omniture

Tinjauan Cloudera: Hampir 90% Perusahaan Menggunakan AI, tetapi Infrastruktur yang Ketinggalan Zaman dan Jurang Kemahiran Kakitangan Menghalang Manfaat Penuh

Cloudera, Inc.
2024-07-31 06:47 67

Kajian Cloudera menekankan peningkatan pesat dalam penggunaan AI, sambil mengenal pasti kes penggunaan yang biasa dan cabaran teknologi ini.

SANTA CLARA, Calif., 31 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analisis dan AI, hari ini mengumumkan penemuan, hasil daripada tinajaunnya , The State of Enterprise AI and Modern Data Architecture. Laporan ini yang berdasarkan tinjauan terhadap 600 pemimpin IT yang terletak di kawasan AS, EMEA dan APAC, meneroka cabaran dan halangan yang wujud dalam penerimaan AI perusahaan di seluruh syarikat global dan aplikasi semasa. Tinjauan ini juga meneroka rancangan untuk penerimaan AI, keadaan infrastruktur data dan manfaat pengurusan data hibrid berhubung dengan penggunaan AI perusahaan. Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa walaupun sebahagian besar perusahaan sedang menggunakan AI dalam beberapa kapasiti (88%), ramai yang masih kekurangan infrastruktur data yang diperlukan dan kemahiran kakitangan untuk benar-benar memanfaatkan teknologi tersebut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AI telah menjadi fenomena global, iaitu kerana keupayaannya untuk meningkatkan operasi perniagaan, membolehkan pembuatan keputusan yang bermaklumat, mempercepatkan inovasi, dan meningkatkan pengalaman untuk kedua-dua pekerja dan pelanggan. Walau bagaimanapun, tidak semua organisasi dapat meraih manfaat AI. Tinjauan mendapati bahawa halangan utama untuk mengamalkan AI adalah kebimbangan tentang risiko keselamatan dan pematuhan yang ditunjukkan oleh AI (74%), tidak mempunyai latihan atau bakat yang betul untuk menguruskan alat AI (38%) dan alat AI adalah terlalu mahal (26%). Penemuan ini menunjukkan bahawa walaupun penerimaan AI semakin pesat, banyak asas strategi AI yang kukuh sedang diabaikan atau dilupakan. 

Penemuan utama dalam tinjauan ini adalah bahawa semua usaha AI akhirnya bergantung pada data yang boleh dipercayai. Walaupun 94% responden mengatakan bahawa mereka mempercayai data mereka, 55% juga mengatakan bahawa mereka lebih rela menjalani rawatan akar gigi daripada mencuba mengakses semua data syarikat mereka. Kekecewaan ini disebabkan oleh cabaran termasuk dataset yang bercanggah (49%), ketidakmampuan untuk mentadbir data merentas platform (36%), dan terlalu banyak data (35%). Bidang kekecewaan ini menunjukkan bahawa banyak perusahaan mungkin kekurangan seni bina data moden yang memperkasakan akses data di seluruh organisasi—di mana-mana sahaja data tersebut berada, dalam cara yang selamat, boleh diakses dan boleh dipercayai.

Daripada mengautomasi dan memudahkan proses IT, membina chatbot yang mampu menyokong keperluan pelanggan barisan hadapan dengan cepat dan berkesan, hingga memanfaatkan analitik untuk meningkatkan pembuatan keputusan, tinjauan tersebut mendedahkan kes penggunaan utama AI termasuk meningkatkan pengalaman pelanggan (60%), meningkatkan kecekapan operasi (57%), dan mempercepatkan analitik (51%).

  • Meningkatkan pengalaman pelanggan: Syarikat-syarikat menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan keselamatan dan pengesanan penipuan (59%), mengautomasikan aspek sokongan pelanggan (58%), memanfaatkan perkhidmatan pelanggan ramalan (57%) dan menggerakkan chatbot (55%), dengan matlamat memberikan pelanggan pengalaman yang lebih selamat, mudah dan intuitif.
  • Meningkatkan kecekapan operasi: AI sedang diintegrasikan ke dalam hampir setiap aspek perniagaan. Tinjauan tersebut mendapati bahawa jabatan IT bukan satu-satunya yang menggunakan AI; 52% responden melaporkan menggunakan AI untuk perkhidmatan pelanggan seperti chatbot yang lebih berinformasi, dan 45% menunjukkan bahawa ia digunakan untuk pemasaran, seperti menganalisis data pusat panggilan untuk menawarkan insentif yang lebih khusus kepada pelanggan.
  • Mempercepatkan analisis: Akses yang lebih pantas, mudah dan boleh dipercayai kepada analisis bermakna membuat keputusan yang lebih bermaklumat, memberikan syarikat-syarikat yang memanfaatkan AI sebagai kelebihan daya saing yang berbeza. Hampir 80% responden mengatakan bahawa adalah "sepenuhnya" atau "sangat" benar bahawa syarikat mereka menggunakan semua data yang ada untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak. Data ini menyediakan maklumat yang sangat penting, jadi akses kepada semua data organisasi adalah sangat kritikal.

"Untuk kebanyakan syarikat, kualiti data mereka tidak memuaskan, ia tersebar di pelbagai infrastruktur dan tidak didokumentasikan dengan cara yang efisien, dan kami melihat kesan daripada itu yang ditunjukkan dalam cabaran yang dikenalpasti oleh tinjauan ini," kata Ketua Pegawai Strategi Cloudera, Abhas Ricky. "Pengurusan data di lokasi asalnya adalah perkara yang paling penting dalam penerimaan AI—mampu menjalankan model dengan cara yang kos efisien di mana data tersebut sudah berada. Daripada membawa data kepada model, perusahaan mula menyedari akan kelebihan membawa model AI kepada data mereka."

Cloudera adalah satu-satunya rumah tasik data terbuka hibrid sebenar yang membawa analisis dan AI kepada data perniagaan. Dengan lebih daripada 25 exabytes data yang dikendalikan, setanding dengan penyedia skala besar dalam industri, Cloudera berada dalam kedudukan unik untuk membantu perusahaan mengatur dan mengurus data mereka dengan cekap dan selamat, supaya mereka dapat memanfaatkan kuasa data tersebut, mempercayai ketepatannya, dan bergantung kepadanya untuk analisis dan pembuatan keputusan perniagaan.

Untuk memuat turun laporan penuh, sila klik di sini.

Metodologi
Tinjauan ini, yang ditugaskan oleh Cloudera dan dilaksanakan oleh Researchscape, menilai pandangan 600 pemimpin IT yang berpangkalan di kawasan AS, EMEA dan APAC yang bekerja di syarikat dengan lebih daripada 1,000 pekerja. Tinjauan ini telah dilaksanakan pada bulan April dan Mei 2024. Hasil tinjauan ini telah ditimbang untuk mewakili keseluruhan KDNK negara-negara tinjauan.

Perihal Cloudera
Cloudera ialah satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analisis dan AI. Dengan 100 kali lebih banyak data yang dikendalikan berbanding vendor awan sahaja yang lain, Cloudera memberdayakan syarikat global untuk mengubah data daripada semua jenis, pada mana-mana awan awam atau persendirian, menjadi wawasan yang berharga dan dipercayai. Lihat rumah tasik data terbuka kami menyediakan pengurusan data yang boleh diskala dan selamat dengan analitik asli awan yang boleh dibawa, membolehkan pelanggan membawa model GenAI kepada data mereka sambil mengekalkan privasi dan memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jenama terbesar di dunia dalam perkhidmatan kewangan, insurans, media, pembuatan dan kerajaan bergantung kepada Cloudera untuk dapat menggunakan data mereka bagi menyelesaikan perkara yang mustahil hari ini dan pada masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda yang berkaitannya ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain yang dinyatakan mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/495570/Cloudera_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cloudera, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things