omniture

Daripada Kepayahan Menuju Kejayaan: Teknologi Enjin Weichai Tingkatkan Kecekapan Kapal Nelayan Malaysia sebanyak 43%

Weichai Power Co.,Ltd
2024-07-23 08:38 4

SINGAPURA, 22 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Enjin X6170 daripada Weichai terbukti bersifat transformatif untuk kapal nelayan Malaysia. Dipasang pada kapal pukat tunda yang berpangkalan di Kuantan, ia memberikan peningkatan kecekapan sebanyak 43% yang luar biasa, lalu membolehkan kapal ini menebar 12 lagi pukat bagi setiap perjalanan sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak hampir 30%. Kejayaan ini bukan sahaja melangkaui jangkaan bahkan turut menonjolkan komitmen Weichai kepada inovasi dalam pasaran enjin marin yang kompetitif.

Meningkatkan kecekapan dalam pasaran enjin marin yang kompetitif bukanlah sesuatu yang mudah. Berdepan dengan pesaing-pesaing yang mantap seperti Caterpillar dan Cummins, Weichai mengatasi cabaran yang ketara melalui pelaburan yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan. Enjin X6170 menjadi bukti usaha ini, menetapkan standard industri yang baharu dengan prestasi dan keandalannya yang cemerlang. Hasilnya, Weichai memperoleh daya tarikan yang besar di wilayah ini, seterusnya menimbulkan minat daripada syarikat-syarikat perikanan lain yang amat berminat untuk meningkatkan kecekapan armada mereka dengan teknologi daripada Weichai.


"Teknologi ini menjadi pengubah keadaan buat kami," menurut seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat perikanan di Kuantan. "Kami dapat melihat faedah serta-merta baik dari segi penjimatan kos operasi mahupun peningkatan produktiviti."

Prestasi mengagumkan dan kecekapan bahan api daripada enjin X6170 memberi kedudukan kepada Weichai sebagai peneraju bagi penyelesaian kuasa marin di Malaysia, memacu pertumbuhan yang ketara dan memperkukuh reputasinya bagi kualiti dan inovasi dalam industri maritim yang kompetitif.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://en.weichai.com.

Source: Weichai Power Co.,Ltd
Related Stocks:
HongKong:2338
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation