KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Ogos ini, temui kami di Pusat Beli-belah IOI Putrajaya untuk Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA). Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, nikmati pelbagai pertunjukan menarik, serta banyak hadiah-hadiah hebat akan diberikan.
Alami kembara pengisian rohani yang bukan sekadar ibadah Umrah melalui lebih 15 pakej eksklusif baharu daripada lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, dengan tawaran diskaun istimewa dari Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, Rayhar Travel dan banyak lagi. Nikmati kepelbagaian budaya Arab Saudi dan pemandangan menakjubkan melalui pertunjukan secara maya, pameran berinteraktif dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam di samping banyak lagi pameran diversiti budaya Arab Saudi yang pasti akan membuatkan anda terpegun.
Ikhlas, teraju utama agensi pelancongan Air Asia, turut akan melancarkan platform terbaharu mereka yang direka untuk Free Independent Travelers (FITs) yang mengaturkan perjalanan sendiri yang bukan sekadar mengerjakan Umrah. Platform ini membolehkan para pengunjung mengatur perjalanan mereka dengan lancar – dari tiket penerbangan dan penginapan hotel, segalanya di tersedia di sini.
Samada anda ingin bercuti sambil mengenali seni budaya asing, menerokai aktiviti penuh cabaran, atau mencari pengisian rohani, Pameran Pelancongan Saudi ada segalanya yang anda impikan untuk sebuah kembara yang menakjubkan.
Tak tahu nak ke mana? Di sini ada beberapa persinggahan yang boleh anda pelajari dan temui lebih lanjut di Pameran Pelancongan Saudi:
Keterhubungan dan Visa
Kini, sememangnya mengunjungi Saudi adalah lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan dari 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia (Kuala Lumpur ke Madinah), dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia (Johor Bahru ke Madinah) telah menjadi titik utama kewujudan penerbangan terus ke Arab Saudi selain dari melalui pintu utamanya yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL).
Dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan, program eVisa kini merangkumi 66 negara. Rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Visa Persinggahan 96 jam percuma atau memilih eVisa yang diluluskan. Bagi mereka yang dalam perjalanan untuk tujuan bekerja atau beribadah, visa adalah sah sehingga 90 hari untuk Umrah, dan boleh memilih untuk melanjutkan berada di sana bagi menziarahi destinasi lain seperti Jeddah, Riyadh atau AlUla. Untuk menambahkan lagi akses dan keterhubungan, kapasiti syarikat penerbangan telah meningkat di seluruh AirAsia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air dan SAUDIA, dengan penerbangan terus kini tersedia untuk ke Jeddah, Madinah, Taif dan Dammam.
Tentang 'Saudi, Welcome to Arabia'
'Saudi, Welcome to Arabia' adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini. Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun. Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.VisitSaudi.com