omniture

Toys "R" Us menjadi Peneraju Utama Fiesta Musim Panas dengan Disney Doorables yang Eksklusif

Toys"R"Us Asia
2024-08-01 10:00 6

Membuka pintu keajaiban di Musim Panas kerana Toys"R"Us Asia membawa  kehangatan "Disney Doorables" secara esklusif, mengubah "unboxing" kepada pengembaraan yang mendebarkan!

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Meraikan Musim Panas ini, Toys"R"Us Asia akan memukau Peminat Disney sebagai peruncit tunggal bagi "Disney Doorables" di pasaran utama di serata Asia. Bersedia untuk Fiesta Musim Panas yang dipenuhi dengan kejutan tanpa henti dan memori indah. 

Membuka pintu keajaiban di Musim Panas kerana Toys“R”Us Asia membawa  kehangatan “Disney Doorables” secara esklusif, mengubah “unboxing” kepada pengembaraan yang mendebarkan!
Membuka pintu keajaiban di Musim Panas kerana Toys“R”Us Asia membawa kehangatan “Disney Doorables” secara esklusif, mengubah “unboxing” kepada pengembaraan yang mendebarkan!

Portal Keajaiban ke Pengembaraan Baharu Bersama Toys"R"Us

Toys"R"Us Asia diraikan kerana mengembirakan jutaan orang dengan mainan dan permainan yang dipilih secara teliti dan menyeronokkan untuk kanak-kanak, mahupun mereka yang muda di hati. Bermula 1 Ogos 2024, pihak penganjur, Toys"R"Us Asia, teruja untuk membawa perincian gaya khas Doorables dan mata berkilauan ke Malaysia!

Barisan ini termasuk Multi Peek Technicolor Takeover, Mini Peek Technicolor Takeover, Stitch Collection Peek, dan Let's Go Vehicles Siri 3. Setiap kotak mengajak pengumpul dalam pengembaraan Disney yang unik. Bayangkan keseronokan "unboxing" Multi Peek Technicolor Takeover ikonik untuk mencari sehingga tujuh pintu, masing-masing mendedahkan watak Disney yang digemari seperti Sorcerer Mickey dari Fantasia atau wajah segar Ember dan Wade dari Elemental. Faktor kejutan berganda ini telah menggembirakan peminat dan mencetuskan kehangatan di media sosial, menjadikan Toys"R"Us sebagai destinasi pilihan bagi peminat Disney.

Carian Eksklusif di Toys"R"Us  "Surprise Shop"

Menyelam lebih dalam enchantment di kedai Toys"R"Us terpilih -Mid Valley Megamall KL dan Pavilion Elite KL, di mana "Surprise Shop" eksklusif berada. Di sini, lebih daripada 100 watak "Disney Doorables" tambahan, dari Puteri Disney hingga kegemaran Pixar, tersembunyi dalam lima "blind bag" berkod warna. Promosi istimewa di kedai menawarkan koleksi ini bersama-sama dengan balang kaca bergaya untuk memaparkan penemuan, meningkatkan pengalaman mengumpul.

Menyebarkan Keajaiban Secara Dalam Talian dan Seterusnya

Keajaiban berterusan dalam talian, di mana peminat merakam detik-detik "unboxing" mereka di Instagram dan menandakan @toysrus_my boleh memperoleh hadiah Istimewa di Toys"R"Us Mid Valley Megamall KL dan Pavilion Elite KL. Penawaran ini tersedia khas untuk 100 ahli "Star Card" pertama sahaja. Penglibatan dalam talian ini mengajak semua untuk mengambil bahagian dalam keseronokan dan penemuan "Disney Doorables".

Di luar keterujaan Disney Doorables, Toys"R"Us Asia juga telah melancarkan kempen "Get Moving, Get Sporty" pada musim panas ini. Tepat pada masanya dengan musim sporty, Toys"R"Us menjemput keluarga untuk meraikan sukan dan aktif bermain, menjanjikan satu lagi lapisan kegembiraan dan penglibatan untuk semua pelanggan. Ketahui kejutan eksklusif yang menanti di kedai, hanya di Toys"R"Us Asia.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia (Holding) Limited

Visi Toys"R"Us Asia adalah untuk merangsang imaginasi dan memberi ilham kepada generasi kita yang seterusnya melalui kuasa mainan dan bermain. Misi syarikat adalah untuk menjadi peneraju mainan yang dipercayai, menyediakan mainan terbaik dan memberi inspirasi kepada pengalaman bermain baik untuk kanak-kanak mahupun kidult (orang dewasa yang gemar bermain mainan).

Toys"R"Us Asia beribu pejabat di Hong Kong dan ketika ini mengendalikan kira-kira 470 kedai di seluruh Asia, termasuk tanah besar China, Jepun, Malaysia, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Thailand dan Brunei – dan memberi lesen kepada lebih daripada 90 kedai di Filipina dan Macau. Selain daripada kedai bangunan fizikalnya, syarikat ini turut beroperasi melalui platform eDagang Asia yang terkemuka serta gedung dalam talian miliknya sendiri dalam setiap pasaran (www.toysrus.com.my).

Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman bermain dalam-kedai yang interaktif dan imersif yang memberi inspirasi kepada pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Toys"R"Us Asia (Holding) Limited ialah entiti undang-undang bebas yang beroperasi secara berasingan daripada semua syarikat kendalian semasa atau terdahulu Toys"R"Us yang lain di serata dunia.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services