omniture

40 Tahun daripada 59: SSI Schaefer Raikan Kejayaan Rakan Kongsi Singapura

SSI Schaefer
2024-08-23 09:02 54

Sempena Hari Kebangsaan ke-59 Singapura,  pakar intralogistik  memberi penghormatan kepada syarikat rakan kongsi tempatannya  yang telah menyumbang kepada kedudukan negara sebagai hab logistik terkemuka dunia, sambil meraikan ulang tahunnya yang ke-40.

SINGAPURA, 21 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan Hari Kebangsaan Singapura, SSI Schaefer, peneraju global dalam penyelesaian intralogistik dan gudang automatik, meraikan kejayaan berbilang rakan kongsi Singapuranya selama ini, tatkala syarikat memperingati ulang tahunnya ke-40 di APAC.

Untuk meneroka kerjasama dengan SSI Schaefer, sila hubungi: info.sg@ssi-schaefer.com

Baru-baru ini Bank Dunia telah meletakkan Singapura sebagai negara pertama di peringkat global dalam Indeks Prestasi Logistik 2023 yang terkini, dengan skor tertinggi untuk Infrastruktur dan catatannya sebelum ini, bahawa kedudukan negara sebagai hab logistik global memainkan peranan penting dalam kejayaan ekonominya.  Menyokong infrastruktur logistik Singapura merentas sektor ialah pusat-pusat intralogistik — kemudahan penyimpanan dan pengedaran — yang prestasi dan kapasitinya mempunyai kesan terhadap rantaian bekalan global, perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi.

"Memandangkan kami telah berada di sini selama 40 daripada 59 tahun kemerdekaan Singapore, SSI Schaefer telah menempatkan Singapura sebagai ibu pejabatnya untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, mengawasi 15 lokasi di seluruh rantau ini, dan sebuah kilang di Simpang Renggam, Malaysia.

Sepanjang tempoh kami di sini, ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan untuk menyaksikan kenaikan mendadak Singapura sebagai hab rantaian bekalan global yang utama," kata Sean Lim, Ketua Pengurusan di SSI Schaefer Singapura. "Negara ini telah melakukan yang terbaik dengan memberi keutamaan kepada infrastruktur dan mengiktiraf bahawa teknologi yang canggih, prestasi terbaik, kecekapan optimum, dan keselamatan yang ketat ialah keperluan mutlak untuk kemudahan  bertaraf dunia. Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada usaha yang selama empat dekad dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa kami."

Khusus kepada syarikat tempatan, tiga rakan kerja yang memberikan gambaran tentang impak syarikat terhadap ekonomi Singapura.

Supply Chain City™ YCH Group

Gambaran Keseluruhan:

  • Disiapkan pada tahun 2018
  • 65,000 m² jumlah kawasan permukaan, termasuk 10,080 m² gudang rak tinggi
  • Gudang tanjakan dengan tinggi 50 m dan 5 tingkat 
  • Lebih 66,000 lokasi penyimpanan palet
  • 18 mesin pengambilan-penyimpanan (SRM) SSI Exyz yang cekap tenaga
  • Mampu memindahkan 450 palet sejam
  • Kapasiti muatan keseluruhan sebanyak 21.6 tan
  • Akses ke lebih 100 ruang pemuatan

Menggunakan teknologi daripada SSI Schaefer, YCH Group, syarikat penyelesaian rantaian bekalan terkemuka tempatan, telah mencipta pusat logistik bertaraf dunia untuk mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab rantaian bekalan dan pusat utama yang menghubungkan Asia ke seluruh dunia. Ia terletak di Daerah Inovasi Jurong, Supply Chain City™ menggunakan sistem penyimpanan dan pengambilan automatik rak tinggi bersambung (ASRS) daripada SSI Schaefer serta sistem pengurusan gudang pintarnya, WAMAS®.

Sejak pelancaran kemudahan ini, proses automasi sepenuhnya telah membolehkan YCH menyediakan perkhidmatan logistik bernilai tambah yang lebih tinggi untuk penyelesaian hujung ke hujung yang disesuaikan kepada syarikat-syarikat. Selain itu, dengan WAMAS®, keterlihatan yang menyeluruh terhadap aliran bahan telah mengukuhkan kerjasama dan komunikasi antara setiap pihak berkepentingan dalam rantaian bekalan, termasuk gudang.

Tee Yih Jia Food Hub

Gambaran Keseluruhan: 

  • Disiapkan pada tahun 2022
  • Kemudahan penyimpanan sejuk automatik sepenuhnya terbesar dan gudang rak tinggi bersambung dan bertingkat automatik terbesar di Singapura
  • Kemudahan bernilai $450 juta
  • 40,000 m² jumlah kawasan permukaan
  • Tiga gudang: dua bilik sejuk dan satu penyimpanan kering suhu ambien
  • 100,000 kedudukan palet rak penyimpanan beku
  • 15 SRM SSI Exyz
  • Mampu memindahkan 300 palet sejam

Tee Yih Jia Manufacturing Pte Ltd, sebuah pengeluar makanan sejuk beku terkemuka, bekerjasama dengan SSI Schaefer dalam pembinaan Tee Yih Jia Food Hub, sebuah kilang makanan serta kemudahan penyimpanan dan pengedaran di Senoko. Dengan menggabungkan kepakaran SSI Schaefer dalam sistem rak tinggi bersambung ASRS, penyimpanan sejuk , Tee Yih Jia berjaya memanfaatkan automasi sepenuhnya untuk memperluaskan kecekapan dan kapasiti rantaian bekalan secara signifikan.

Kerjasama dengan PKS dalam Industri Automotif dan Perindustrian 

Gambaran Keseluruhan: 

  • Disiapkan pada tahun 2024
  • 1075 m² jumlah kawasan permukaan

Piawaian keselamatan Singapura yang ketat sebagai hab logistik global kadangkala merupakan cabaran bagi syarikat yang kurang pengalaman dan perancangan teliti, terutamanya PKS. Sebagai sebuah kedai sehenti, SSI Schaefer mengikuti piawaian keselamatan yang ketat dari EU dan Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura (BCA) sejak dari awal, dan telah membimbing beberapa PKS Singapura untuk melancarkan proses kelulusan kemudahan.

Baru-baru ini, SSI Schaefer melaksanakan penyelesaian mezanin, yang mematuhi piawaian keselamatan struktur BCA dan EU, untuk kerjasama dengan sebuah syarikat pembekal automotif dan industri di kemudahan mereka di Defu. Dengan penyelesaian ini, syarikat tersebut berjaya memperluaskan jumlah keseluruhan kawasan lantai mereka dengan ketara dan memaksimumkan kapasiti penyimpanan sambil memajukan perjalanan mereka ke arah automasi. Bagi pekerja gudang mereka, penyelesaian mezanin ini menjadikan aliran kerja jauh lebih teratur dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SSI Schaefer yang baru dikemas kini https://www.ssi-schaefer.com/en-asia

 

Source: SSI Schaefer
Keywords: Computer/Electronics Transportation Supply Chain/Logistics