omniture

Perkembangan Terkini mengenai Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 Didedahkan

China International Import Expo (CIIE)
2024-07-31 11:56 12

SHANGHAI, 31 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Dengan kurang daripada 100 hari sahaja lagi, perkembangan terkini untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, yang dijadualkan untuk diadakan mulai 5 hingga 10 November 2024, Shanghai kini didedahkan. Persediaan untuk acara ini berada di landasan yang betul, dengan kemajuan besar telahpun dicapai.

The 6th China International Import Expo (CIIE) in 2023 attracted numerous exhibitors, buyers and visitors.
The 6th China International Import Expo (CIIE) in 2023 attracted numerous exhibitors, buyers and visitors.

Lebih 50 negara dan organisasi antarabangsa mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Negara Komprehensif pada tahun ini. Khususnya, Norway, Benin, Burundi dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan membuat kemunculan sulung mereka di acara ini. Pameran Negara Komprehensif akan menyepadukan titik masa yang penting seperti tahun hubungan diplomatik dua hala, tahun kebudayaan dan pelancongan serta tahun pertukaran sesama rakyat untuk memaparkan pencapaian kerjasama dua hala antara China dan negara-negara lain.

Pameran Perusahaan & Perniagaan akan membawakan enam kawasan pameran utama: Produk Makanan dan Keluaran Pertanian, Automobil, Peralatan Teknologi, Barangan Pengguna, Peralatan Perubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan, serta Perdagangan dalam Perkhidmatan dan dalam masa yang sama meneruskan komitmennya terhadap Zon Inkubasi Inovasi. Sehingga kini, jumlah ruang pameran yang ditempah melebihi 360,000 meter persegi. Penyusunan misi perdagangan dan pengunjung profesional berkembang pesat, dengan peningkatan yang dijangkakan dalam bilangan pengunjung profesional di CIIE ke-7.

Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao pada tahun ini akan membawakan forum utama dan pelbagai sub-forum berkaitan di bawah tema "Keterbukaan Standard-Tinggi untuk Globalisasi Ekonomi Manfaat Sejagat dan Inklusif." Acara-acara ini akan melibatkan pelancaran "Laporan Keterbukaan Dunia 2024" dan seminar antarabangsa yang memfokuskan untuk membincangkan penemuan daripada laporan ini. Bagi meningkatkan interaksi semasa forum, usaha akan turut dilaksanakan bagi mengadakan aktiviti pertukaran sebelum upacara yang dikenali sebagai CIIE & HQF Gala.

Permohonan untuk acara-acara sokongan CIIE ke-7, yang telahpun dibuka sejak 19 Jun, akan ditutup pada 31 Ogos. Aktiviti pertukaran sesama rakyat untuk ekspo pada tahun ini menjemput institusi-institusi yang berkaitan daripada arena domestik dan juga antarabangsa untuk menganjurkan persembahan kebudayaan berkisarkan tema-tema dua hala dan pelbagai hala yang utama, bertujuan untuk menunjukkan hasil yang menggalakkan daripada pertukaran mesra antara China dan negara-negara lain.

Tambahan pula, pusingan baharu koleksi "CIIE Stories" telahpun dilancarkan di peringkat global. Individu atau organisasi yang menyertai CIIE sebelum ini digalakkan untuk menghantar melalui emel rasmi ciiestories@ciie.org atau melalui laman web rasmi untuk berkongsi "CIIE Voices" mereka.

Dengan begitu ramai yang menunjukkan minat terhadap pameran perdagangan ini, pastikan anda mendapat tempat anda di CIIE:

Daftar sebagai pempamer:
https://www.ciie.org/exhibition/f/book/register?locale=en 

Daftar sebagai pengunjung profesional:
Registration-China International Import Expo Bureau

Hubungi: Cik Cui Yan
Tel.: 0086-21-968888
Emel: exhibition@ciie.org  

Source: China International Import Expo (CIIE)
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events