omniture

Shutterstock Melengkapkan Pengambilalihan Envato

Shutterstock, Inc.
2024-07-24 01:00 29

NEW YORK, 24 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran, melengkapkan pengambilalihan Envato Pty Ltd. yang diumumkan sebelum ini  ("Envato"), peneraju dalam aset dan templat kreatif digital.

Shutterstock completes acquisition of Envato, a leader in digital creative assets and templates
Shutterstock completes acquisition of Envato, a leader in digital creative assets and templates

Sorotan Strategik:

  • Melengkapi tawaran sedia ada Shutterstock dengan Envato Elements, tawaran langganan berbilang aset tanpa had yang terkemuka
  • Memperluas jangkauan Shutterstock dalam kalangan khalayak yang lebih pesat berkembang seperti pekerja bebas, penggemar, perniagaan kecil dan agensi
  • Menambah 650 ribu pelanggan, lebih daripada dua kali ganda pangkalan pelanggan Shutterstock kepada 1.15 juta
  • Meningkatkan hasil Kandungan Shutterstock daripada video, audio, grafik, fon dan templat
  • Mengukuhkan perpustakaan kandungan Shutterstock dengan 10 juta imej, 6 juta video, 1 juta klip audio, 0.5 juta templat dan 0.2 juta grafik & fon
  • Mempelbagaikan lagi Shutterstock kepada jenis kandungan baharu termasuk kod & tema web, contoh produk, fon dan templat (misalnya, Slides, PowerPoint, Keynote, WordPress, video, reka bentuk untuk kiriman sosial, permainan, audio siar dan cetakan atas permintaan)
  • Penyelesaian urusan bertepatan dengan pelancaran identiti jenama visual baharu Envato, yang pada masa ini dalam pelancaran berperingkat di seluruh laman web, yang menandakan peristiwa penting dalam evolusi dan komitmen syarikat terhadap kreatif

MAKLUMAT TENTANG SHUTTERSTOCK
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran. Didorong oleh jutaan pencipta di seluruh dunia, enjin data yang semakin berkembang dan dedikasi kepada inovasi produk, Shutterstock ialah platform global terkemuka untuk pelesenan daripada koleksi model, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi 3D berkualiti tinggi yang paling luas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia, kepada berita terkini dan akses editorial hiburan senarai A, kepada platform penyuntingan kandungan semua dalam satu dan perkhidmatan produksi studio—kesemuanya menggunakan teknologi berinovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling menyeluruh untuk merealisasikan penceritaan.

Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, X, Facebook dan YouTube.

PERNYATAAN PANDANG KE HADAPAN
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah ialah berpandangan ke hadapan. Contoh pernyataan pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan berkenaan pengambilalihan, panduan, prospek industri, perniagaan masa depan, pencapaian operasi atau keadaan kewangan pada masa depan, ciri baharu atau dirancang, produk atau perkhidmatan, strategi pengurusan dan kedudukan daya saing kami. Anda boleh mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan melalui perkataan seperti "mungkin boleh," "akan," "mungkin akan," "sepatutnya," "boleh," "jangka," "duga," "percaya," "anggar," "berniat," "rancang," "ramal," "unjurkan," "cari," "potensi," "peluang" dan ungkapan serupa dan negatif daripada ungkapan tersebut. Walau bagaimanapun, tidak semua pernyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan ini. Pernyataan pandang ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan besar berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, antara lain, yang dibincangkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan terkini kami dalam Borang 10-K, serta dalam dokumen lain yang boleh difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham.  Faktor berkaitan dengan transaksi yang dibincangkan dalam dokumen ini yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan besar berbanding yang dipertimbangkan oleh pernyataan pandang ke hadapan termasuk: kesan gangguan kepada perniagaan kami atau sasaran masing-masing; kesan kos transaksi; keupayaan kami untuk mencapai manfaat daripada transaksi yang dicadangkan; keupayaan kami untuk mengintegrasikan operasi yang diperoleh secara berkesan ke dalam operasi kami; keupayaan kami untuk mengekalkan dan mengupah kakitangan sasaran utama; dan kesan daripada apa-apa liabiliti yang tidak diketahui. Akibat daripada risiko, ketidakpastian dan faktor tersebut, keputusan sebenar Shutterstock mungkin berbeza dengan besar berbanding keputusan, prestasi atau keputusan masa depan yang dibincangkan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini. Pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam pengumuman ini hanya dibuat pada tarikh ini dan Shutterstock tidak memegang apa-apa kewajipan untuk mengemas kini maklumat yang termasuk dalam pengumuman ini atau menyemak semula apa-apa pernyataan pandang ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya, kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2466527/LI_tile_2C.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/Shutterstock_Red_Logo.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers