omniture

LambdaTest melancarkan KaneAI: Ejen ujian AI hujung-ke-hujung yang pertama, mempelopori era baharu dalam kejuruteraan kualiti

LambdaTest
2024-08-22 13:54 14

KaneAI akan meperluaskan akses kepada ujian melebihi jurutera dan pembangun. KaneAI ialah studio ujian berkuasa GenAI pertama dalam industri ujian perisian, yang direka khas untuk mengubah cara pasukan mencipta, mengurus dan melaksanakan ujian

NOIDA, India dan SAN FRANCISCO, 22 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Platform ujian bersepadu berasaskan awan yang terkemuka, LambdaTest, telah melancarkan KaneAI, sebuah Ejen Ujian AI perisian hujung-ke-hujung yang pertama di dunia. Ejen Ujian ini adalah pendekatan unik untuk mengarang, menyahpepijat dan mengembangkan ujian hujung ke hujung menggunakan bahasa semula jadi yang akan merevolusikan cara pasukan mencipta, mengurus dan melaksanakan ujian automatik.

KaneAI is the software testing industry’s first GenAI-powered test studio, designed to transform how teams create, manage, and execute tests.
KaneAI is the software testing industry’s first GenAI-powered test studio, designed to transform how teams create, manage, and execute tests.

Ujian automasi telah lama menjadi bahagian penting dalam pembangunan perisian, tetapi ia sering disertai dengan cabaran yang ketara. Automasi ujian sering ketinggalan di belakang kepantasan pembangunan, dengan ujian yang mudah rosak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Malah penyelesaian kod rendah/tanpa kod mempunyai keluk pembelajaran, dan selalunya mula rosak pada skala besar, menjadikannya sukar untuk persediaan automasi ujian mengekalkan kadar dengan keperluan ujian yang semakin berkembang.

KaneAI oleh LambdaTest ialah Pembantu Ujian AI yang pertama seumpamanya dengan ciri-ciri AI yang pertama dalam industri seperti keupayaan penulisan ujian, pengurusan dan penyahpepijatan yang dibina dari peringkat bawahan hingga ke atas untuk pasukan Kejuruteraan Kualiti berkelajuan tinggi. KaneAI membolehkan pengguna mencipta dan mengembangkan kes ujian yang kompleks menggunakan bahasa semula jadi, dengan ketara mengurangkan masa dan kepakaran yang diperlukan untuk memulakan automasi ujian. Disebabkan ujian dilakukan dengan menggunakan Bahasa Semulajadi, perkara ini juga memberi peluang kepada kakitangan yang berbeza untuk mengambil bahagian dalam proses penciptaan kes ujian.

Digabungkan dengan ciri-ciri terbina dalam seperti perancangan ujian pintar, penyembuhan ujian yang dikuasakan oleh AI, dan penegasan bersyarat lanjutan, KaneAI menyokong aliran kerja yang kompleks dan memastikan liputan ujian yang menyeluruh.

Tidak seperti penyelesaian kod rendah/tanpa kod tradisional yang menghadapi had skala, KaneAI menyediakan ciri penyuntingan ujian dua hala, yang membolehkan pengguna sama ada menulis dalam kod atau dalam Bahasa Semulajadi. Selain itu, ia membolehkan eksport kod dalam pelbagai bahasa merentasi semua kerangka utama bersama dengan ciri unik Terjemahan Arahan-ke-Kod dan Kod-ke-Arahan. Ini membolehkan penyelenggaraan ujian tanpa usaha untuk skala dan memastikan bahawa walaupun keperluan ujian yang paling rumit dapat dipenuhi.

KaneAI juga merevolusikan proses penyahpepijatan dengan keupayaan observasi ujian berkuasa AI dan analisis punca akar (Root Cause Analysis, RCA) secara masa nyata. Ini membantu pasukan kejuruteraan yang teragih berskala besar mengurangkan masa henti aplikasi dan mempercepatkan kitaran pelepasan, tanpa menjejaskan kualiti produk.

Selain itu, KaneAI berintegrasi dengan lancar ke dalam aliran kerja sedia ada, menyokong alat popular seperti Jira, Slack, GitHub Actions dan Microsoft Teams, menjadikannya tambahan yang tidak ternilai kepada mana-mana alat ujian.

"Selama 6 tahun yang lalu, kami telah mendengar maklum balas daripada pengguna mengenai cara menyelesaikan cabaran ujian mereka. KaneAI ialah hasil daripada pendekatan inovatif pasukan kami untuk mengatasinya. Pasukan kejuruteraan dan produk telah menghabiskan lebih dari setahun untuk membangunkan produk yang merombak ini dan melangkaui batasan apa-apa yang mungkin dalam kejuruteraan kualiti. Mereka memastikan bahawa setiap aspek KaneAI dapat menangani cabaran dunia nyata yang dihadapi oleh pasukan pengujian setiap hari. Perjalanan ini adalah tentang membangunkan ejen ujian yang dipacu AI dan membayangkan semula perkara yang boleh menjadi automasi ujian," kata Asad Khan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di LambdaTest.

"KaneAI mencerminkan komitmen LambdaTest yang teguh untuk merevolusikan kejuruteraan kualiti. Setelah memimpin syarikat teknologi selama dua dekad, saya telah menyaksikan pasukan pembangunan perisian berjuang untuk mengikuti perubahan yang cepat dan tetap tangkas sambil menyediakan produk berkualiti tinggi. KaneAI ialah pengubah keadaan dan menangani cabaran berskala besar untuk pasukan kejuruteraan berkualiti. Melalui produk ini, LambdaTest mengubah ekosistem ujian yang lama.Penggunaan NLP dalam penulisan ujian secara asasnya memecahkan aliran kerja ujian tradisional dan memberi kuasa kepada pengurus produk, pembangun, dan penguji untuk mengintegrasikan ujian berterusan ke dalam aliran kerja DevOps dengan lancar," kata Sandeep Johri, Ketua Pegawai Eksekutif Checkmarx.

Dengan pelancaran KaneAI, LambdaTest telah mengukuhkan dirinya sebagai penyelesaian komprehensif untuk semua keperluan kejuruteraan kualiti perisian hujung-ke-hujung. Dari perancangan ujian, penulisan, pelaksanaan, analisis, dan pelaporan, LambdaTest kini merangkumi semua fungsi bersama dengan keupayaan utamanya menyediakan persekitaran awan untuk pelaksanaan ujian pada peranti dan penyemak imbas sebenar. Selain itu, kecerdasan ujian berasaskan AI memberikan pandangan yang berharga, memastikan pendekatan yang kukuh dan bersepadu terhadap jaminan kualiti.

Beta tertutup KaneAI akan tersedia mulai 21 Ogos 2024. Pasukan kejuruteraan kualiti yang berminat untuk kekal di hadapan dalam bidang ini boleh mendaftar untuk akses awal di KaneAI.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KaneAI dan tawaran uniknya, layari: https://www.lambdatest.com/kane-ai.

Maklumat Tentang LambdaTest

LambdaTest ialah sebuah platform jaminan kualiti perisian pintar dan omnichannel yang membolehkan perniagaan mempercepat masa ke pasaran melalui penulisan, pengaturan dan pelaksanaan ujian berasaskan awan yang dikuasakan oleh AI. Lebih 10,000+ pelanggan perusahaan dan lebih 2+ juta pengguna merentasi 130+ negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan pengujian masing-masing.

•  Pengujian Penyemak Imbas & Aplikasi Awan membolehkan pengguna menjalankan ujian manual dan automatik untuk aplikasi web dan mudah alih merentasi lebih daripada 5000 penyemak imbas, peranti sebenar dan persekitaran sistem operasi yang berbeza.

•  HyperExecute membantu pelanggan menjalankan dan merancang grid ujian dalam awan untuk apa-apa rangka kerja dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang amat pantas bagi mengurangkan masa ujian berkualiti, membantu pembangun membina perisian dengan lebih cepat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari, https://lambdatest.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2486484/LambdaTest_KaneAI.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things