omniture

Perennial Healthcare City Dilancarkan Bersebelahan Stesen HSR Chongqing Timur, Hab HSR Terbesar China Barat

Perennial Holdings Private Limited
2025-12-17 00:51 7
  • Penubuhan gerbang penjagaan kesihatan baharu di Chongqing sempena ulang tahun ke-10 Inisiatif Keterhubungan Chongqing dan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik Singapura-China;
  • Pelaburan sulung di Chongqing menjadi TOD berpusatkan penjagaan kesihatan keenam Perennial Holdings, mengukuhkan lagi jejaknya di China

SINGAPURA, 17 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") melancarkan Perennial Healthcare City semalam yang bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Chongqing Timur ("HSR") ("Perennial Healthcare City Chongqing"). Perennial Healthcare City Chongqing, yang dimiliki secara majoriti dan diterajui oleh Perennial Holdings, dibangunkan bersama-sama Chongqing Transportation Development and Investment Group Co., Ltd ("Chongqing Transportation and Investment Group") dan China Railway Construction Group Co., Ltd ("China Railway Construction Group"). Stesen HSR Chongqing Timur ialah hab HSR peringkat negara yang terbesar dan satu-satunya di China Barat.

Fasa pertama Perennial Healthcare City Chongqing yang menjangkau kawasan seluas kira-kira 140,000 meter persegi ("m²") dan akan dibangunkan dengan jumlah kos pelaburan sebanyak kira-kira RMB1.5 bilion, akan terdiri daripada Perennial General Hospital dengan 500 katil, sebuah hospital besar tertiari dan beberapa hospital pakar. Fasa pertama ini dijangka siap secara progresif mulai tahun 2028. Fasa-fasa berikutnya, yang berukuran lebih 260,000 meter persegi, dijangka akan terdiri daripada komponen penjagaan warga emas, kediaman servis, hospitaliti dan komersial, apabila dilaksanakan.

Majlis pelancaran, yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Keterhubungan Strategik ("Inisiatif Keterhubungan Chongqing") dan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Singapura dan China, diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, En. Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Perdagangan dan Industri, Puan Josephine Teo, Menteri Pembangunan Digital dan Maklumat Singapura dan Menteri Bertanggungjawab bagi Cybersecurity & Smart Nation Group, Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia Singapura dan Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains & Teknologi di Kementerian Perdagangan dan Industri, En. Tan Kiat How, Menteri Kanan Negara Singapura untuk Kementerian Pembangunan Digital dan Maklumat & Kementerian Kesihatan serta En. Peter Tan, Duta Besar Singapura ke Republik Rakyat China. Para tetamu khas juga melibatkan pegawai-pegawai kerajaan daripada Kerajaan Perbandaran Chongqing, Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Chongqing, Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Chongqing, Biro Pentadbiran Inisiatif Keterhubungan Chongqing, Zon Pembangunan Ekonomi Daerah Nan'an dan Daerah Jingkai, En. Shi Jidong, Setiausaha Parti dan Pengerusi Chongqing Transportation and Investment Group, En. Zhao Xiangdong, Pengurus Besar dan Timbalan Setiausaha Parti China Railway Construction Group, serta para pegawai bank, rakan niaga dan juga pengamal media.

Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 1
Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 1

Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 2
Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 2

Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 3
Perennial Healthcare City Chongqing Phase 1 - Overview 3

From left to right: Mr Zhao Xiangdong, General Manager and Deputy Party Secretary of China Railway Construction Group; Mr Pua Seck Guan, Executive Chairman and Chief Executive Officer, Perennial Holdings; Mr Gan Kim Yong, Singapore Deputy Prime Minister and Minister for Trade and Industry; Mr Shi Jidong, Party Secretary and Chairman of Chongqing Transportation and Investment Group
From left to right: Mr Zhao Xiangdong, General Manager and Deputy Party Secretary of China Railway Construction Group; Mr Pua Seck Guan, Executive Chairman and Chief Executive Officer, Perennial Holdings; Mr Gan Kim Yong, Singapore Deputy Prime Minister and Minister for Trade and Industry; Mr Shi Jidong, Party Secretary and Chairman of Chongqing Transportation and Investment Group

From left to right: Mr Zhao Xiangdong, General Manager and Deputy Party Secretary of China Railway Construction Group; Mr Tan Kiat How, Singapore Senior Minister of State for Ministry of Digital Development and Information & Ministry of Health; Mrs Josephine Teo, Singapore Minister for Digital Development and Information and Minister-in-charge of Cybersecurity & Smart Nation Group; Mr Pua Seck Guan, Executive Chairman and Chief Executive Officer, Perennial Holdings; Mr Gan Kim Yong, Singapore De
From left to right: Mr Zhao Xiangdong, General Manager and Deputy Party Secretary of China Railway Construction Group; Mr Tan Kiat How, Singapore Senior Minister of State for Ministry of Digital Development and Information & Ministry of Health; Mrs Josephine Teo, Singapore Minister for Digital Development and Information and Minister-in-charge of Cybersecurity & Smart Nation Group; Mr Pua Seck Guan, Executive Chairman and Chief Executive Officer, Perennial Holdings; Mr Gan Kim Yong, Singapore De

Perennial Healthcare City Chongqing akan menyuntik momentum yang baharu ke dalam pertumbuhan industri penjagaan kesihatan di Chongqing, sebuah bandar pusat negara dengan jumlah penduduk seramai lebih 32 juta orang dan wilayah China Barat yang mempunyai jumlah penduduk seramai lebih 360 juta orang.

Stesen HSR Chongqing Timur, persimpangan yang penting bagi lima koridor utama di bawah pelan HSR 'Lapan Menegak dan Lapan Mendatar' China, meningkatkan selanjutnya kepentingan strategik Chongqing dan jangkauan luas Perennial Healthcare City Chongqing. Stesen ini menghubungkan tujuh laluan HSR, dua laluan kereta api biasa dan empat laluan metro terancang dan mempunyai 15 platform dan 29 landasan ketibaan dan perlepasan. Hab pengangkutan yang sibuk ini dirangka untuk mengendalikan volum penumpang tahunan seramai 55 juta orang dan akan meningkatkan keterhubungan ke kawasan-kawasan pedalaman Barat, wilayah pantai Timur dan rangkaian HSR Pan-Asia ke ASEAN. Pengembara domestik akan mendapat manfaat daripada masa pengangkutan yang lebih singkat yang dapat tiba di Chengdu, Qianjiang, Wanzhou dan Guiyang dalam tempoh sejam, selain Xi'an, Wuhan, Changsha dan Kunming dalam tempoh tiga jam.

En. Pua Seck Guan, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perennial Holdings, berkata, "Kami berbesar hati dapat membuat pelaburan sulung kami di Chongqing melalui pengenalan pembangunan berpusatkan penjagaan kesihatan, berorientasikan transit bersepadu ("TOD") kami yang eksklusif. Penubuhan Perennial Healthcare City Chongqing, terletak secara strategik yang bersebelahan dengan hab HSR peringkat negara yang terbesar di negara ini, merupakan hasil daripada hubungan yang kukuh antara kerajaan Singapura dan Chongqing."

En. Pua menambah, "Dengan memanfaatkan standard penjagaan kesihatan antarabangsa Singapura di samping sumber perubatan yang berkualiti tinggi di Chongqing, kami bermatlamat untuk menyampaikan perkhidmatan perubatan yang luar biasa kepada masyarakat dan ekspatriat daripada syarikat-syarikat multinasional yang menubuhkan ibu pejabat serantau di bandar ini sebagai sebahagian daripada Inisiatif Keterhubungan Chongqing, dengan memanfaatkan keterhubungan yang cemerlang Stesen HSR Chongqing Timur yang seterusnya memberi kedudukan kepada Perennial Healthcare City Chongqing sebagai destinasi penjagaan kesihatan definitif untuk China Barat dan selanjutnya."

En. Shi Jidong, Setiausaha Parti dan Pengerusi Chongqing Transportation and Investment Group, berkata, "Perennial Healthcare City Chongqing menyaksikan satu lagi pencapaian penting oleh Inisiatif Keterhubungan Chongqing dan juga merupakan pembangunan penjagaan kesihatan ulung yang pertama di kawasan sekitar Stesen HSR Chongqing Timur. Pembangunan ini akan membawakan sumber perubatan dan penjagaan kesihatan antarabangsa yang berkualiti tinggi ke zon Stesen HSR Chongqing Timur, seterusnya meningkatkan perkhidmatan yang tersedia untuk komuniti di seluruh rantau ini."

En. Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Perdagangan dan Industri, berkata, "Tahniah diucapkan kepada Perennial Holdings atas pencapaian yang penting ini. Terletak berhampiran stesen HSR Chongqing Timur, Perennial Healthcare City Chongqing mengintegrasikan kemudahan penjagaan kesihatan, komersial dan komuniti dengan hab pengangkutan utama, lantas menyokong pembangunan Chongqing sebagai sebuah pusat perubatan serantau. Tatkala kami meraikan ulang tahun ke-10 Inisiatif Keterhubungan Chongqing pada tahun ini, Singapura akan terus mempererat kolaborasi kami bersama Chongqing, termasuk dalam sektor-sektor baharu seperti penjagaan kesihatan, demi manfaat rakyat kami."

Perennial Holdings memfokuskan pada TOD berskala besar dan berpusatkan penjagaan kesihatan yang mengintegrasikan komponen penjagaan perubatan, penjagaan warga emas dan juga hospitaliti. Seiring bersama Perennial Healthcare City Chongqing, Perennial Holdings memiliki enam TOD yang berpusatkan penjagaan kesihatan di China yang disambungkan ke stesen HSR, termasuk Tianjin, Chengdu, Kunming, Xi'an dan Guangzhou.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

 

Cik Tong Ka-Pin

Ketua Pegawai Korporat

DID: (65) 6602 6828

HP: (65) 9862 2435

Emel: tong.ka-pin@perennialholdings.com

 

 

Cik Crystal Tan

Penolong Pengurus, Perhubungan Pelabur, Korporat

Komunikasi & Pemasaran

DID: (65) 6602 0994

HP: (65) 8128 8268

Emel: crystal.tan@perennialholdings.com

 



Latar Belakang Perennial Holdings Private Limited (www.perennialholdings.com) 

Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan hartanah bersepadu yang bertapak kukuh dan beribu pejabat di Singapura. Syarikat ini memiliki, mengurus dan mengendalikan lebih 28,000 katil di kemudahan perubatan dan penjagaan warga emas yang terdiri daripada kira-kira 17,000 katil operasi dan lebih 11,000 katil yang sedang dirancang, terletak di 16 bandar di China dan Singapura. Di China, Perennial Holdings memiliki dan mengendalikan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu swasta pertama di negara ini yang menggabungkan platform perubatan unik yang bertumpukan perkongsian bersama para doktor dan salah satu platform penjagaan warga emas swasta yang terbesar di negara ini. Kemudahan rawatan perubatannya yang komprehensif mencakupi hospital besar, hospital rehabilitasi, hospital pakar dan hospital kejururawatan, manakala kemudahan penjagaan warga emasnya melibatkan kehidupan secara berdikari, kehidupan berbantu, rumah jagaan dan penjagaan demensia. Di Singapura, Syarikat ini akan mengendalikan Perennial Living, iaitu pembangunan kehidupan berbantu swasta yang pertama di negara ini dan dijangka akan melancarkan Perennial Wellness, iaitu pusat rehabilitasi dan perubatan tradisional Cina bersepadu swasta yang pertama seumpamanya di negara ini, di Perennial Living dan Jervois Road.

Portfolio hartanah Perennial Holdings yang berkualiti menjangkau jumlah keluasan lantai kasar melebihi 84 juta kaki persegi di seluruh China, Singapura, Malaysia dan Indonesia. Syarikat ini memfokuskan secara strategik pada pembangunan berorientasikan transit ("TOD") berskala besar yang berfungsi sebagai pengupaya bagi portfolio penjagaan kesihatannya dan pembangunan bersepadu yang utama. Ia memiliki tujuh TOD di China yang disambungkan ke stesen kereta api berkelajuan tinggi ("HSR") yang mana enam daripadanya yang terletak di Tianjin, Chengdu, Kunming, Xi'an, Guangzhou dan Chongqing merupakan TOD berpusatkan penjagaan kesihatan manakala satu TOD HSR berpusatkan komersial terletak di Hangzhou.

Source: Perennial Holdings Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Health Insurance Corporate Expansion Joint ventures New products/services