omniture

Web Pada 2014: Kurang Bebas, Lebih Tidak Adil, Amaran Oleh Indeks Web Tahunan Yayasan Jaringan Sejagat

- Pencipta Web Tim Berners-Lee menyeru agar Internet diiktiraf sebagai hak asasi manusia, dilindungi daripada campur tangan komersil dan politik
The World Wide Web Foundation
2014-12-11 17:30 124

LONDON, 11 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Yayasan Jaringan Sejagat telah mengeluarkan Indeks Web edisi 2014-15, ukuran pertama dunia untuk sumbangan Web terhadap kemajuan sosial, ekonomi, dan politik merentasi 86 negara.

Laporan itu mendedahkan:

  • Pengguna Web mempunyai risiko meningkat untuk pengawasan kerajaan sembarangan. Undang-undang yang mencegah pengawasan besar-besaran adalah lemah atau tidak wujud langsung di lebih 84% negara, meningkat daripada 63% pada 2013.
  • Penapisan dalam talian sedang meningkat. Penapisan Web sederhana atau meluas kini dilihat di 38% negara, meningkat daripada 32% dalam 2013.
  • Penyusunan dalam talian membawa kepada perubahan luar talian. Walau pun terdapat kemerosotan dalam persekitaran keseluruhan untuk kebebasan akhbar dalam hampir setiap negara yang dikaji, Web dan media sosial sedang membuat sumbangan besar bagi mencetuskan tindakan rakyat dalam tiga daripada setiap lima negara. Sementara itu, di lebih 60% negara, wanita sedang menggunakan Web untuk menggunakan hak mereka pada tahap sederhana atau meluas.
  • Keneutralan internet sebenar masih jarang dilihat. Penilaian keneutralan internet yang pertama di dunia mendapati hanya kira-kira suku daripada semua negara menguatkuasakan peraturan jelas dengan berkesan terhadap pembezalayanan komersil atau politik dalam pengurusan lalu lintas Internet.
  • Keganasan Berasaskan Jantina Dalam Talian tidak ditangani dengan berkesan. Di 74% daripada negara Indeks Web, termasuk banyak negara berpendapatan tinggi, agensi penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah gagal mengambil langkah sepatutnya di mana ICT yang dibolehkan Web digunakan untuk melakukan tindakan keganasan berasaskan jantina.
  • Hampir 60% daripada penduduk dunia tidak boleh melayari Internet, sementara separuh daripada semua pengguna Web tinggal dalam negara yang membuat sekatan keras terhadap hak dalam talian. 4.3 bilion orang tidak mempunyai akses kepada Web, sementara sekurang-kurangnya 1.8 bilion lagi menghadapi pelanggaran hak yang lebih serius terhadap hak mereka untuk privasi dan kebebasan bersuara semasa mereka melayari Internet. Tambahan 225 juta lagi tinggal dalam negara di mana kemampuan untuk membayar mungkin mengehadkan kandungan dan perkhidmatan yang mereka boleh akses.

Sir Tim Berners-Lee, pencipta Web dan pengasas Yayasan Jaringan Sejagat, berkata:

"Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf Internet sebagai hak asasi manusia. Ini bermakna menjamin akses mampu milik untuk semua, memastikan paket Internet disampaikan tanpa pembeza layanan komersil atau politik, dan melindungi privasi dan kebebasan pengguna Web, tidak mengira di mana mereka tinggal."

Pengiraan Indeks telah diubah suai secara signifikan, membuatkan perbandingan antara negara berbanding keputusan tahun sebelumnya mustahil untuk dibuat. Namun begitu, negara Scandinavia sekali lagi mengungguli kedudukan dalam laporan. Negara yang mempunyai tahap kekayaan tinggi, tahap ketidakadilan rendah, dan perlindungan kuat untuk kebebasan sivil, seperti Denmark, Finland, dan Norway yang berada di kedudukan teratas – sedang menikmati faedah sosial dan ekonomi yang paling banyak daripada Web.   

Kedudukan Indeks Web  2014-15




Negara Berpendapatan Tinggi 

Negara Berpendapatan Sederhana 

Negara Berpendapatan Rendah

1. Denmark 

1. Hungary 

1. Kenya

2. Finland 

2. Argentina 

2. Bangladesh

3. Norway 

3. Costa Rica

3. Uganda

Laporan Indeks Web 2014-15 boleh didapati di http://www.thewebindex.org, bersama gambar dan semua data sampingan.

Source: The World Wide Web Foundation
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research