri yang baharu," kata Xiang Wenbo, Pengerusi Bergilir SANY Group.

 

Source: SANY Group
Keywords: Construction/Building Machinery Transportation Utilities General Manufacturing