QINGDAO, China, 12 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Hisense France menyambut Ulang Tahun ke-10 dan dalam masa yang sama turut menonjolkan faedah-faedah tontonan TV 100-inci menerusi kempen 'PERMAINAN BESAR, SKRIN BESAR' ('BIG GAME, BIG SCREEN') yang memaparkan produk terkininya bagi menawarkan pengalaman skrin besar yang cemerlang.
Kempen nasional ini memfokuskan kepada ciri-ciri tontonan imersif TV Mini LED ULED U7 100-inci Hisense, mengubah mana-mana ruang tamu menjadi tempat tumpuan aksi sukan dan menawan hati pengguna Perancis dalam menyambut era TV 100-inci dengan saiz TV LED yang terbesar dalam industri ini.
Mulai Januari hingga Jun tahun ini, jualan TV Hisense dalam pasaran Perancis mewakili 10% bagi volum televisyen yang dijual, satu peningkatan sebanyak 20.8% berbanding tahun sebelumnya dengan TV 100-inci memegang bahagian pasaran utama, manakala volum jualan bagi TV Laser meningkat sebanyak 87% berbanding tahun sebelumnya.
Hisense partnered with eco-responsible mobility company Caocao Mobility to celebrate the ‘Big Game, Big Screen’ campaign
Satu kolaborasi bersama syarikat mobiliti yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar Caocao Mobility menyaksikan 50 teksi dihiasi dengan jenama Hisense manakala perkongsian bersama Burger King menawarkan hadiah menarik kepada berjuta-juta pelanggan melalui sebuah pertandingan kebangsaan dengan keterlihatan jenama yang dicipta merentas 550 restoran di seluruh negara.
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Hisense France berkembang menjadi penggiat utama antara jenama-jenama antarabangsa. Penajaan UEFA EURO 2016 oleh syarikat ini yang diadakan di Perancis mempercepatkan pertumbuhannya dengan ketara. Kejayaan ini menonjolkan komitmen Hisense terhadap kehadiran bersifat global, dicapai melalui inisiatif pemasaran sukan yang strategik termasuk FIFA World Cup dan UEFA European Championship.
Strategi empat tonggak global Hisense memfokuskan kepada peningkatan jenama, pengoptimuman struktur industri dan komitmen terhadap pengembangan global yang selanjutnya, menekankan teknologi yang amat inovatif, dengan produk dipacu senario berdasarkan pemahaman dan tindak balas kepada keperluan pengguna.
Hisense tetap komited untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran global bagi menyediakan kepada pengguna dengan produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi demi mencipta masa depan yang lebih cerah bersama-sama.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.