omniture

TerraPay membolehkan institusi kewangan menghantar pembayaran akaun ke dompet antarabangsa menggunakan Swift

TerraPay
2024-07-23 11:36 66

LONDON, 23 Julai 2024 /PRNewswire/ -- TerraPay, syarikat pergerakan wang global, pada hari ini mengumumkan bahawa institusi kewangan boleh menghantar wang terus ke lebih daripada 2.1 bilion dompet mudah alih di seluruh dunia menggunakan ketersambungan Swift sedia ada syarikat itu, meningkatkan pengalaman pembayaran rentas sempadan untuk perniagaan dan pengguna.

Pembayaran yang dimulakan oleh institusi kewangan melalui Swift akan sampai ke sistem TerraPay dengan pantas dan cekap, serta dengan ketelusan yang menyeluruh dari akaun ke dompet, dikuasakan oleh keupayaan penjejakan transaksi Swift. Swift menghubungkan lebih daripada 11,500 institusi kewangan di lebih 200+ negara.

Rangkaian luas TerraPay memudahkan pembayaran ke lebih daripada 2.1 bilion dompet mudah alih dan 7.5 bilion akaun bank di seluruh dunia, memberikan penerima fleksibiliti untuk menerima dana dalam mata wang pilihan masing-masing. Jangkauan yang luas ini menegaskan komitmen teguh TerraPay untuk memupuk keterangkuman dan kebolehcapaian kewangan pada skala global. Ini juga menandakan kemajuan lanjut ke arah matlamat G20 untuk meningkatkan kepantasan, ketelusan lebih tinggi, akses lebih besar dan kos lebih rendah dalam transaksi rentas sempadan.

Ambar Sur, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di TerraPay, berkata: "Perkembangan ini merupakan lonjakan strategik ke hadapan dalam misi kami untuk merevolusikan landskap pembayaran rentas sempadan. Melalui penggabungan keupayaan peneraju industri Swift dengan infrastruktur digital TerraPay yang canggih, kami memperkasa institusi kewangan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang dengan kepantasan dan ketelusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini."

"Ini bukan sahaja menegaskan komitmen kami terhadap inovasi, tetapi juga dijajarkan dengan lancar menurut visi kami dalam usaha memupuk ekosistem kewangan tanpa sempadan apabila pemindahan wang ke mana-mana dilaksanakan dengan segera, andal dan mengikut peraturan, terutamanya kepada pengguna yang kurang diberikan perhatian. Kami menganggarkan yang kami menjangkau seramai 600 juta pengguna tanpa akaun bank."

Thierry Chilosi, Ketua Pegawai Perniagaan di Swift, berkata: "Ini sentiasa menjadi sesuatu yang menarik dapat melihat penyedia perkhidmatan kewangan seperti TerraPay menggunakan Swift untuk menginovasi tawaran syarikat itu dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkat. Ini menggariskan kebergunaan luas rangkaian Swift yang sangat selamat, terangkum secara global dan menunjukkan cara kami melengkapkan komuniti kami bagi memenuhi jangkaan untuk pilihan dan kesederhanaan yang semakin meningkat dalam transaksi rentas sempadan."

Maklumat Tentang TerraPay:

TerraPay memudahkan pergerakan wang global – dengan menyediakan sambungan tunggal ke rangkaian pembayaran rentas sempadan paling luas yang dikawal selia di 30 pasaran global dan membolehkan pembayaran ke 144 negara penerima, 210+ negara penghantar, akaun bank sebanyak 7.5Bn+ manakala dompet mudah alih pula sebanyak 2.1Bn+. TerraPay sedang dalam misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, memastikan pergerakan wang ke mana-mana dilaksanakan dengan segera, andal, telus dan mengikut peraturan sepenuhnya. TerraPay menganjak sempadan untuk perniagaan global – terdiri daripada bank, teknologi kewangan (fintech) dan pengendali pemindahan wang sehingga ke sektor pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang – sambil memacu keterangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling tidak boleh diakses. Diasaskan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London dengan pejabat global di Bangalore, Dubai, Miami, Bogota, Dar es Salaam, Kampala, Hague, Dakar, Johannesburg, Nairobi, Milan, Singapura dan berkembang pesat selepas menerima pembiayaan daripada pelabur terkemuka, termasuk IFC (Bank Dunia), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Juveria SamrinJuveria.n@TerraPay.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology