omniture

Sherwin-Williams Perkukuh Kehadiran di Asia dengan Pameran Utama di Pameran Penyalut China 2024

The Sherwin-Williams Company
2024-08-07 23:52 8

SHANGHAI, 7 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Sherwin-Williams, penginovasi global dalam industri penyalut, mengumumkan penyertaannya dalam Pameran Penyalut China 2024 (CCS) untuk tahun ketiga berturut-turut. Acara serantau yang berprestij ini, dijadualkan berlangsung mulai 7-9 Ogos 2024, akan menampilkan Syarikat ini yang mempamerkan portfolio luasnya merentas keenam-enam bahagian perniagaan di Asia – bagi memenuhi keperluan dan aplikasi industri yang pelbagai.

Sherwin-Williams Booth at 2024 China Coatings Show
Sherwin-Williams Booth at 2024 China Coatings Show

Bahagian perniagaan yang diketengahkan di pameran ini termasuk:

  • Penyalut Kayu Industri;
  • Penyalut Industri Am;
  • Penyalut Pembungkusan;
  • Penyalut Gegelung;
  • Kemasan Automotif;
  • Penyalut Pelindung & Marin.

Sebagai satu inisiatif industri yang penting, CCS 2024 dijangka menarik lebih 800 peserta pameran dan menarik minat lebih daripada 100,000 pengunjung profesional. Acara ini bertujuan untuk mempercepatkan inovasi teknologi peringkat tinggi, menggalakkan ekonomi rendah karbon dan memacu transformasi mampan merentas industri-industri.

Sejajar dengan tema CCS, "Inovasi Saintifik demi Masa Depan Rendah Karbon Hijau", Sherwin-Williams tetap komited untuk membawakan produk dengan ciri-ciri kelestarian ke pasaran Asia, termasuk China. Komitmen ini mencerminkan legasi kecemerlangan 158 tahun Syarikat ini dan usaha berterusan dalam mencipta penyelesaian inovatif.

Di pameran ini, Sherwin-Williams akan memperkenalkan satu siri produk yang direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran Cina, menekankan inovasi serta kelestarian. Sorotan utama termasuk:

  • Penampilan sulung Emulate™, yang menampilkan kemasan logam dengan ira kayu untuk daya tarikan estetik dan ketahanan yang dipertingkat;
  • Penampilan sulung Excimer UV Series, yang menjenterakan pembuatan kayu kesan terbuka dengan sentuhan lunak tersuai;
  • Teknologi penyalut valPure® generasi seterusnya untuk pembungkusan logam bagi minuman, makanan, keperluan rumah dan penjagaan peribadi – salah satu jenis pembungkusan yang paling lestari di dunia. Penyalut valPure® Sherwin-Williams membolehkan pembuat tin dan pemilik jenama menggunakan bungkusan logam yang amat boleh dikitar semula untuk lebih banyak barangan.

"Kami berasa teruja untuk mengambil bahagian dalam Pameran Penyalut China dan mempamerkan kemajuan terkini kami merentas kesemua bahagian perniagaan kami di Asia," kata Henry Wu, Pengarah Urusan Sherwin-Williams untuk Rantau APAC serta Naib Presiden & Pengurus Besar untuk Bahagian Kayu Industri. "Pameran ini membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan kami, menunjukkan kepakaran teknologi kami dan menegaskan sekali lagi komitmen kami untuk menyampaikan kualiti, inovasi serta ciri-ciri kelestarian."

Butiran reruai Sherwin-Williams:
Nombor Reruai: [W2 2012]
Lokasi: Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai

Hadirin digalakkan untuk mengunjungi reruai ini dan mengikuti akaun WeChat Sherwin-Williams (nama akaun: 宣伟Sherwin-Williams) untuk perkembangan terkini.

Latar Belakang Sherwin-Williams 

Ditubuhkan oleh Henry Sherwin dan Edward Williams pada tahun 1866, hari ini The Sherwin-Williams Company (NYSE: SHW) ialah penginovasi global bagi pembangunan, pengedaran dan penjualan cat, penyalut dan produk berkaitan. Kami mempunyai lebih daripada 64,000 pekerja dan menjalankan perniagaan di lebih 120 negara, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan profesional, industri, komersial dan runcit. Pada tahun 2023, jualan bersih tahunan kami mencapai AS $23.05 bilion.

Menembusi pasaran Asia pada tahun 1930 dan beribu pejabat di peringkat serantau di Shanghai, hari ini The Sherwin-Williams Company menjalankan perniagaan di kebanyakan negara Asia dan membekalkan penyelesaian penyalut bersama jenama-jenama yang terkemuka dalam industri seperti Sherwin-Williams®, Valspar®, Aquaguard®, Ultra®, Debeer Refinish®, Fluropon®, WeatherXL® dan banyak lagi untuk pasaran pembinaan, perabot, industri, pembungkusan, pengangkutan dan sebagainya.

 

Source: The Sherwin-Williams Company
Related Stocks:
NYSE:VAL
Keywords: Chemical Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Trade show news