omniture

E Fund Management China dan Itau Unibanco Asset Management Brazil Terlibat dalam Dialog Strategik, Galakkan Kolaborasi Kewangan China-Brazil Bersama-sama

E Fund Management
2024-08-20 10:11 29

GUANGZHOU, China, 19 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, E Fund Management Co., Ltd. (E Fund), pengurus dana bersama terbesar China dan Itau Unibanco Asset Management Ltd. (IAM), pengurus aset persendirian terbesar Brazil, mencapai persefahaman bersama untuk meningkatkan kolaborasi merentas pelbagai aspek pada masa akan datang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan dua hala antara China dan Brazil mengalami pertumbuhan positif yang ketara. Khususnya, Forum Kewangan China-Brazil sulung yang diadakan pada bulan Mac tahun ini terbukti menjadi suatu kejayaan yang hebat. Peserta forum bersetuju sebulat suara mengenai kepentingan strategik ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menekankan keperluan untuk menerima peluang baharu, meninjau pendekatan inovatif dan meluaskan usaha kerjasama dalam sektor-sektor baru muncul.

E Fund ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China, dengan lebih RMB 3.3 trilion (USD 464 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan kepada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan mendalam serta masa dalam melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal terkemuka dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Xiaoyan Liu, Pengerusi Bersama Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif E Fund berkata, "Berlatarbelakangkan keterbukaan peringkat tinggi dalam pasaran modal China, E Fund mempercepatkan strategi globalisasinya. Kerjasama dan pertukaran bersama IAM akan membantu E Fund menyediakan rangkaian produk yang lebih terpelbagai dan perkhidmatan berkualiti lebih tinggi kepada pelabur kami. Ia juga akan menjadi jambatan untuk pelabur di Brazil dan wilayah yang lebih luas untuk memahami dan melabur di China. Kami akan meninjau pelbagai kemungkinan yang luas untuk menjalin kolaborasi bersama IAM."

IAM ialah syarikat pengurusan aset Itau Unibanco, salah sebuah bank yang terbesar di Amerika Latin. Asal usul IAM bermula sejak tahun 1957 apabila ia melancarkan dana bersama ekuiti pertama Brazil. Dengan sejarah selama lebih 65 tahun, IAM tetap berada di barisan hadapan sektor kewangan Amerika Latin dengan lebih daripada USD 170 bilion AUM merentas platform produk yang lengkap, termasuk ETF dan dana tersenarai yang lain, pendapatan tetap dan produk kredit persendirian serta platform berbilang strategik dengan lebih daripada 120 pengurus portfolio. Struktur IAM termasuk lebih daripada 200 ahli profesional di pejabat-pejabat di Sao Paulo, Rio de Janeiro, New York, Miami dan Santiago

"Perkongsian bersama E Fund sejajar dengan agenda strategik IAM agar sentiasa mencari peluang pelaburan yang terbaik untuk pelanggan kami, dalam sebarang senario dan dengan kepelbagaian geografi serta aset. Di samping itu, ia menyumbang kepada pengembangan antarabangsa kami, meluaskan skop dan jangkauan tawaran serta strategi kami," kata Carlos Augusto Salamonde, Ketua Pengurusan Pelaburan Global di IAM.

Meskipun prospek kerjasama ekonomi antara China dan Brazil adalah luas, E Fund dan juga IAM yakin bahawa kolaborasi ini akan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran kedua-dua organisasi bagi mempererat kerjasama kewangan dua hala serta memperkasa pembangunan perdagangan dan pelaburan yang berkualiti tinggi antara kedua-dua negara.

 

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Mutual Funds Contracts Financial Technology