omniture

Docquity Dorong Permintaan untuk Duo-Probiotik SIT Pharma di Thailand, Capai Pertumbuhan Jualan 31% dalam 6 bulan

Docquity
2024-08-07 10:05 180
  • Awareness to Advocacy (A2A) Program Docquity dan rangkaian pengedaran tempatan yang kukuh membolehkan jualan duo-probiotik SIT melangkaui kadar pertumbuhan pasaran 15%
  • Platform teknologi ini menggiatkan usaha pendidikan HCP SIT, meningkatkan lebih dua kali ganda capaiannya kepada 2,000 HCP dalam tempoh enam bulan dan menyasarkan untuk berhubung dengan beribu-ribu lagi sepanjang tempoh lima tahun

BANGKOK, 7 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Docquity, komuniti golongan profesional penjagaan kesihatan (HCP) yang terbesar di Asia Tenggara, meningkatkan permintaan Thailand terhadap duo-probiotik daripada syarikat farmaseutikal antarabangsa Laboratorio Farmaceutico SIT, Desma Groupmencapai peningkatan jualan sebanyak 31% dalam tempoh hanya enam bulan dan mengatasi kadar pertumbuhan pasaran sebanyak 15%.

Duo-probiotik SIT mendapat kepercayaan HCP yang kukuh di Thailand selama lebih dua dekad lamanya, namun menghadapi persaingan sengit daripada makanan tambahan probiotik yang lebih baharu. Bagi mengukuhkan kedudukan pasarannya dan menangani kekangan pasukan lapangan sedia ada, SIT memeterai perkongsian selama lima tahun dengan Docquity untuk meningkatkan pendidikan dan akses HCP di seluruh negara ini.

Enam bulan ke dalam kerjasama ini, Awareness to Advocacy (A2A) Program proprietari Docquity telah memajukan usaha pendidikan HCP SIT. Sebelum ini terhad dalam melibatkan kurang daripada 1,000 pakar pediatrik, kerjasama dengan Docquity meningkatkan lebih daripada dua kali ganda capaian HCP SIT kepada 2,000 dengan matlamat untuk menghubungkan beribu-ribu lagi dalam tempoh lima tahun. Komuniti Docquity yang luas dan keupayaan omnisaluran—menggabungkan penglibatan HCP dalam talian dan luar talian, disokong oleh wakil perubatan (MR) berpacukan pandangan—memperluaskan audiens HCP SIT bagi melibatkan Pengamal Perubatan Umum (GP), Pakar Pediatrik Am, Pakar Pediatrik GI, Pakar Pediatrik Pemakanan, Pakar Pediatrik Alergi dan Pakar Neonatologi.

Bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat, Docquity turut bekerjasama dengan rakan kongsi pengedaran tempatan bagi memperkenalkan duo-probiotik SIT di hospital baharu, klinik serta saluran lain di seluruh Thailand.

"Ubat duo-probiotik kami menawarkan kelebihan yang jelas berbanding pesaing, namun kami memerlukan sokongan pakar bagi menyampaikan maklumat yang rumit kepada pemberi preskripsi dan memastikan ketersediaan yang luas kepada pesakit. Docquity terbukti menjadi rakan sekutu transformasi digital dan perniagaan yang kuat, meluaskan kapasiti kami untuk membina hubungan bermakna dengan lebih ramai pakar dan memperluas jejak negara kami. Dengan memperkukuh permintaan dan juga bekalan produk, Docquity mewujudkan suasana bagi pemulihan semula pasaran duo-probiotik kami yang menarik," kata Lucio Beltrami, Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaan, Laboratorio Farmaceutico SIT, Desma Group.

"Usaha kami bersama SIT Pharma di Thailand menunjukkan sejauh mana penglibatan hujung-ke-hujung yang inovatif dapat memberi manfaat kepada ramai pihak berkepentingan dalam ekosistem penjagaan kesihatan. Selain daripada memacu kejayaan perniagaan untuk pelanggan perusahaan penjagaan kesihatan, Awareness to Advocacy Program Docquity melengkapi HCP dengan ilmu perubatan yang penting untuk memaklumkan tentang preskripsi mereka, manakala keupayaan komersial kami memastikan pesakit mendapat akses kepada produk dan rawatan yang penting. Kami berharap dapat meluaskan model perkongsian yang terbukti kami ke seluruh pasaran bagi memupuk pertumbuhan dan meningkatkan hasil penjagaan kesihatan secara meluas," kata Christophe Meugnier, Ketua Pegawai Komersial dan Pengurus Besar Thailand & Vietnam, Docquity.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti dipercayai yang terbesar di Asia Tenggara merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung dan berkembang, serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta memberi pemahaman terhadapnya.

Docquity memiliki lebih daripada 410,000 HCP pada platform ini dan pejabat-pejabat di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Source: Docquity
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements