SINGAPURA, 31 Julai 2024 /PRNewswire/ -- At-Sunrice GlobalChef Academy (At-Sunrice, atau "Academy"), melalui kolaborasi bersama The University of West London, dengan bangganya mengumumkan pelancaran satu-satunya program Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dengan Keusahawanan (BABSE) 12 bulan yang pertama di Singapura. Program rintis yang direka untuk menyokong calon-calon dari semua peringkat usia memperoleh ijazah pantas selepas menamatkan pengajian diploma yang berkaitan atau yang setaraf dengannya.
The official programme launch was held today at the Lifelong Learning Institute, officially announced by [L-R] Dr Kwan Lui, Founder of At-Sunrice GlobalChef Academy and Professor John Howard, from UWL. (Photo credit: At-Sunrice GlobalChef Academy)
Bersama-sama program BABSE, At-Sunrice turut memperkenalkan program Dwi-Diploma yang dipercepatkan pada hari ini di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat - sebagai sebahagian daripada program dua harinya untuk menggalakkan profesion dalam seni kulinari bersempena dengan Festival SkillsFuture 2024.
Dr. Kwan Lui, Pengasas At-Sunrice GlobalChef Academy berkata, "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan The University of West London untuk membawakan program yang begitu inovatif dan memberi impak kepada Singapura. Program Dwi-Diploma dan BABSE kami direka untuk menyediakan pendidikan komprehensif yang menggabungkan seni kulinari dengan kepintaran perniagaan, mempersiapkan pelajar kami untuk kerjaya yang pelbagai dan berjaya."
Profesor Peter John CBE, Naib Canselor dan Presiden berkata, "Kolaborasi ini menandakan langkah yang penting ke hadapan dalam komitmen kami untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia. Program BABSE merupakan bukti visi bersama kami untuk memupuk bakat keusahawanan dan mendorong pembelajaran sepanjang hayat."
Program ini memenuhi keperluan pelajar sepenuh masa dan juga peringkat pertengahan kerjaya, memberikan keseimbangan yang diperkaya antara pengalaman kerja bilik darjah, jarak jauh dan praktikal.
Program Dwi-Diploma At-Sunrice
Program Dwi-Diploma yang inovatif ini memperbaharui kursus 18 bulan klasik At-Sunrice. Sebagai respons kepada maklum balas daripada pelajar yang telahpun mengikuti program klasiknya, At-Sunrice membangunkan Dwi-Diploma untuk menawarkan gabungan unik antara kerja dan pembelajaran.
Ia memperkasa pelajar dari semua peringkat pengalaman untuk memperoleh pengalaman di tempat kerja yang tidak ternilai melalui penempatan selama enam bulan dalam syarikat-syarikat F&B di seluruh negara dan dalam masa yang sama kembali ke bilik darjah untuk terus belajar daripada rakan sebaya dan pengajar mereka dalam tempoh enam bulan lagi. Diploma awal ini mencapai kemuncak dengan projek mercu tanda (capstone), yang melaluinya pelajar akan mencabar diri mereka untuk menggunakan kemahiran mereka kepada masalah dunia sebenar. Mereka akan membangunkan cadangan daripada salah satu daripada enam vertikal: kemampanan, pendidikan, kebajikan, kesejahteraan, pelancongan dan kewartawanan.
Melalui program ini, pelajar akan menamatkan pengajian dengan dwi-diploma hanya dalam tempoh 12 bulan, menjadikan mereka layak untuk mengikuti program BABSE dalam 12 bulan berikutnya.
Pendidikan tersuai, modular untuk pelbagai calon
Dua tawaran pendidikan baharu ini disesuaikan untuk pelajar tempatan dan juga pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pendidikan menengah, politeknik atau ITE dan mencari peluang pendidikan kelas pertama yang menyeluruh di dalam dan di luar bidang seni kulinari.
Program Dwi Diploma ini mengekalkan tumpuannya kepada seni kulinari, dengan pelajar berpeluang untuk memilih bidang pengkhususan seperti seni kulinari, pastri dan membuat kek, perkhidmatan F&B serta perkhidmatan minuman. Ia turut disepadukan dengan Diploma Kepakaran dalam Keusahawanan Makanan (SDFE).
Meluaskan asas pengetahuan pelajar di luar ruang lingkup dapur, program sarjana muda ini dibangunkan untuk melengkapi pelajar dengan set kemahiran yang komprehensif dengan tumpuan kepada perniagaan dan keusahawanan - menjadikannya ideal untuk individu di peringkat pertengahan kerjaya serta siswazah baharu.
Latar Belakang At-Sunrice GlobalChef Academy
At-Sunrice GlobalChef Academy ialah institut kulinari ulung berpangkalan di Singapura yang menumpukan untuk memupuk cef global dan ahli profesional makanan dan minuman (F&B) dalam suasana yang cemerlang. Sejak tahun 2007, At-Sunrice telahpun diiktiraf oleh SkillsFuture Singapore sebagai Institut CET untuk Kulinari dan Pengurusan F&B.
Ia turut menandatangani perjanjian artikulasi ijazah bersama institusi-institusi pendidikan yang terkemuka termasuk Johnson & Wales University (America), Technological and Higher Education Institute of HongKong (Hong Kong) dan University of West London (United Kingdom).
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://at-sunrice.com/