omniture

Apabila Teknologi Bertemu Budaya Pop: Yaber Perkenal Projektor Diilhamkan Keith Haring Pertama Dunia

Yaber Technologies Co., Ltd
2024-08-20 16:00 32

NEW YORK, 20 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Yaber, perintis bagi projektor hiburan, melancarkan projektor ilham Keith Haring yang pertama di dunia, T2/T2 Plus, suatu gabungan sempurna antara budaya pop yang meriah dan inovasi berteknologi tinggi. Menampilkan motif ikonik Haring dan rangkaian warna klasik iaitu merah, putih dan hitam, edisi khas projektor siri T2 ini mengubah hiburan setiap hari dengan cetusan bakat artistik.

Yaber Introducing the World’s First Keith Haring-Inspired Projector, T2 series
Yaber Introducing the World’s First Keith Haring-Inspired Projector, T2 series

"Buat julung kalinya, legasi artistik Haring dibawa ke dunia projektor," kata Marshall, Pengurus Besar di Yaber. "Matlamat kami adalah untuk menjadikan hiburan berkualiti tinggi dan juga seni ikonik dapat diakses oleh semua orang, menggabungkan yang terbaik daripada dua dunia dalam satu tawaran yang luar biasa."

"Bekerjasama dengan Yaber untuk membawa seni Keith Haring kepada projektor buat kali pertama merupakan cara yang hebat untuk memanjangkan legasinya," kata David Stark, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artestar, agensi pelesenan jenama dan perundingan global yang mewakili Keith Haring Studio. "Produk ini membolehkan seninya dialami oleh khalayak baharu, memberikan kesedaran kepada hasil kerjanya dan menambah kemeriahan istimewa kepada pengalaman tontonan setiap hari."

Projektor Yaber T2 Plus (dengan dongel TV) edisi khas berharga USD 399 dan boleh didapati sekarang di kedai rasmi Yaber (https://www.yaber.com/products/t2-special-edition). Bagi Yaber Projector T2 (tanpa dongel TV) standard, ia kini boleh didapati di Amazon US dan akan dilancarkan di Amazon Canada, Perancis, Jepun, Jerman, UK, Sepanyol, Itali dan Australia bermula pada 26 Ogos 2024.

Latar Belakang Yaber 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Yaber menjadi perintis bagi projektor hiburan, setelah berjaya menyampaikan lebih dua juta unit kepada peminat di lebih 120 negara dan wilayah di seluruh dunia. Khususnya, Yaber diberi penghormatan dengan anugerah-anugerah berprestij, termasuk Red Dot Award, Yanko Design Award dan CES Innovation Award 2024.

Yaber komited untuk menerobos sempadan bagi kecemerlangan visual dan juga audio. Setiap projektor Yaber direka untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa, menonjolkan usaha mencapai kesempurnaan dan menawarkan kualiti audiovisual yang luar biasa kepada pengguna, serta perjalanan memperkayakan menuju keunggulan diri yang berterusan.

Untuk perkembangan terkini, kunjungi https://www.yaber.com/collections tatkala Yaber terus mentakrifkan semula kecemerlangan dalam hiburan.

 

Source: Yaber Technologies Co., Ltd
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Computer Accessories Retail New products/services