omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi S2 TF2024

Coway Co., Ltd.
2024-08-12 12:00 1

SEOUL, Korea Selatan, 12 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku kedua tahun 2024.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Coway mencapai pengembangan luaran dan juga keuntungan yang dipacu oleh jualan kukuh daripada barisan produk utama kami seperti penulen air ais dan barisan BEREX," kata Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Dalam suku kedua tahun ini, kami menyasarkan untuk mengukuhkan kepimpinan pasaran kami melalui inovasi teknologi dan reka bentuk, demi menjamin pertumbuhan yang berterusan."

Perolehan Coway yang dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Hasil suku kedua: KRW 1,082.3 bilion (+7.6% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku kedua: KRW 211.2 bilion (+8.8% YoY)

* Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.  

Hasil kumulatif bagi tahun 2024 kini berjumlah KRW 2,084.1 bilion (+6.6% YoY) dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 404.9 bilion (+9.5% YoY).

Di Korea Selatan, perniagaan domestik menjana hasil sebanyak KRW 655.7 bilion untuk suku kedua, mencapai peningkatan 11.1% berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini sebahagian besarnya dikaitkan dengan jualan sewaan yang kukuh daripada barisan tilam dan juga kerusi urut BEREX serta 'Icon Ice Water Purifier'.

Subsidiari-subsidiari luar negara Coway mengekalkan trajektori pertumbuhan yang mantap dengan hasil sebanyak KRW 382.2 bilion dalam suku kedua, dengan subsidiari Malaysia menyumbang sebanyak KRW 286.9 bilion dan subsidiari Thailand memperoleh KRW 28.7 bilion.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings