omniture

Panasonic Energy telah mengambil lesen daripada CAMX Power bagi platform GEMX® bahan aktif katod yang terkini untuk bateri ion litium

CAMX Power
2024-08-21 21:14 56

LEXINGTON, Mass., 21 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- CAMX Power LLC (CAMX) dan Panasonic Energy Co., Ltd. (Panasonic Energy), Syarikat Panasonic Group, mengumumkan bahawa Panasonic Energy telah mengambil lesen daripada CAMX bagi platform GEMX® bahan aktif katod yang terkini untuk bateri ion litium.

Platform GEMX® adalah berdasarkan ciptaan asas CAMX yang lebih daripada 30 paten telah diberikan di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Korea, Jepun dan China. Ciptaan GEMX, melalui kejuruteraan molekul, meletakkan kobalt, aluminium dan sebagainya di tempat kritikal zarah katod yang mengurangkan penggunaan kobalt, namun lebih stabil, dengan prestasi lebih tinggi dan kos lebih rendah untuk semua kelas bahan katod berasaskan nikel termasuk mangan tinggi.Produk terbitan platform tersebut telah dijenamakan sebagai gNMC®, gNMCA®, gNCA®dan gLNO®.

"Daripada mencuba pengeluaran sendiri, CAMX, melalui perjanjian lesen seperti ini boleh membuat ciptaan syarikat itu sampai dengan pantas dan lebih meluas ke pasaran untuk manfaat masyarakat," sambung Sahin lagi.

"Bersama sejarah 100 tahun inovasi dalam bateri yang merangkumi teknologi sel bateri dan operasi perniagaan, Panasonic Energy telah menjadi kuasa dan penjana di belakang EV dan sekali gus sebagai penggerak utama revolusi EV yang kini tersebar dengan pantas di seluruh dunia. Penambahan kilang Kansas kepada kilang giga Sparks, NV akan memastikan Panasonic Energy sebagai pembuat sel utama," kata Sahin, presiden dan pengasas CAMX.  "Kos sel merangkumi satu pertiga daripada kos EV dan kira-kira separuh kos sel ialah katod. Apabila Panasonic Energy memasukkan GEMX kepada pilihan katod syarikat itu, ini menjadi keistimewaan besar bagi CAMX," sambung Sahin lagi.

Maklumat Tentang Panasonic Energy
Panasonic Energy Co., Ltd., ditubuhkan pada bulan April 2022 sebagai sebahagian daripada peralihan Panasonic Group kepada sistem syarikat operasi, menyediakan produk dan penyelesaian berasaskan teknologi bateri berinovatif di seluruh dunia. Melalui bateri ion litium automotif, sistem bateri simpanan dan bateri kering, syarikat ini membawa kuasa yang selamat, andal dan mudah ke pelbagai bidang perniagaan, daripada mobiliti dan infrastruktur sosial kepada produk perubatan dan pengguna. Panasonic Energy komited untuk menyumbang kepada masyarakat yang merealisasikan kebahagiaan dan kelestarian alam sekitar, serta melalui aktiviti perniagaan, Syarikat tersebut berhasrat menangani isu kemasyarakatan sambil menerajui inisiatif alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.panasonic.com/global/energy/

Maklumat Tentang CAMX Power
Beribu pejabat berhampiran Boston, Massachusetts, CAMX Power LLC www.camxpower.com membangunkan bahan bateri ion litium. Tawaran utama syarikat, Platform Katod GEMX yang dipatenkan secara global, mengurangkan kobalt kepada kurang daripada 5%, menambah baik prestasi, meningkatkan tawaran simpanan tenaga emobility™ dan eportability™ dengan ketara oleh pembuat sel dan bahan utama. Dengan Panasonic Energy menyertai EcoPro BM, Umicore, L&F, LG Energy Solutions (LGES), EV Metals dan Samsung SDI sebagai pemegang lesen GEMX, platform katod pelbagai produk ini telah menjadi lebih penting kepada bateri EV.

Untuk pembangunan, CAMX mengendalikan kemudahan sintesis bahan, kilang perintis untuk kebolehskalaan dan kemudahan membuat sel termaju. Model perniagaan dan teknologinya ialah untuk mematangkan teknologi peringkat awal supaya tidak berisiko, dilindungi IP dan ditingkatkan atau sedia dipertingkat; kemudian melesenkan teknologi tersebut, dengan pemindahan teknologi yang mendalam, kepada rakan kongsi pembuatan yang besar untuk diperluas, diperbuat dan dijual teknologi ini, bagi mencapai impak lebih besar dan lebih pantas untuk kebaikan masyarakat dan alam sekitar.

Pertanyaan media

CAMX Power
Terry Lundstrom
Terry@camxpower.com
+19784845000

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/779998/CAMX_Power_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: CAMX Power
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Oil/Energy Transportation Utilities Licensing/marketing agreements General Manufacturing