SHANGHAI, 13 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) baru-baru ini melancarkan program latihan komprehensif yang disesuaikan untuk lebih 700 siswazah yang baru diambil bekerja. Langkah ini, susulan aktiviti pengambilan pekerja di seluruh negara, bertujuan untuk membentuk bakat muda untuk sektor-sektor di barisan hadapan dalam membentuk semula industri tenaga. Sebagai sebahagian daripada program ini, pekerja-pekerja baharu melawat pangkalan perindustrian Shanghai Electric, yang membolehkan mereka memperoleh pemahaman tentang struktur korporat syarikat, proses inovasi, kemajuan digital serta strategi untuk mengurus bakat.
"Bakat muda sentiasa menjadi enjin di sebalik pertumbuhan mampan dan visi jangka panjang kami," kata Zhu Zhaokai, Pengarah Pekerja Shanghai Electric Holdings Group. "Semangat inovatif dan perspektif segar mereka merupakan sesuatu yang menjadikan Shanghai Electric sentiasa bersifat dinamik dan berpandangan jauh. Ketika kami memandang ke arah masa depan, penting untuk kami terus memupuk bakat belia, menggalakkan pekerja baharu kami untuk menerima kreativiti dan memimpin dengan inovasi."
Kaedah pengambilan di Shanghai Electric pada tahun ini menekankan fokus strategik syarikat untuk mendorong inovasi dalam peralatan industri dan tenaga yang berkualiti tinggi, pintar serta hijau.
Tumpuan utama bagi kaedah ini ialah tarikan bakat yang cemerlang:
Bagi pembangunan pintar, Shanghai Electric menyasarkan perekrutan dalam bidang-bidang yang penting untuk pertumbuhannya dalam automasi dan teknologi digital. Pengambilan tahun 2024 termasuk:
Shanghai Electric menunjukkan komitmennya kepada kelestarian alam sekitar dengan mengutamakan calon-calon yang memiliki kepakaran dalam industri-industri hijau.
Transformasi Digital dan Penilaian Tersuai
Transformasi digital menjadi tumpuan utama dalam strategi Shanghai Electric tatkala ia meneroka penyelesaian baharu untuk menginovasikan peralatan tenaga dan industri. Tahun ini, proses perekrutan dioptimumkan dengan penilaian dalam talian tersuai yang direka untuk mengenal pasti potensi unik setiap calon. Latihan untuk pekerja baharu melibatkan kaedah-kaedah inovatif seperti perbincangan kumpulan tanpa pemimpin dan kajian kes yang komprehensif, sejajar dengan objektif-objektif syarikat yang strategik.
Sistem Pembangunan Bakat "Excellence E+"
Bagi memaksimumkan potensi golongan profesional muda, Shanghai Electric membangunkan kerangka pembangunan bakat "Excellence E+" dengan tiga matlamat bertonggak, Electric+, Empower+ dan Engine+, serta disusun menjadi lima fasa, penyepaduan, pemahaman, pembinaan kemahiran, peningkatan dan pencapaian. Pekerja baharu akan terlibat dalam program pembangunan bakat berdasarkan laluan kerjaya mereka dan peringkat pertumbuhan. Program-program utama termasuk kem latihan intensif, projek pemupukan bakat muda, program pengurusan dan pelatih teknikal serta skim khas untuk membangunkan pemimpin teknologi masa depan
Program Bersasar dan Latihan Amali
Shanghai Electric Wind Power Group, subsidiari Shanghai Electric, melancarkan program terperinci yang memfokuskan kepada fasa pemahaman untuk bakat muda, menggunakan model "1+2+2+12". Satu pendekatan holistik memastikan agar pekerja baharu mencapai penguasaan dalam prosedur teras, teknologi produk, teknik pemasangan serta pengurusan lapangan, yang terdiri daripada:
Shanghai Electric Power Station Group turut menyasarkan golongan profesional muda dalam fasa pencapaian bagi membangunkan pemimpin masa depan untuk sektor tenaga boleh baharu. Tatkala dunia mempercepatkan peralihannya ke arah tenaga mampan, inisiatif strategik ini menyediakan latihan intensif dalam bidang-bidang yang amat penting seperti elektrokimia, sains bahan, semikonduktor dan fizik. Latihan ini bertujuan untuk melengkapi individu berpotensi tinggi ini dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan agar cemerlang dalam pasaran tenaga boleh baharu yang kompetitif.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.