omniture

Platform pengurusan flit global Wialon mengumumkan 4 juta kenderaan tersambung di 160 negara

Wialon
2024-08-12 17:00 32

•  Wialon mengumumkan pertumbuhan luar biasa, dengan bilangan kenderaan tersambung meningkat sepuluh kali ganda dalam tempoh sembilan tahun, daripada 400,000 pada tahun 2015 kepada 4,000,000 pada tahun 2024.

•  Memproses 5 bilion titik data setiap hari, Wialon membantu flit memanfaatkan data raya untuk menambah baik produktiviti, mengoptimumkan penggunaan bahan api, meningkatkan keselamatan dan kelestarian pemandu.

VILNIUS, Lithuania, 12 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Wialon, platform pengurusan flit global dan IoT yang direka bentuk oleh pembangun perisian Eropah Gurtam, mengumumkan bahawa syarikat telah mencapai rekod bilangan 4 juta kenderaan tersambung di platform, di 160 negara. Ini menjadikan Wialon satu daripada pengurusan flit terbesar, platform penjejakan GPS dan perisian IoT di seluruh dunia, mengikut bilangan kenderaan tersambung. 

Global fleet management platform Wialon announces 4 million connected vehicles in 160 countries
Global fleet management platform Wialon announces 4 million connected vehicles in 160 countries

Platform Wialon membantu menyambungkan, menjejak dan memantau kenderaan dan aset yang terdiri daripada HGV dan LCV kepada bas awam, kenderaan dan peralatan pertanian, kenderaan dan peralatan pembinaan, penjana tenaga, tangki bahan api, trak pengurusan sisa dan sebagainya. Wialon digunakan merentasi pelbagai industri, daripada logistik dan pengangkutan, kepada pertanian, pembinaan, tenaga atau pengurusan sisa.

Aliaksandr Kuushynau, Ketua Wialon, menyatakan: "Penyelesaian pengurusan flit adalah amat penting bagi perniagaan, kerana ini merupakan tulang belakang kejayaan operasi. Tahun demi tahun kita melihat peningkatan penerimagunaan telematik dan penekanan lebih tinggi terhadap keselamatan dan analisis data, menyokong kecekapan dan kelestarian dalam operasi flit."

GotYou Telematics, syarikat yang menggunakan mercu tanda penyambungan kenderaan ke-4 juta, telah menjadi rakan kongsi Wialon sejak tahun 2017. Beribu pejabat di Afrika Selatan, GotYouTelematics ialah penyedia dan penyepadu perkhidmatan keselamatan untuk pengurusan flit, membantu pelanggan merentasi pelbagai industri menguruskan dan melindungi pengangkutan dan aset masing-masing.

Aldo Gerber, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GotYou Telematics, berkata: "Kami amat teruja untuk memulakan perkongsian kami dengan Wialon pada tahun 2017 dan sejak itu, kami tidak pernah menoleh ke belakang. Tidak ada hadnya jika anda tahu cara menggunakan kefungsian platform yang luas untuk memacu kejayaan pelanggan anda."

Wialon menyediakan penyelesaian perisian pengurusan flit melalui rangkaian lebih 2,700 rakan kongsi saluran di lebih daripada 160 negara. Sebahagian besar rakan kongsi Wialon terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Wialon menyasar untuk melengkapkan perusahaan tersebut dengan teknologi canggih, mewujudkan persaingan di pasaran tempatan. Dengan memanfaatkan teknologi Wialon dan pelbagai pilihan penyepaduan (bersama lebih 3,500 model peranti untuk penangkapan data dan penjejakan GPS), syarikat ini boleh melancarkan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan masing-masing tanpa memerlukan pelaburan pembangunan yang besar, menjimatkan masa dan sumber yang banyak.

Ini membolehkan pengendali flit kecil dan sederhana mengakses teknologi canggih yang kebiasaannya dilihat dalam perniagaan yang lebih besar, memastikan medan permainan yang sama rata dan meningkatkan keupayaan operasi masing-masing.

Maklumat Tentang Wialon

Wialon ialah satu daripada platform perisian IoT, telematik dan pengurusan flit terbesar di seluruh dunia, menyambungkan lebih 4 juta kenderaan di lebih 160 negara. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, Wialon telah membangunkan rangkaian perisian pengurusan flit yang mempunyai fleksibiliti dan serba boleh pada terasnya: agnostik kenderaan, agnostik sensor dan peranti, mudah diskalakan untuk flit kecil dan besar, yang boleh menjejaki operasi masing-masing dalam satu platform yang disatukan. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2478181/Wialon.jpg?p=medium600

 

Source: Wialon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Transportation New products/services Cloud Computing / Internet of Things Supply Chain/Logistics