omniture

CX Asia Week 2024 Menjanjikan Revolusi Pengalaman dengan Pandangan Mendalam Baharu dan Fokus Inovatif

IQPC | CX Asia
2024-07-25 14:21 33

SINGAPURA, 25 Julai 2024 /PRNewswire/ -- CX Asia Week 2024, kembali untuk edisi ke-12nya, bersedia untuk mentakrifkan semula landskap pengalaman pelanggan. 


 


Jamie Tan, Pengurus Besar IQPC Asia, dengan tepat sekali menyebut, acara ini memperkukuh kedudukannya sebagai perhimpunan yang "wajib dihadiri" untuk golongan profesional CX. Edisi pada tahun ini berjanji untuk menjadi acara yang lebih memberi impak, dengan fokus kepada pemperibadian dan kuasa transformatif AI.

Qinthara Fasya, Penerbit Persidangan, membayangkan masa depan yang mana perjalanan pelanggan adalah seakrab perbualan bersama teman rapat. Acara ini akan menyelami strategi untuk mencapai tahap pemperibadian ini melalui mikrosegmentasi dan pemanfaatan AI generatif.

Di bawah bimbingan pakar iaitu Kursi Katja Forbes, acara ini bersedia untuk menyampaikan nilai yang tiada tandingan. Forbes menekankan kepentingan tema pada tahun ini, "Revolusi Pengalaman: Cipta Perjalanan yang Diidamkan oleh Pelanggan" ("Experience Revolution: Design the Journeys Customers Crave") dalam menumpukan kepada landskap CX yang semakin berkembang. Menerusi program beraneka yang menampilkan pemimpin industri, bengkel interaktif dan peluang perangkaian, CX Asia Week 2024 bersedia menjadi pemangkin untuk inovasi dan pertumbuhan di rantau ini.

Pakar CX Baharu Mengambil Pentas 
Buat julung kalinya, lebih 60% pakar CX yang mengadakan pembentangan merupakan wajah baharu, membawa perspektif baharu daripada:

  • LinkedIn Top Voice for AI: Dominique Rose Van-Winther, Ketua Evangelis AI, Ketua Pegawai Eksekutif, Final Upgrade AI
  • May Chin, Ketua Pertumbuhan Produk & Analitis, ZALORA
  • Teeraphol Ambhai, Ketua Pengalaman Carian - Martech (Teknologi Pemasaran), Bumrungrad International Hospital
  • Kirk Chua, Ketua Khidmat Pelanggan, Pengurus Besar Bersekutu, Perkhidmatan Operasi Lapangan Terbang, Changi Airport Group
  • Gina Lim, Ketua Pengalaman Pelanggan, AIG Asia Pacific Insurance

Mendedahkan Ciri-ciri Baharu dan Menarik
Ciri baharu pada tahun ini ialah Lawatan Penghayatan Ilmu (Knowledge Immersion Visit) ke Changi Experience Studio dan NCS Office. Para hadirin juga boleh mendalami Hari Fokus berhubung AI Gen dan Sentuhan Manusia, mengoptimumkan titik sentuh pelanggan dan meneroka perkaitan antara kepuasan pekerja dan pelanggan.

Sertai kami untuk berhubung, belajar dan membentuk masa depan CX. Kunjungi www.cxasiaweek.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini! 

Latar Belakang IQPC & CX Asia:
IQPC ialah peneraju global bagi acara perniagaan-ke-perniagaan, menawarkan campuran dinamik platform dalam talian dan luar talian untuk para eksekutif merentas industri-industri. CX Asia Week, sebuah acara IQPC, mengukuhkan kedudukannya sebagai perhimpunan ulung untuk pemimpin pengalaman pelanggan Asia. Selama dua belas tahun, ia menghimpunkan pakar industri untuk berkongsi pandangan, memupuk hubungan serta memacu inovasi dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Hubungi:
Suhailah Ishak 
suhailah.ishak@iqpc.com.sg

Source: IQPC | CX Asia
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Trade show news Artificial Intelligence