omniture

Pan Pacific Hotels Group bakal Kendalikan Hartanah ke-7 di Malaysia, Kedua di Pulau Pinang

Pan Pacific Hotels Group
2024-08-23 13:56 19

Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel meraikan pembukaan keempat untuk Pan Pacific Hotels Group di Asia Tenggara tahun ini

SINGAPURA, 23 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Pan Pacific Hotels Group (PPHG) akan menambah Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel kepada portfolionya yang pelbagai di Malaysia yang terdiri daripada hotel, pusat peranginan dan suit servis. Dalam enam bulan pertama tahun 2024, Kumpulan ini membuka PARKROYAL Serviced Suites Jakarta pada Januari, PARKROYAL A'Famosa Melaka Resort pada Februari dan Pan Pacific Jakarta pada Jun dan akan mengambil alih operasi hotel sedia ada serta memulakan pengubahsuaian lunak secara berperingkat mulai 1 September 2024.

Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel
Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel

 

(From Left to Right) Ms Elysia Ong, Director of Group Corporate Strategy and Legal Affairs of MTT Group of Companies; Yang Berhomat Tuan Wong Hon Wai, Penang State Executive Council for Tourism and the Creative Economy; Yang Berbahagia Dato Sari Kenny Ong, Group Chairman of The MTT Group of Companies; Yang Amat Berhomat Tuan Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang; Mr Choe Peng Sum, Chief Executive Officer of Pan Pacific Hotels Group; Yang Berbahagia Dato’ Ir. Rajendran A/LP. Anthony, Mayor of the City Council of Penang Island; Mr Kevin Croley, Senior Vice President, Business Development of Pan Pacific Hotels Group
(From Left to Right) Ms Elysia Ong, Director of Group Corporate Strategy and Legal Affairs of MTT Group of Companies; Yang Berhomat Tuan Wong Hon Wai, Penang State Executive Council for Tourism and the Creative Economy; Yang Berbahagia Dato Sari Kenny Ong, Group Chairman of The MTT Group of Companies; Yang Amat Berhomat Tuan Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang; Mr Choe Peng Sum, Chief Executive Officer of Pan Pacific Hotels Group; Yang Berbahagia Dato’ Ir. Rajendran A/LP. Anthony, Mayor of the City Council of Penang Island; Mr Kevin Croley, Senior Vice President, Business Development of Pan Pacific Hotels Group

Menurut En Choe Peng Sum, Ketua Pegawai Eksekutif PPHG, "Pelancongan terus memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dan wawasan negara ini adalah untuk membawa masuk 35.6 juta pengunjung menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026[1]."

Pada tahun 2022, pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang melangkaui pertumbuhan negara sebanyak 8.7%[2] pada 13.1%, dengan pemulihan yang kukuh berterusan hingga tahun 2023 mencatatkan pelaburan asing tertinggi di negara ini sebanyak MYR71.9 bilion. Pada tahun 2023, negeri ini mencatatkan peningkatan 64% berbanding tahun sebelumnya bagi pergerakan penumpang kepada 6.9 juta[3] di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menyumbang sebanyak 84% daripada muatan penumpang pada tahun 2019. Tahun ini, negeri ini menyasarkan akan menerima lebih 5 juta dan 7.4 juta menjelang tahun 2030[4]."

Hotel 368 bilik ini terletak 10 minit dari George Town, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan seni bina rumah kedai dan rumah bandar, budaya serta wajah kota yang luar biasa. Terletak dalam presint gaya hidup Teluk Gurney baharu yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 Pulau Pinang, Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel menawarkan pemandangan pinggir pantai Pulau Pinang, George Town dan Bukit Bendera yang tiada halangan, membawakan suasana yang santai kepada tetamu bagi meneroka kawasan setempat yang meriah.

Sejajar dengan etos jenama PARKROYAL iaitu 'All Things Local' ('Semua Benda Berciri Tempatan') Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel, berperanan sebagai pintu masuk kepada budaya Pulau Pinang yang meriah. Terletak dengan sempurna untuk tetamu menyelami warisan unik di bandar ini, hotel ini menawarkan pengalaman tempatan autentik dalam persekitarannya yang kaya budaya. Bermula daripada makanan jalanan Pulau Pinang yang terkenal hinggalah pesona bersejarah bandar lamanya, hotel ini mengundang tetamu untuk menemui intipati sebenar bandar yang rancak ini.

Menurut Choe, "Gurney Bay Hotel, A PARKROYAL Hotel di pusat bandar akan melengkapkan PARKROYAL Penang Resort yang terletak betul-betul di pantai Batu Ferringhi. Kedua-dua hotel dan pusat peranginan akan mendapat manfaat daripada pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang negeri ini yang bakal menjadi lapangan terbang kedua terbesar di negara ini. Apabila ia siap pada tahun 2028, lapangan terbang baharu ini akan menggandakan kapasiti semasanya iaitu 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang[5]setahun." 

Kemudahan luas hotel ini termasuk restoran menjamu selera sepanjang hari 220 tempat duduk, Ruang Istirehat Lobi & Bar, Dewan Besar yang boleh memuatkan sehingga 550 tetamu, empat bilik mesyuarat sampingan dan Kids Club yang dihiasi sepenuhnya. Di tingkat 2, tetamu boleh menikmati kemudahan kelab kesihatan yang luas; gelanggang tenis luar, dua kolam renang termasuk kolam kanak-kanak, bilik wap & sauna serta gimnasium 24/7 yang komprehensif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.panpacific.com/gurneybay 

Latar Belakang Pan Pacific Hotels Group Limited

Pan Pacific Hotels Group ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang memiliki dan mengurus lebih 50 hotel, pusat peranginan dan suit servis yang terdiri daripada tiga jenama - "Pan Pacific", PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL di lebih daripada 30 bandar di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah. Beribu pejabat di Singapura, ia merupakan ahli UOL Group Limited tersenarai di Singapura.

Pan Pacific Hotels and Resorts menyampaikan perkhidmatan yang tulus dan bersopan santun kepada setiap tetamu dengan keghairahan untuk mencapai kecemerlangan.

PARKROYAL COLLECTION Hotels & Resorts didorong oleh keghairahan kami terhadap kehidupan dan kelestarian.

PARKROYAL Hotels & Resorts dibezakan oleh keghairahannya terhadap orang ramai dan tempat, membawa keasyikan kepada setiap tetamu dalam budaya tempatan dan asli.

Kunjungi www.panpacific.com.

Pan Pacific Discovery 

Pan Pacific DISCOVERY ialah program kesetiaan yang direka untuk meningkatkan pengalaman setiap tetamu. Ahli-ahli boleh menikmati faedah DISCOVERY Dollars (D$), mata wang ganjaran digital mesra pengguna, memberikan diskaun eksklusif untuk kadar bilik, pengalaman menjamu selera dan banyak lagi. Dengan perkembangan setiap peringkat, ahli-ahli meningkatkan status mereka bagi mendapatkan keistimewaan yang dipertingkat dan peluang untuk memperoleh dan membelanjakan D$ ke atas kemudahan dan pengalaman hotel premium, termasuk outlet menjamu selera yang dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group di seluruh dunia. Pan Pacific DISCOVERY merupakan ahli Global Hotel Alliance (GHA), pakatan hotel bebas yang terbesar di dunia dengan 40 jenama dan lebih 800 hotel di serata dunia. 

Untuk menjadi ahli, kunjungi panpacific.com.

  1. Tourism Malaysia presents strategic roadmap for Visit Malaysia 2026 | TTG Asia 
  2. Unlocking Opportunities: Malaysia and Penang's Soaring Economic Developments and Real Estate Appeal | The Standard 
  3. Penang recorded nearly 7 million passenger arrivals in 2023; increase of 64.5 pct (nst.com.my) 
  4. Penang-Tourism-Master-Plan-2021-2030-Report.pdf (gtwhi.com.my) Halaman 49
  5. Penang Airport Expansion: Malaysian Government Allocates RM93 Million (constructionreviewonline.com) 

 

Source: Pan Pacific Hotels Group
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion