omniture

Hisense Semarakkan Semangat Kesukanan dengan Tontonan Skrin Besar dari Paris

Hisense
2024-07-29 08:34 34

QINGDAO, China, 29 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala acara sukan yang terbesar di dunia mula berlangsung, Hisense, peneraju global bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas menyemarakkan semangat kesukanan terus dari Paris menerusi kempen 'Permainan Besar, Skrin Besar'.

Hisense ignites sporting passion with ‘Big Game, Big Screen’ campaign
Hisense ignites sporting passion with ‘Big Game, Big Screen’ campaign

Sorotan daripada kempen promosi global Hisense yang sedang berjalan ialah TV ULED U7 100-inci yang mengagumkan, mengubah mana-mana ruang tamu menjadi arena tontonan terbaik dan membawakan segala keterujaan daripada usaha olahraga elit ke dalam rumah pada skrin besar, hasil daripada teknologi paparan 100-inci TV ULED.

Hisense menduduki kedudukan No.1 global bagi TV 100-inci pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024 serta berada di landasan untuk menambat hati peminat sukan yang berdedikasi dalam menyambut era TV 100-inci dengan saiz TV LED terbesar dalam industri ini.

Bersiap sedia untuk menikmati semua aksi olahraga dan sukan terbaik di dunia pada Ogos ini dengan pengalaman tontonan imersif 100-inci merentas rangkaian luas barisan produk TV Hisense yang menawarkan teknologi gambar dan audio yang terkini.

TV menonjol yang memenangi podium dalam siri produk Hisense ialah ULED Mini-LED U7 yang menampilkan kadar segar semula 120Hz natif dan Mod Sukan AI yang menghapuskan "hingar" menggunakan algoritma dinamik yang disesuaikan dengan objek bergerak, lalu menghasilkan tontonan aksi sukan yang terang dan amat jelas.

Teknologi kawalan cahaya belakang LED dan pengurusan warna terkini Hisense memastikan gambar yang paling terang, paling tajam, manakala Hisense Hi-View Engine meninggikan dan meningkatkan kualiti gambar keseluruhan dengan warna tulen, kontras yang terang, gerakan yang jelas dan butiran yang nyata.

Direka bentuk untuk memastikan pengalaman imersif yang tiada tandingan, TV ULED U7 akan mentransformasikan tontonan sukan anda menjadi standard pingat emas. Dengan adanya Hisense dan tontonan 100-inci, pengalaman sukan utama tidak akan pernah sama.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements