omniture

U2 Umumkan Jelajah iNNOCENCE + eXPERIENCE 2015

Live Nation Entertainment
2014-12-04 20:26 87

- 19 Bandar Disahkan di Amerika Utara dan Eropah -

- Tiket Mula Dijual pada 8 Dis. di LiveNation.com dan Melalui Aplikasi Mudah Alih Live Nation -

- Latar belakang album Songs Of Innocence 

- '11 lagu penuh mengasyikkan' -***** Bintang  Rolling Stone

- 'Gegaran persada rock penuh mengghairahkan dan penerbitan secara besar-besaran – New Y ork Times

- 'U2 menuju kejayaan tertinggi dalam kerjaya mereka – MOJO

- 'Ini adalah kemunculan semula U2 penuh menggegarkan' – The Sun

- 'Rock stadium menggamit semangat' – Metro

- 'U2 kembali: dengan penuh kehebatan, keberanian dan berjiwa muda – Daily Telegraph

LOS ANGELES, 4 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Tarikh untuk Jelajah iNNOCENCE + eXPERIENCE 2015 oleh U2 tidak lama lagi telah diumumkan hari ini melalui Live Nation. Jelajah iNNOCENCE + eXPERIENCE, yang akan bermula pada 2015, bakal menyaksikan U2 mengadakan persembahan dalam stadium buat kali pertama sejak satu dekad lamanya, dan akan melawat 19 buah bandar seluruh dunia sewaktu tahun pertamanya serta mengadakan persembahan di setiap bandar. Jadual jelajah yang lengkap boleh didapati di bawah. Tiket untuk semua persembahan akan mula dijual kepada umum pada Isnin, 8 Disember. Di samping itu, pertunjukan istimewa dirancang untuk diadakan di Dublin pada hujung tahun hadapan – bagi projek Music Generation yang dimulakan U2 – butirannya akan diumumkan sebaik saja dimuktamadkan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141203/162075LOGO

Jelajah ini diadakan berikutan pelancaran album studio ketiga belas U2 baru-baru ini iaitu Songs Of Innocence oleh Island Records, yang telah diberi kepada pelanggan U2.com dan dihadiahkan oleh Apple kepada lebih separuh bilion pelanggan iTunes Music Store di seluruh dunia. Setakat ini, Songs of Innocence telah distrimkan 81 juta kali dan telah dimuat turun oleh 30 juta peminat.

"Kami akan cuba memberikan perasaan yang jauh berbeza bermula pada malam pertama hingga malam kedua," kata Bono, "dan mahu berseronok dengan konsep kepolosan dan pengalaman. Banyak lagi bakal didedahkan kelak!"

"Jangkaan untuk menanti jelajah U2 sememangnya sentiasa luar biasa, seperti yang sepatutnya," kata Arthur Fogel, Presiden – Jelajah Global dan Pengerusi – Global Music. "Berikutan Jelajah 360 yang mencatat rekod, saya kagum mereka masih mahu cuba merubah kebiasaan, kali ini pada skala yang lebih dekat."

Tiket untuk Jelajah iNNOCENCE + eXPERIENCE 2015 U2 akan dijual kepada orang ramai bermula Isnin 8 Disember. Seperti biasa, prajualan keutamaan eksklusif akan diadakan untuk pelanggan Kelab Peminat U2 di U2.com, mulai Khamis, 4 Disember pada jam 10 pagi sehingga waktu tengah hari Sabtu 6 Disember (semuanya waktu tempatan). Tiket adalah untuk kemasukan umum di lantai dan kerusi khas di tempat duduk stadium.

UPS merupakan pembekal logistik untuk jelajah ini. Ron Rogowski, Naib Presiden UPS, Jenama Global dan Penajaan berkata – "Kami teruja dapat bekerjasama rapat dengan U2 dan Live Nation bagi jelajah yang hebat ini dalam cara yang paling mampan serta bertanggungjawab daripada segi alam sekitar sambil menyediakan mereka dengan kepantasan, kecekapan, dan juga keandalan."





iNNOCENCE + eXPERIENCE

JADUAL JELAJAH

TARIKH

BANDAR

TEMPAT

JUALAN BERMULA


AMERIKA UTARA 2015


14 Mei

Vancouver, BC

Rogers Arena

8 Disember

15 Mei

Vancouver, BC

Rogers Arena

8 Disember

18 Mei

San Jose, CA

SAP Center di San Jose

8 Disember

19 Mei

San Jose, CA

SAP Center di San Jose

8 Disember

22 Mei

Phoenix, AZ

US Airways Center

8 Disember

23 Mei

Phoenix, AZ

US Airways Center

8 Disember

26 Mei

Los Angeles, CA

Forum

8 Disember

27 Mei

Los Angeles, CA

Forum

8 Disember

30 Mei

Los Angeles, CA

Forum

8 Disember

31 Mei

Los Angeles, CA

Forum

8 Disember





12 Jun

Montreal, QC

Bell Centre

8 Disember

13 Jun

Montreal, QC

Bell Centre

8 Disember

24 Jun

Chicago, IL

United Center

8 Disember

25 Jun

Chicago, IL

United Center

8 Disember





6 Julai

Toronto, ON

Air Canada Centre

8 Disember

7 Julai

Toronto, ON

Air Canada Centre

8 Disember

10 Julai

Boston, MA

TD Garden

8 Disember

11 Julai

Boston, MA

TD Garden

8 Disember

18 Julai

New York, NY

Madison Square Garden

8 Disember

19 Julai

New York, NY

Madison Square Garden

8 Disember

22 Julai

New York, NY

Madison Square Garden

8 Disember

23 Julai

New York, NY

Madison Square Garden

8 Disember


EROPAH / UK 2015


4 September

Turin, Itali

Pala Alpitour

8 Disember

5 September

Turin, Itali

Pala Alpitour

8 Disember

8 September

Amsterdam, Belanda

Ziggo Dome

8 Disember

9 September

Amsterdam, Belanda

Ziggo Dome

8 Disember

16 September

Stockholm, Sweden

Globe

8 Disember

17 September

Stockholm, Sweden

Globe

8 Disember

24 September

Berlin, Jerman

O2 World

8 Disember

25 September

Berlin, Jerman

O2 World

8 Disember





5 Oktober

Barcelona, Sepanyol

Palau Sant Jordi

9 Disember

6 Oktober

Barcelona, Sepanyol

Palau Sant Jordi

9 Disember

13 Oktober

Antwerp, Belgium

Sportpaleis

8 Disember

14 Oktober

Antwerp, Belgium

Sportpaleis

8 Disember

17 Oktober

Koln, Jerman

Lanxess Arena

8 Disember

18 Oktober

Koln, Jerman

Lanxess Arena

8 Disember





25 Oktober

London, UK

O2

8 Disember

26 Oktober

London, UK

O2

8 Disember

29 Oktober

London, UK

O2

8 Disember

30 Oktober

London, UK

O2

8 Disember





6 November

Glasgow, UK

The SSE Hydro

8 Disember

7 November

Glasgow, UK

The SSE Hydro

8 Disember

10 November

Paris, Perancis

Bercy

8 Disember

11 November

Paris, Perancis

Bercy

8 Disember

Jadual adalah tertakluk kepada perubahan.

Bagi mendapatkan maklumat jelajah dan tiket yang lengkap, sila lawati: www.u2.com & www.livenation.com

Bahan akhbar boleh didapati di: www.u2.com/rmpphoto

Latar Belakang Live Nation Entertainment

Live Nation Entertainment (NYSE: LYV) merupakan syarikat hiburan secara langsung yang terkemuka di dunia yang terdiri daripada peneraju pasaran sedunia: Ticketmaster, Live Nation Concerts, Live Nation Media & Sponsorship dan Artist Nation Management. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, lawati www.livenationentertainment.com.

Ikuti kami di @twitter.com/LiveNationInc

Latar Belakang UPS

UPS (NYSE: UPS) merupakan peneraju global bagi logistik, menawarkan rangkaian luas penyelesaian termasuk pengangkutan pakej dan barangan; memudahkan perdagangan antarabangsa, dan pengaturan penggunaan teknologi canggih bagi mengurus dunia perniagaan dengan lebih cekap. Beribu pejabat di Atlanta, UPS berkhidmat di lebih 220 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Syarikat ini boleh ditemui melalui Laman Sesawang di ups.com® dan blog korporatnya boleh didapati di Longitudes.ups.com. Bagi mendapatkan berita UPS secara langsung, lawati pressroom.ups.com/RSS.

Source: Live Nation Entertainment
Related Stocks:
NYSE:LYV NYSE:UPS
Keywords: Music