omniture

Hisense Menang Pelbagai Anugerah EISA 2024-2025 bagi Inovasi dan Kecemerlangan

Hisense
2024-08-16 06:57 220

QINGDAO, China, 16 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju global bagi perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna, dengan bangganya mengumumkan kemenangan pelbagai anugerah berprestij daripada Expert Imaging and Sound Association (EISA) bagi tahun 2024-2025. Anugerah-anugerah ini menekankan komitmen Hisense yang tidak berbelah bahagi kepada inovasi dan kecemerlangan teknologi dalam menyampaikan pengalaman visual dan audio yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia.

Hisense wins 5 distinguished EISA Awards 2024-2025
Hisense wins 5 distinguished EISA Awards 2024-2025

TV ULED Mini-LED Hisense 65U8NQ, dianugerahkan sebagai TV Mini LED Premium EISA 2024-2025, menampilkan Mini-LED PRO dengan Pemalapan Setempat Tindanan Penuh untuk kontras luar biasa dan kecerahan puncak sehingga 3000 nit. Quantum Dot Color membawakan rona yang diperhebat kepada skrin yang luas, manakala144Hz Game Mode PRO dengan MEMC kependaman rendah memastikan permainan yang lancar dan responsif. Hi-View Engine PRO, dikuasakan oleh AI, mengoptimumkan setiap piksel untuk perincian yang terang dan peningkatan 4K yang mengagumkan, manakala bunyi keliling berbilang saluran 2.1.2 mengubah tontonan menjadi acara sinematik.

TV ULED Mini-LED Hisense 65U7NQ, diiktiraf sebagai TV MINI LED BELIAN TERBAIK EISA 2024-2025, menampilkan Mini-LED PRO dengan Pemalapan Setempat Tindanan Penuh untuk kontras dan kecerahan luar biasa. Quantum Dot Color menyampaikan spektrum luas yang seakan-akan hidup. Dengan kecerahan puncak 1500 nit dan teknologi Adaptif Ambien Keseluruhan, TV ini membuat pelarasan untuk tontonan optimum dalam sebarang persekitaran. Hi-View Engine PRO menggunakan AI untuk mencapai peningkatan 4K dan warna sementara subwufer terbina dalam menyediakan bes mendalam untuk pengalaman audio yang lantang.

TV Permainan QLED Hisense 100E7NQ Pro, dinamakan sebagai TV Gergasi EISA 2024-2025 dan direka untuk pemain dengan 144Hz Game Mode PRO, Game Bar dan MEMC kependaman rendah untuk corak permainan yang amat lancar. Quantum Dot Color memastikan visual terang seperti kehidupan sebenar, manakala Pemalapan Setempat Tindanan Penuh meningkatkan kejelasan dengan bayang-bayang mendalam dan warna-warna terang. Subwufer terbina dalam menyerlahkan kuasa bes mendalam dalam TV anda. Dolby Vision IQ dan Dolby Atmos menawarkan pengalaman imersif dengan HDR dinamik, warna-warna lebih terang dan bunyi audio 3D yang mengalir di sekeliling anda, menjadikan setiap tontonan atau sesi permainan sesuatu yang luar biasa.

Projektor Mini Pintar Laser Hisense C1, diiktiraf sebagai Projektor Keluarga EISA 2024-2025, merupakan Projektor Mini Laser Dolby Vision 4K TriChroma pertama di dunia yang menerima pensijilan. Ia menawarkan kontras paling tajam dan perincian paling beraneka, menggunakan teknologi laser tiga warna Hisense TriChroma untuk meliputi 110% daripada gamut warna BT. 2020 untuk warna-warna yang paling realistik dalam kelasnya. C1 memancarkan sehingga 300 inci sambil mengekalkan kualiti 4K. Sesuai untuk keluarga yang menggemari filem, menampilkan sistem pembesar suara yang ditala JBL dan antara muka VIDAA untuk penstriman atas permintaan yang lancar.

Hisense Laser Cinema PL2, dianugerahkan sebagai Projektor UST Belian Terbaik EISA 2024-2025. Ia membawakan teknologi laser X-Fusion™ bagi menghasilkan gamut warna luas DCI-P3 85% dan Teknologi Lontaran Ultra Pendek, memastikan imej 80''-150'' walaupun dalam ruang yang kompak. 4K AI Upscaler menyampaikan gambar 4K dan meningkatkan kandungan resolusi rendah. Dengan Dolby Vision, kecerahan 2700 lumen, nisbah kontras natif 3000:1, PL2 menawarkan kedalaman dan perincian sebagai pilihan yang ideal untuk peminat pawagam rumah. PL2 menyampaikan bunyi yang mantap dengan dua pembesar suara lontaran atas yang menampilkan Dolby Atmos, bagi memastikan kualiti audio sepadan dengan visual yang menakjubkan.

Dengan komitmen teguh kepada penyelidikan dan pembangunan, Hisense bersedia untuk memperkenalkan era baharu produk canggih, direka untuk menjangka dan juga memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang dengan beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah serta maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Awards