omniture

Malaysia membuka jalan untuk industri automotif bertenaga elektrik

Messe Frankfurt (HK) Ltd
2024-07-23 10:49 14

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara ASEAN, Malaysia merupakan destinasi yang perlu diperhatikan dalam transformasinya menjadi kuasa serantau untuk kenderaan tenaga baharu dan perintis penyelesaian mobiliti. Pembangunan AHTV menandakan visi negara untuk mempromosikan transformasi digital, menangani pelepasan karbon dan mendorong penggunaan kenderaan tenaga baharu.

Jualan kenderaan elektrik makin meningkat. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (Malaysian Automotive Association), rekod jualan mencapai 6,617 unit, iaitu peningkatan sebanyak 112 peratus dari angka yang direkodkan pada separuh tahun pertama 2023. Ini  satu petunjuk positif mengenai trajektori pertumbuhan yang kuat pada separuh kedua tahun 2024.

Dengan demikian, kemasukan jenama EV ke dalam pasaran Malaysia dijangka mempercepatkan perkembangan keseluruhan rantaian bekalan automotif, menjadikan negara ini sebagai tarikan utama untuk pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment - FDI) di kalangan pengeluar kereta global. Sebagai contoh, AHTV menjangkakan untuk menarik pelaburan sebanyak RM 32 bilion (USD 6.8 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pertumbuhan ini juga didorong oleh inisiatif dan insentif kerajaan, seperti elaun pelaburan cukai dan status perintis, pengecualian duti, dan banyak lagi.

Peralihan ini dapat dilihat dalam kehidupan harian dengan peningkatan e-dagang, perkongsian tunggangan (ridesharing), dan perkhidmatan penghantaran makanan menjadi kebiasaan. Pengguna juga semakin beralih kepada platform dalam talian dan menuntut pilihan yang lebih diperibadikan dan mesra alam. Tren dan perkembangan gaya hidup ini membuka peluang baharu kepada keseluruhan industri automotif merentasi Pengeluar Peralatan Asal (Original Equiment Manudacturer - OEM) dan pascapasaran, mendorong kemajuan inovatif dan kelestarian.

Solusi sedemikian akan dipamerkan sepenuhnya pada edisi Automechanika Kuala Lumpur akan datang. Dianjurkan dari 1 hingga 3 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre - KLCC), pameran ini dijangka menyambut lebih 300 pempamer dari 20 negara dan daerah yang dimuatkan dalam ruang pameran sebesar 9,710 meter persegi. Acara tersebut akan mempamerkan pelbagai perkara seperti rantaian bekalan termasuk bahagian dan komponen, diagnostik dan pembaikan, badan kereta dan cat, aksesori, penjagaan kereta, minyak dan pelincir, kustomisasi serta penyelesaian mobiliti automotif.

Selain itu, Persidangan Penyelesaian Mobiliti Automotif (Automotive Mobility Solutions Conference) akan menjadi tumpuan pada dua hari pertama pameran. Ia akan membincangkan pelbagai topik merentasi rantaian bekalan, termasuk penyelesaian mobiliti automotif, elektrifikasi dan pendigitalan, logistik automotif, pergudangan dan rantaian bekalan, serta pembuatan automotif, transformasi dan automasi.

Acara sampingan: www.automechanika-kl.com/events
Pendaftaran percuma: www.automechanika-kl.com/visitor

Source: Messe Frankfurt (HK) Ltd
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Trade show news Future Events