omniture

Finastra bekerjasama dengan CredAble untuk menyampaikan tawaran kewangan rantaian bekalan holistik kepada bank di seluruh dunia

Finastra
2024-07-23 21:56 24

Finastra Trade Innovation, disepadukan dengan platform kewangan rantaian bekalan CredAble, membolehkan bank mengembangkan perniagaan pembiayaan perdagangan dan kewangan rantaian bekalan masing-masing serta menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkat

LONDON, 23 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Finastra, penyedia aplikasi perisian kewangan dan pasaran global, pada hari ini mengumumkan perkongsian syarikat berkenaan dengan CredAble, platform kewangan modal kerja, untuk mengembangkan kefungsian Finastra Trade Innovation. Kini platform CredAble yang mempunyai pelbagai ciri, disepadukan dengan penyelesaian, menyediakan pelanggan baharu dan sedia ada tawaran kewangan rantaian bekalan yang menyeluruh. Hasilnya, bank boleh mempercepat pertumbuhan hasil masing-masing, mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menawarkan korporat rangkaian perkhidmatan kewangan yang lebih luas dalam platform tunggal.

 

 

"Dalam iklim ekonomi yang sukar pada masa kini, lebih penting bagi korporat mengoptimumkan modal kerja masing-masing dan mengekalkan kecairan masa nyata untuk pertumbuhan jangka panjang berbanding sebelum ini," kata Satyam Agrawal, Ketua Produk & Pinjaman Perniagaan Runcit Global, MD ASEAN & ME di CredAble. "Melalui penggabungan platform kewangan rantaian bekalan yang dikuasakan AI kami dengan penyelesaian pembiayaan perdagangan Finastra yang terkemuka dan jangkauan global, kami menyampaikan tawaran pembiayaan perdagangan dan kewangan rantaian bekalan holistik yang menyeluruh kepada lebih banyak bank di seluruh dunia. Ini membolehkan bank meluaskan dan meningkatkan operasi masing-masing untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan, sambil memastikan perkhidmatan yang ditawarkan terus memenuhi permintaan korporat pada hari ini."

Inovasi Perdagangan ialah platform perkhidmatan perdagangan yang menggunakan proses pembayaran elektronik secara automatik, pendigitalan dan analisis data bagi mendayakan perdagangan pintar untuk pertumbuhan, serta berkembang dengan pematuhan, pelanggan dan permintaan yang berdaya saing. CredAble ialah platform modal kerja yang membolehkan bank menyediakan penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan yang luas, memberikan perkhidmatan kepada pelbagai perusahaan dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), serta membuka peluang memperoleh hasil yang lumayan. Perkongsian ini menggabungkan kefungsian terbaik untuk menyediakan tawaran menyeluruh yang dipertingkat untuk pembiayaan perdagangan dan kewangan rantaian bekalan.

"Bagi memudahkan perkhidmatan pembiayaan perdagangan yang benar-benar berinovatif, berkaitan dan terbuka, ekosistem rakan kongsi kami memainkan peranan penting," kata Anastasia McAlpine, Ketua Pengurusan Produk untuk Pembiayaan Perdagangan dan Kewangan Rantaian Bekalan di Finastra. "Dengan menambah kefungsian Inovasi Perdagangan dengan tawaran kewangan rantaian bekalan CredAble yang mempunyai pelbagai ciri, kami memberikan pelanggan semasa dan pelanggan masa depan kami akses kepada pelbagai perkhidmatan yang lebih luas bagi membolehkan keperluan pelanggan masing-masing yang semakin meningkat dapat dipenuhi. Perkongsian ini memastikan institusi boleh terus berinovasi dengan pantas, mengurangkan masa untuk menilai dan menggunakan data untuk membuat keputusan merentasi keseluruhan portfolio kewangan modal kerja dan rantaian bekalan masing-masing, akhirnya menyokong peningkatan pertumbuhan untuk perniagaan dan pelanggan institusi berkenaan. Ini ialah satu lagi contoh cara Finastra memanfaatkan kuasa kewangan terbuka dan API untuk membina ekosistem berkuasa yang memberikan nilai tambahan."

Maklumat Tentang Finastra

Finastra ialah penyedia aplikasi perisian kewangan dan pasaran global, serta melancarkan platform terbuka terkemuka untuk inovasi, FusionFabric.cloud, pada tahun 2017. Syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada institusi dalam pelbagai saiz, menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan perisian yang memenangi anugerah merentasi Pinjaman, Pembayaran, Perbendaharaan & Pasaran Modal dan Perbankan Sejagat (Perbankan Runcit, Digital dan Komersial) untuk bank menyokong hubungan perbankan langsung dan berkembang melalui saluran tidak langsung, seperti kewangan terbenam dan Perbankan sebagai Perkhidmatan. Pendekatan rintisan dan komitmen syarikat terhadap kewangan dan kerjasama terbuka merupakan sebab perniagaan ini dipercayai oleh lebih 8,000 institusi, termasuk 45 daripada 50 bank terbaik dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi finastra.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1916021/4823354/FINASTRA_Logo.jpg

Source: Finastra
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Financial Technology