omniture

Menang Besar di Pameran Pelancongan Saudi sempena Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-67

Visit Saudi
2024-08-22 20:02 11

Rebut tawaran keemasan ini: Beli tiket SAUDIA dan nikmati potongan 50% untuk tiket kedua! Jangan lepaskan peluang untuk menangi sebuah pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Bersedia untuk menerokai dunia sejarah, kebudayaan dan seni kulinari?

Menang Besar di Pameran Pelancongan Saudi sempena Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-67
Menang Besar di Pameran Pelancongan Saudi sempena Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-67

Sertai kami di Pameran Pelancongan Saudi untuk raikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 dengan pelbagai hadiah, tawaran eksklusif dan peluang menjelajahi keindahan Arab Saudi!

Bermula pada 28 Ogos hingga 1 September bertempat di Pusat Beli-belah IOI Putrajaya, pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan landskap bumi Arab Saudi melalui pertunjukan secara maya dan pameran berinteraktif. Para pengunjung juga boleh terlibat dalam acara-acara kebudayaan seperti membuat Misbaha, melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat artis kebudayaan Arab Saudi.

Nikmati Tawaran Terbaik dengan 15 Pakej Menarik!

Terokai 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa ini termasuklah:

  • Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points. 
  • Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
  • In Saff Travel membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila anda membeli sebuah pakej.
  • Rayhar Travel menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
  • Apple Vacations memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan.
  • Tabung Haji Travel Services (THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
  • Iman World memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.

Pelancongan Fleksibel dengan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

Mengimpikan pengembaraan merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya? Jangan bimbang! Banyak agensi pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi menawarkan pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, supaya anda boleh merancang percutian impian anda tanpa rasa tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel kami dan jadikan angan-angan anda satu kenyataan!

Terokai keindahan Arab Saudi

Jeddah, pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan.

Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.

Dengan hanya memandu selama 3 jam setengah, anda akan tiba di AlUla daerah yang kaya dengan sejarah dan keunikan dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan. Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya; bangunan bercermin terbesar di dunia. Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock, dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Riyadh, ibu negara Arab Saudi yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan, hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan eklektik. Sebagai sebuah hab permainan, Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di ketinggian 300 meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan pemandangan indah yang menakjubkan.

Taif, oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk anda yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki, menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna.

Hanya dua jam ke utara Madinah, Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik. Terkenal dengan sejarah Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan seni ketukangan tempatan.

Jadikan Impian Anda ke Arab Saudi Suatu Realiti

Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi yang pertama seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses. Inisiatif Visa semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari. Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.

Untuk maklumat lanjut, log masuk ke VisitSaudi.

Tentang 'Saudi, Welcome to Arabia'

'Saudi, Welcome to Arabia' adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini. Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun.

Source: Visit Saudi
Keywords: Airlines/Aviation Hotels and Resorts Travel