omniture

JURI HADIAH BERGGRUEN MENGALU-ALUKAN AHLI FIZIK CARLO ROVELLI

Berggruen Institute
2024-08-07 23:44 28

Ahli Fizik Teori Terkemuka akan Menyertai Juri Hadiah Berggruen yang Dihormati dalam Memilih Pemenang bagi Tahun 2024 untuk Anugerah Tahunan yang Bernilai $1 Juta

LOS ANGELES, 7 Ogos 2024  /PRNewswire/ -- Institut Berggruen pada hari ini mengumumkan bahawa ahli fizik teori dan penulis terkenal Carlo Rovelli akan menyertai juri untuk memilih Pemenang Hadiah Berggruen bagi kategori Falsafah & Kebudayaan. Rovelli telah memberikan impak yang berkekalan terhadap fizik angkasa dan masa, serta membawa perspektif saintifiknya yang disanjung kepada Juri Hadiah Berggruen pelbagai disiplin.

Anugerah tahunan bernilai $1 Juta ini mengiktiraf pemikir yang idea mereka telah membentuk masyarakat dan memberikan kebijaksanaan dalam dunia yang pesat berubah. Pemenang anugerah sebelum ini terdiri daripada Charles Taylor (2016); Onora O'Neill (2017); Martha C. Nussbaum (2018); Ruth Bader Ginsburg (2019); Paul Farmer (2020); Peter Singer (2021); Kojin Karatani (2022); dan Patricia Hill Collins (2023).

Rovelli menyertai Pengerusi Juri Hadiah Antonio Damasio, ahli neurosains terkemuka dan Pengerusi dalam Neurosains di Universiti Southern California iaitu David Dornsife dan anggota Juri Hadiah Berggruen David Chalmers, Siri Hustvedt, Yuk Hui, Elif Shafak dan Wang Hui untuk memilih Pemenang Hadiah Berggruen 2024. Pemenang Anugerah akan diumumkan nanti pada Musim Luruh ini dan diberikan penghormatan pada majlis khas. Para juri terdahulu terdiri daripada penampilan sulung Pengerusi Juri Hadiah Kwame Anthony Appiah serta Pemenang Hadiah Nobel, pemikir dan pemimpin Leszek Borysiewicz, Amy Gutmann, Pratap Bhanu Mehta, Michael Spence, Alison Simmons, Amartya Sen dan George Yeo.

Juri Hadiah Berggruen bersidang beberapa kali setiap tahun untuk menyemak pencalonan dan menentukan pemenang. Selain menyemak semua pencalonan yang diterima daripada orang awam, para juri digalakkan untuk menamakan pelbagai calon yang layak diberikan pertimbangan. Para juri mesti mengimbangi pelbagai kriteria, termasuk tetapi tidak terhad kepada: kualiti intelektual, kelainan dan keaslian, impak kepada orang ramai, kepelbagaian dan jangkauan global, serta keutamaan mengiktiraf idea yang penting.

Pada masa ini, Institut masih menerima pencalonan dari mana-mana sahaja untuk Pemenang Hadiah 2024 hingga 15 Ogos 2024. Hantar pencalonan anda di sini.

Maklumat Tentang Institut Berggruen
Institut Berggruen ialah rangkaian pemikir global yang menavigasi perubahan melalui idea. Kami membangunkan rangka kerja konsep baharu untuk memenuhi cabaran & memanfaatkan peluang masa depan yang akan tiba. Kerja kami menempa rangka kerja pemikiran baharu dalam demokrasi, kapitalisme, politik keplanetan, sains dan teknologi, serta falsafah dan budaya. Kami memupuk dialog antara Timur dan Barat, serta membangunkan perspektif bersama untuk dunia kita. Matlamat kami ialah untuk mewujudkan rangkaian pemikir keplanetan dari pelbagai disiplin dan budaya. Kami percaya pemikir ini—berhubung dan memberanikan diri—boleh membentuk semula institusi sosial dan politik kita, serta memacu penyelesaian kepada beberapa cabaran terbesar zaman kita.


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2476651/Berggruen_Institute_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2476831/Berggruen_Rovelli.jpg?p=medium600 

Source: Berggruen Institute
Keywords: Computer/Electronics Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events