omniture

UTime Limited Ambil Bahagian dalam Pameran Perubatan dan Persidangan Perubatan Antarabangsa

UTime Limited
2024-08-23 23:47 177

SHENZHEN, China, 23 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- UTime Limited (NASDAQ: WTO) ("UTime" atau "Syarikat") dengan sukacitanya mengumumkan rancangannya untuk mengambil bahagian dalam beberapa pameran perubatan serta persidangan perubatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Acara-acara yang akan datang ini akan memberi peluang berharga kepada UTime untuk memaparkan pencapaiannya yang terkini dalam peranti dan penyelesaian perubatan serta untuk meningkatkan komunikasi dan perkongsiannya dalam industri perubatan global.

Di MEDICA yang akan datang di Düsseldorf, Jerman, salah satu pameran perdagangan perubatan yang paling berpengaruh di dunia untuk teknologi dan peranti perubatan, UTime merancang untuk mempamerkan inovasinya yang terkini dalam peranti pemantauan perubatan serta alat diagnostik pintar. Reruai pameran Syarikat ini bertujuan untuk mengetengahkan amalan rintisnya dalam rantaian nilai produk teknologi perubatan keseluruhan.

Selain daripada MEDICA, UTime merancang untuk menghadiri Persidangan Persatuan Kardiologi, Persidangan Tidur dan Persidangan Hipertensi di Amerika Syarikat. Persidangan-persidangan ini menghimpunkan pakar dan ilmuwan perubatan terkemuka, menawarkan bukan sahaja platform kepada UTime untuk membentangkan kemajuan teknologinya kepada industri, tetapi juga peluang yang sangat baik untuk belajar dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan setara global.

Penyertaan terancang ini menekankan komitmen berterusan UTime untuk mempengaruhi landskap perubatan dan penjagaan kesihatan global serta memperlihatkan misi Syarikat untuk meningkatkan kesihatan insan melalui inovasi teknologi.

UTime juga berhasrat untuk meneroka projek-projek kolaboratif yang berpotensi bersama pelbagai organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa dan institut penyelidikan, khususnya dalam bidang teleperubatan dan aplikasi kecerdasan buatan dalam sektor penjagaan kesihatan. Melalui kolaborasi antarabangsa ini, Syarikat bermatlamat untuk mempercepatkan pelancaran global produk-produknya, yang akhirnya memberi manfaat kepada pesakit di seluruh dunia.

Latar Belakang UTime Limited 

UTime komited untuk mentransformasikan kesihatan dan kesejahteraan melalui teknologi boleh pakai perubatan yang inovatif. Dengan memanfaatkan penyelidikan termaju dan perkongsian strategik, UTime bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan demi pencegahan penyakit serta pengurusan kesihatan pada skala global. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Syarikat di http://www.utimeworld.com/

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Kenyataan dalam siaran akhbar ini mengenai jangkaan, rancangan dan prospek masa depan, serta apa-apa kenyataan lain berhubung hal yang bukan fakta sejarah, boleh menjadi "kenyataan pandang ke hadapan" dalam pengertian Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda, dan Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Perkataan-perkataan "menduga," "percaya," "terus," "boleh," "menganggar," "menjangka," "berniat," "mungkin," "merancang," "berpotensi," "meramalkan," "mengunjurkan," "sepatutnya," "menyasarkan," "bakal," "akan" dan ungkapan yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan, walaupun bukan semua kenyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan pengenalpastian ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang ditunjukkan oleh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan lantaran pelbagai faktor penting yang dibincangkan dalam bahagian "Faktor Risiko" laporan tahunan Syarikat dalam Borang 20-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. pada 30 Julai 2024. Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini hanya tepat pada tarikh ini, dan Syarikat menafikan secara khusus apa-apa kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Eaky Tan
eaky@westock.com

Source: UTime Limited
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news Artificial Intelligence Fitness/Wellness