omniture

AlixPartners Memperkukuh Perkhidmatan Nasihat Risiko di Asia dengan Rakan Kongsi & Pengarah Urusan Baharu, Michael Peer

AlixPartners
2024-08-20 11:10 15

SINGAPURA, 20 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma perunding global, hari ini mengumumkan bahawa Michael Peer telah menyertai firma tersebut sebagai Rakan Kongsi & Pengarah Urusan di Singapura, mengukuhkan lagi bahagian Perkhidmatan Nasihat Risiko di Asia.

Michael mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman sebagai ketua dalam penyelesaian pertikaian dan penasihat risiko merangkumi sektor seperti perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, infrastruktur, tenaga, sains hayat, sumber asli dan pembuatan. Sebagai saksi pakar yang berpengalaman, Michael telah menyumbangkan kepakaran forensik beliau kepada peguam-peguam dan syarikat-syarikat di seluruh dunia dalam kes yang melibatkan isu perakaunan, pengkuantitian ganti rugi, penilaian perniagaan, kecuaian profesional, kecederaan peribadi dan isu berkaitan dengan teknologi. Beliau pernah berkhidmati bawah pelbagai sistem perundangan tempatan serta peraturan SIAC, ICC, ICISD, LCIA, SCC dan UNCITRAL.

Michael mempunyai lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam bidang perakaunan forensik, pernah mengetuai penyiasatan-penyiasatan di bawah FCPA dan Akta Rasuah UK,  memperolehi risikan korporat dan mengguna teknologi forensik untuk menangani kebimbangan pelanggan-pelanggan. Beliau juga membantu mereka-bentuk dan memberi latihan forensik lanjutan kepada pelanggan-pelanggan dan kakitangan syarikat dengan menggunakan pengalaman beliau yang luas dalam pelbagai pasaran dan pemahaman yang mendalam mengenai budaya tempatan.

Paling terkini, Michael adalah Rakan Kongsi di bahagian Risiko Kawalan, memimpin Amalan Perkhidmatan Forensik di seluruh Asia Pasifik. Sebelum ini, beliau ialah Ketua Penasihat Pertikaian, Asia Tenggara di PwC dan Rakan Kongsi di KPMG dengan mengetuai bahagian perkhidmatan nasihat pertikaian di Eropah Tengah dan Timur (CEE). Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama lebih 20 tahun di KPMG, beliau bertanggungjawab ke atas pelbagai projek di seluruh Eropah Tengah dan Timur, pusat kewangan luar pesisir, UK dan Kanada.

Michael juga adalah Penimbang Tara Panel Suruhanjaya Penimbangtaraan Shanghai dan Mahkamah Penimbangtaraan Antarabangsa Bucharest (BIAC), Ahli Lembaga di Institut Penimbang Tara Berkanun (Ciarb) Cawangan Singapura; dan wakil Kumpulan Profesional untuk Penilaian dalam Majlis Tadbir Urus Institusi Diraja Juruukur Berkanun (RICS). Beliau seorang Akauntan Profesional Berkanun dan memegang Ijazah Sarjana Undang-undang dalam Penimbangtaraan dari Universiti Robert Gordon dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Simon Fraser.

Shiv Shivaraman, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Pemimpin Rantau Asia di AlixPartners, mengulas, "Kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Michael ke pasukan kami yang sedang berkembang pesat di Singapura. Reputasi Michael untuk integriti, kebebasan dan ketegasan intelek adalah sejajar dengan nilai dan matlamat firma kami bagi memberi penyelesaian kritikal kepada pelanggan kami. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang pertikaian rentas sempadan yang merentasi pelbagai sektor akan mengukuhkan lagi bahagian Perkhidmatan Nasihat Risiko kami di Asia."

Colum Bancroft, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmatan Nasihat Risiko di Asia, berkata, "Kami berasa gembira dan mengalu-alukan kedatangan Michael ke pasukan Perkhidmatan Nasihat Risiko kami yang sedang berkembang di Asia. Perspektif teknikal dan komersial beliau yang unik dalam amalan forensik, digabungkan dengan pemahaman mendalam beliau tentang pasaran dan budaya tempatan, menjadi aset tidak ternilai bagi penyelesaian pertikaian yang rumit. Perlantikan Michael meningkatkan keupayaan kami untuk memberi testimoni dan analisis pakar yang berwibawa dalam kes berkepentingan tinggi, membawa nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami."

Latar Belakang AlixPartners

AlixPartners adalah sebuah firma perunding global yang berkepakaran dalam membantu perniagaan  mengatasi cabaran yang paling rumit dan kritikal. Pelanggan kami termasuk syarikat, lembaga korporat, firma guaman, bank pelaburan, firma ekuiti swasta  dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1981, AlixPartners beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat melebihi 20 bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.alixpartners.com.

Source: AlixPartners
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Personnel announcements