omniture

Mouser Akan Sertai EMAX 2024 di Pulau Pinang

Mouser Electronics
2024-07-23 14:32 5

PULAU PINANG, Malaysia, 23 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) terkemuka dengan pilihan semikonduktor dan komponen elektronik yang paling luas™, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam Electronics Manufacturing Expo Asia (EMAX) 2024bersama rakan-rakannya yang dihargai seperti Analog Devices dan Phoenix Contact, yang akan diadakan dari 24 hingga 26 Julai 2024 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang, Malaysia.


"Malaysia telah muncul sebagai destinasi utama bagi syarikat industri elektronik, dengan menduduki tempat keenam di dunia dalam eksport semikonduktor," kata Daphne Tien, Naib Presiden Pemasaran & Pembangunan Perniagaan untuk Mouser APAC. "Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan E&E global, dengan enam daripada dua belas syarikat semikonduktor berada di Malaysia. Mouser teruja untuk sekali lagi menyokong acara menarik ini yang menawarkan peluang khusus untuk komuniti kejuruteraan untuk berhubung dan belajar."

EMAX ialah pameran teknologi dan peralatan Pembuatan dan Pemasangan Elektronik yang utama, terbesar di Pulau Pinang, di mana pengeluar cip, semikonduktor, dan pembekal peralatan dari seluruh dunia berkumpul untuk mempamerkan perkembangan terkini dalam industri ini. Mouser akan mempamerkan rangkaian produk elektronik terbaharu untuk reka bentuk dan projek di reruai kami, di mana pengunjung boleh meneroka katalog produk yang disahkan yang luas dari lebih 1,200 pengeluar terkemuka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EMAX 2024, layari: https://www.mouser.com/emaxasia/

Latar Belakang Mouser Electronics

Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik sah, yang memberi tumpuan kepada Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar terkemukanya. Memberi perkhidmatan kepada komuniti jurutera reka bentuk elektronik dan pembeli global, laman web pengedar global, mouser.com, tersedia dalam pelbagai bahasa dan mata wang dan menampilkan lebih daripada 6.8 juta produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 28 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dalam bahasa, mata wang, dan zon waktu tempatan. Pengedar ini menghantar kepada lebih 650,000 pelanggan di 223 negara/wilayah dari kemudahan pengedaran seluas 1 juta kaki persegi yang canggih di kawasan metro Dallas, Texas. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mouser.com/.

 

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Trade show news