omniture

SUNRATE berintegrasi dengan Outpayce from Amadeus

Sunrate
2024-08-08 08:00 46

SINGAPURA, 8 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global yang pintar mengumumkan bahawa ia menjalin perkongsian bersama Outpayce from Amadeus yang akan membantu menambah baik dan mengautomasikan pengalaman pembayaran B2B untuk syarikat-syarikat pelancongan di seluruh dunia, memfokuskan kepada rantau Asia-Pasifik (APAC).

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, penjual perkhidmatan pelancongan (iaitu Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) dan Syarikat Pengurusan Perjalanan (TMC)) kini berupaya menjana dan menggunakan kad maya SUNRATE untuk keperluan pembayaran perniagaan mereka, seperti pembayaran kepada syarikat penerbangan, hotel dan pembekal-pembekal lain melalui Outpayce B2B Wallet. Perkongsian pada hari ini membangun berasaskan hubungan strategik baharu bagi menawarkan cara yang pantas, selamat dan automatik untuk membayar dan menerima bayaran melalui Outpayce B2B Wallet dengan teknologi pembayaran maya yang ditawarkan melalui Mastercard.

Penjual perkhidmatan pelancongan juga dapat meningkat maju dan berkembang di rantau Asia-Pasifik dengan lancar, memandangkan kad maya SUNRATE membolehkan penyelesaian perbelanjaan kad dibuat dalam lebih daripada 15 mata wang.

Coco He, Pengurus Besar, SUNRATE berkata, "SUNRATE tetap komited untuk terus menginovasi tawaran penyelesaian perjalanan dalam talian kami dan perkongsian bersama Outpayce ini menempatkan kami dengan kukuh di landasan bagi menjadi rakan kongsi B2B sehenti untuk industri pelancongan."

Claudio Santos, Ketua Bahagian Komersial, Travel Sellers, Outpayce from Amadeus, berkata

"Di Outpayce kami komited untuk menyediakan rangkaian luas pilihan kad maya dalam B2B Wallet agar agensi-agensi dapat membuat bayaran kepada pembekal mengikut strategi mereka. Kad yang dikeluarkan oleh SUNRATE menyediakan pilihan baharu yang menarik di seluruh rantau APAC yang akan memberi manfaat kepada komuniti penjual perkhidmatan pelancongan kami."

SUNRATE diperakui mengikut piawaian keselamatan data kewangan antarabangsa: Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) Tahap 1.

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global yang pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, SUNRATE diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan membolehkan syarikat-syarikat beroperasi dan berkembang baik di peringkat tempatan mahupun global di lebih 190 negara serta wilayah menerusi platform proprietarinya yang canggih, rangkaian global yang luas dan juga API yang mantap.

Dengan ibu pejabat perniagaan globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka, seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays, J.P. Morgan dan merupakan ahli utama bagi kedua-dua Mastercard dan Visa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUNRATE, kunjungi https://www.sunrate.com/

Latar Belakang Outpayce

Amadeus menjadikan pengalaman perjalanan lebih baik buat semua orang, di mana-mana sahaja dengan memberi inspirasi kepada inovasi, perkongsian dan tanggungjawab terhadap orang ramai, tempat dan juga planet.

Sebagai sebuah syarikat milik penuh, Outpayce from Amadeus ialah langkah yang seterusnya dalam meningkatkan perniagaan pembayaran Amadeus dengan pelaburan baharu dalam bakat, platform API terbuka dan lesen untuk menyampaikan perkhidmatan pembayaran dikawal selia yang baharu.

Outpayce memberikan pengalaman perjalanan hujung-ke-hujung lebih lancar yang menjadikan pembayaran perjalanan mudah. Platform terbuka kami yang menghubungkan penyedia teknologi kewangan (FinTech) dan perkhidmatan perbankan kepada seluruh ekosistem perjalanan membolehkan pelanggan dan pengembara mendapat manfaat yang mudah daripada kemajuan baharu dalam pembayaran.

Outpayce Xchange Payment Platform (XPP) mengatasi cabaran dalam bidang-bidang seperti pengesahan, penerimaan dan pertukaran asing (FX) untuk pedagang pengembaraan dan memberi akses kepada rakan kongsi yang menyelesaikan aspek-aspek seperti caj balik dan pengurusan penipuan bagi menawarkan pengalaman keseluruhan yang lebih lancar untuk pengembara.

Dalam bidang pembayaran B2B, Outpayce mengatur pembayaran dengan pelbagai kad maya, mata wang dan kaedah pembayaran bagi mengoptimumkan kos, penerimaan dan ketangkasan di mana-mana sahaja penjual perkhidmatan pelancongan perlu membuat bayaran kepada pembekal.

Outpayce memberikan pengalaman hujung-ke-hujung dengan terus bekerjasama dengan semua pasukan Amadeus dan membenamkan keupayaannya dalam kesemua aplikasi Amadeus. Masa depan ialah perjalanan yang dibayar dengan mudah. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Outpayce, kunjungi www.outpayce.com

Ikuti kami di: LinkedIn 

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel Joint ventures Financial Technology