omniture

Yaber Lancar Projektor Luar Pintar T2 Plus di Malaysia

YABER TECHNOLOGIES CO., LIMITED
2024-08-20 23:38 28

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Yaber, perintis bagi projektor hiburan, melancarkan projektor T2 Plus di Malaysia, menjadikan projektor mudah alih yang hebat ini sebagai tumpuan dengan resolusi 1080P natif mengagumkan dan pembesar suara JBL, sangat sesuai untuk hiburan luar.

Yaber T2 Plus launched in Malaysia
Yaber T2 Plus launched in Malaysia

Projektor Yaber T2 Plus menyampaikan visual yang luar biasa jelas dan terang dengan 450 ANSI lumen. Dipertingkatkan oleh JBL dan Dolby Audio, ia menawarkan pengalaman bunyi yang benar-benar imersif. Hayat bateri 2.5 jam terbina dalam dan reka bentuk pemegang-kepada-penyokong menjadikannya sangat sesuai untuk maraton filem, kembara perkhemahan dan aktiviti luar.

Di samping itu, projektor Yaber T2 Plus turut menggabungkan ciri-ciri canggih seperti penyesuaian skrin pintar, sambungan NFC dan ketahanan kalis debu. Penambahbaikan ini bukan sahaja memberi penambahan kepada keserbagunaan projektor ini, bahkan menekankan komitmen Yaber untuk membangunkan serta menyediakan projektor hiburan yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi.

Ketersediaan dan Harga 

Projektor Yaber T2 Plus berharga RM 1,799 dan boleh dibeli melalui Gedung Rasmi Yaber di Lazada dan Shopee. Sila ambil perhatian bahawa harga mungkin berbeza mengikut masa dan negara.

Latar Belakang Yaber 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Yaber menjadi perintis bagi projektor hiburan, setelah berjaya menyampaikan lebih dua juta unit kepada peminat di lebih 120 negara dan wilayah di seluruh dunia. Khususnya, Yaber diberi penghormatan dengan anugerah-anugerah berprestij, termasuk Red Dot Award, Yanko Design Award dan CES Innovation Award 2024.

Yaber komited untuk menerobos sempadan bagi kecemerlangan visual dan juga audio. Setiap projektor Yaber direka untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa, menonjolkan usaha mencapai kesempurnaan dan menawarkan kualiti audiovisual yang cemerlang kepada pengguna, serta perjalanan memperkayakan menuju keunggulan diri yang berterusan.

Untuk perkembangan terkini, kunjungi www.yaber.com untuk mentakrifkan semula kecemerlangan dalam hiburan.

 

Source: YABER TECHNOLOGIES CO., LIMITED
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services