omniture

Pasukan NEOM McLaren Extreme E Team Berganding Bahu dengan Vantage UK untuk Kempen Jenama "Reborn a Trader"

Vantage
2024-08-12 15:21 33

LONDON, 12 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset yang terkemuka, Vantage UK (atau Vantage Markets), melancarkan sebuah video baharu yang menarik hasil kerjasama bersama Pasukan NEOM McLaren Extreme E sebagai sebahagian daripada fasa "Rethink" (Fikir Semula) dalam kempen jenama "Reborn a Trader". Difilemkan di Sweet Lamb Motorsport Complex sebagai sebahagian daripada Ujian Extreme E, video ini kini boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Vantage UK.

"Can't See, Can't Hear, Can't Talk Challenge" ("Cabaran Tidak Boleh Melihat, Tidak Boleh Mendengar, Tidak Boleh Bercakap") menampilkan ahli-ahli pasukan NEOM McLaren Extreme E menghadapi satu tugas dengan sekatan deria tertentu. Mattias Ekström ditutup matanya, mekanik utama memakai fon kepala yang menapiskan bunyi manakala Cristina Gutierrez ditutup mulutnya supaya dia tidak boleh bercakap.

Sebagai sebahagian daripada cabaran, pasukan ini bekerjasama untuk menukar tayar, mempamerkan keupayaan mereka untuk memikirkan semula strategi dan bekerja sebagai satu pasukan. Ini menonjolkan kebolehan dan ketenangan mereka di bawah tekanan, seterusnya menunjukkan bagaimana kerjasama inovatif dapat mengatasi halangan.

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage UK, berkata, "Kerjasama dengan Pasukan McLaren Extreme E secara efektif menggambarkan kepentingan menilai semula strategi dalam persekitaran yang tertekan, satu senario yang pernah dialami oleh semua pedagang kami. Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pedagang dengan perspektif baharu, memperlihatkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan memupuk pertumbuhan dalam komuniti perdagangan. Hebat rasanya mendapat sokongan yang berterusan daripada rakan kongsi kami Pasukan NEOM McLaren Extreme E tatkala kami berusaha untuk mencapai matlamat ini."

Kempen jenama "Reborn a Trader" Vantage UK bertujuan untuk menjalinkan hubungan emosi dengan pedagang, menonjolkan perjalanan pembelajaran, pertumbuhan dan potensi untuk memperkasa diri dari segi kewangan. Ia mencerminkan misi Vantage untuk menawarkan alatan penting serta pengalaman perdagangan yang dipertingkatkan melalui tiga prinsip teras: Bertindak Balas (React), Fikir Semula (Rethink) dan Lahir Semula (Reborn).

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen jenama "Reborn a Trader", kunjungi https://www.reborn-a-trader.com/en-uk/.

Latar Beakang Vantage UK 

Vantage UK (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon. 

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 14 tahun, Vantage UK melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan.

berdagang lebih bijak @vantage 

https://www.vantagemarkets.co.uk/

Amaran risiko: CFD dan Spreadbet ialah instrumen kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat ekoran leveraj. 72.5% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila memperdagangkan CFD dan Spread Bet dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD dan Spreadbet berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast Technology Multimedia/Online/Internet Sports Broadcast feed announcements