omniture

Vantage Markets Dedahkan "The Future of HealthTech" dalam Episod Terkini The Vantage View

Vantage
2024-08-12 16:24 37

PORT VILA, Vanuatu, 12 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset yang terkemuka, Vantage Markets ("Vantage") dengan sukacitanya mengumumkan tayangan episod kelima The Vantage View, "The Future of HealthTech". Siri video The Vantage View diterbitkan melalui kerjasama bersama Bloomberg Media Studios dan menawarkan analisis dan perspektif kewangan yang bernas.

Vantage Markets Dedahkan "The Future of HealthTech" dalam Episod Terkini The Vantage View
Vantage Markets Dedahkan "The Future of HealthTech" dalam Episod Terkini The Vantage View

Episod terkini menampilkan Arnaud Bauer, Rakan Kongsi di L.E.K. Consulting dan menyelami potensi transformatif teknologi penjagaan kesihatan serta peluang pelaburannya yang cerah masa depan.

Bauer memulakan perbincangan pertumbuhan pesat dalam penghasilan data penjagaan kesihatan, menyatakan "Menjelang tahun 2025, dunia dijangka menghasilkan 15,000 eksabait data penjagaan kesihatan setiap tahun, berbanding hanya 2000 pada tahun 2020." Menurut penyelidikan oleh L.E.K. Consulting, industri penjagaan kesihatan sahaja menyumbang sebanyak kira-kira 30% daripada jumlah data dunia. Di samping itu, pasaran analisis data penjagaan kesihatan global diunjurkan mencecah $1.5 hingga $2 bilion menjelang tahun 2030.

Mengetengahkan potensi peluang pelaburan dalam pasaran, Bauer menjelaskan, "Data penjagaan kesihatan semakin banyak digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan teknologi perubatan untuk membawa inovasi baharu ke pasaran, memantau produk dengan data bukti yang tersedia dan ketika ini dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat teknologi serta AI. Keluasan dan kedalaman data, sifatnya yang longitudinal dan kualiti data dasar adalah faktor utama yang memacu nilainya."

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage, berkata, "Kami teruja untuk melancarkan episod terkini ini, memberi tumpuan kepada HealthTech (Teknologi Kesihatan). Fokus terhadap teknologi penjagaan kesihatan bertujuan untuk memberi perspektif baharu terhadap sektor yang berkembang pesat dan dalam masa yang sama membongkar peluang tersembunyi dalam bidang yang belum diterokai sepenuhnya oleh ramai pelabur. Kami yakin bahawa pertemuan antara penjagaan kesihatan dan teknologi bakal memacu inovasi dan potensi pelaburan yang ketara."

Episod-episod terdahulu The Vantage View telah meneroka topik-topik seperti kecerdasan buatan, ekonomi angkasa, ekonomi kitaran dan mobiliti mampan, menampilkan pandangan daripada pemimpin seperti Dr. Ayesha Khanna, Simon Gwozdz, Dr. Seeram Ramakrishna dan Andrey Berdichevskiy.

Tonton episod terkini The Vantage View bagi meneroka dunia HealthTech yang dinamik dan potensi pelaburannya.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets  (atau Vantage) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 14 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play. 

berdagang lebih bijak @vantage  

Latar Belakang Bloomberg Media 

Bloomberg Media ialah syarikat media berbilang platform yang terkemuka di dunia untuk perniagaan dan kewangan, yang memanfaatkan sumber editorial lebih daripada 2,700 ahli profesional editorial di peringkat global dalam lebih 120 negara. Bloomberg Media merupakan organisasi media yang melayani pengguna daripada Bloomberg L.P.

https://www.bloomberg.com/

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast Technology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Pharmaceuticals Broadcast feed announcements New products/services Financial Technology