omniture

CSafe melancarkan pengangkut muatan palet Silverpod boleh guna semula untuk membantu syarikat farmaseutikal menjimatkan kos pelupusan dan mencapai sasaran kelestarian

CSafe
2024-07-30 02:00 33

Palet baharu menambah baik kecekapan kos dan operasi sambil mengurangkan impak alam sekitar; termasuk keterlihatan masa nyata dengan ketersambungan awan

Ciri utama termasuk:

  • Diperbuat daripada komponen boleh guna semula sepenuhnya dan bahan penyejuk PCM (bahan perubahan fasa) yang boleh dikitar semula
  • Peranti penjejakan masa nyata berintegrasi baharu menjejaki lokasi GPS, suhu, kejutan dan kecondongan
  • Model sewaan mengurangkan kos pelupusan dan kesulitan, disokong oleh program guna semula-kitar semula Csafe
  • Tersedia untuk perniagaan farmaseutikal dan penghantar muatan di seluruh dunia

MONROE, Ohio, 30 Julai 2024 /PRNewswire/ -- CSafe, penyedia penyelesaian penghantaran kawalan suhu aktif dan pasif untuk industri farmaseutikal, telah mengumumkan pelancaran pengangkut muatan palet boleh guna semula yang baharu - Silverpod MAX RE - dengan pelbagai ciri yang dikemas kini. Produk baharu dan lebih baik ini akan membantu pelanggan farmaseutikal di seluruh dunia menjimatkan kos pelupusan, memenuhi sasaran kelestarian masing-masing dan menambah baik ketelusan logistik semasa perjalanan penghantaran.

Silverpod MAX RE (PRNewsFoto/CSafe)
Silverpod MAX RE (PRNewsFoto/CSafe)

CSafe telah mengambil pengangkut muatan palet pasif Silverpod MAX yang diiktiraf secara global dan menambah baik perkhidmatan itu untuk digunakan semula bagi menghasilkan Silverpod MAX RE - pengangkut muatan palet PCM yang sangat tahan lama diperbuat sepenuhnya daripada komponen boleh guna semula. Produk ini secara langsung membantu industri dalam mencapai sasaran kelestarian baharu yang dikenakan dan semakin ketat, menyumbang kepada industri penghantaran yang lebih mampan.

Ciri baharu juga termasuk pencatat data TracSafe RLT terbina dalam untuk menjejaki lokasi penghantaran, yang diintegrasikan dengan CSafe Connect (ekosistem rantaian bekalan digital berintegrasi CSafe). Ini membolehkan pelanggan mendapat keterlihatan masa nyata penghantaran masing-masing sepanjang perjalanan. Produk ini juga memantau suhu muat beban, suhu persekitaran luaran, kejutan, kecondongan dan lokasi GPS.

Pengangkut muatan baharu, yang menawarkan 120+ jam perlindungan haba terkawal, diperbuat daripada panel luaran tahan lama dengan perlindungan tepi dan tudung penjuru diperluas yang boleh digunakan berulang kali. Pengangkut muatan tersebut dibekalkan melalui model sewaan apabila CSafe menguruskan kitaran hayat dan pemulangan produk sepenuhnya, menghapuskan kos pelupusan dan kesulitan untuk pelanggan. Produk ini dibekalkan dengan pasang siap untuk penghantaran, penyimpanan dan pemasangan yang paling menjimatkan kos.

Patrick Schafer, Ketua Pegawai Eksekutif CSafe, berkata: "Kebolehgunaan semula dan kualiti ialah tumpuan utama untuk perniagaan farmaseutikal yang perlu memenuhi sasaran kelestarian masing-masing dan kami imahu menjadikan perkara tersebut semudah yang mungkin bagi perniagaan itu. Dengan Silverpod MAX RE, kami telah mengubah satu daripada pengangkut muatan utama kami yang paling digemari kepada produk mampan sepenuhnya, sambil mengekalkan teknologi berkualiti tinggi dan terbaik seumpamanya yang menyebabkan CSafe terkenal."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://csafeglobal.com/bulk-air-cargo/silverpod-max-re/#tech-specs

Maklumat Tentang CSafe
CSafe menawarkan rantaian sejuk farmaseutikal rangkaian penyelesaian penghantaran haba yang luas di seluruh dunia. Dengan tumpuan kepada "utamakan pesakit", kepakaran mendalam dan komitmen terhadap inovasi, CSafe memadankan keperluan anda dengan penyelesaian terbaik mengikut kesesuaian anda. Menawarkan hampir semua jenis saiz, tempoh dan suhu – CSafe menjadi tonggak utama rantaian sejuk anda. csafeglobal.com

Hubungan pihak media
Dominic Alston, Perhubungan Awam Ballou
dominic.alston@balloupr.com
csafe@balloupr.com

CSafe
CSafe

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2469490/CSafe_Silverpod_MAX_RE.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1917781/CSafe_Logo_New.jpg?p=medium600

 

Source: CSafe
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Transportation New products/services Supply Chain/Logistics