omniture

Trinasolar dianugerahkan sijil Empat-bintang Kilang Karbon-sifar

Trina Solar Co., Ltd
2024-08-23 23:48 16

CHANGZHOU, China, 23 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Kilang Trinasolar di Yiwu, wilayah Zhejiang, telahpun memperoleh Sijil Empat-bintang Kilang Karbon-sifar (Jenis I) 2023 daripada TiGroup, kali kedua pensijilan hijau berwibawa ini dianugerahkan kepadanya sejak ia menjadi kilang karbon sifar pertama dalam industri fotovolta tahun lalu.

Amalan hijau telahpun diterima pakai di kilang ini dengan mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan emisi karbon, meningkatkan kecekapan tenaga, menambah baik pengurusan tenaga secara berterusan dan menaik taraf peralatan serta kemudahan. Menerusi usaha sedemikian, penggunaan kuasa seunit produk (kWj/MW) kilang ini berkurang sebanyak 6.86% pada tahun lalu berbanding tahun 2022 manakala emisi karbon seunit pengeluaran (tCO2e/MW) berkurang sebanyak 6.18%.

TiGroup menjalankan penilaian terperinci ke atas kilang Yiwu pada 19 Julai selaras dengan Spesifikasi Penilaian Kilang Karbon-sifar, meliputi enam aspek: infrastruktur; sistem pengurusan maklumat pintar tenaga dan karbon; penggunaan tenaga dan sumber; produk; langkah-langkah pengurangan emisi gas rumah hijau; dan pelaksanaan penyeimbangan karbon. TiGroup memberi penilaian tinggi langkah-langkah perlindungan alam sekitar kilang ini dan memberikan tahap empat bintang Kilang Karbon-sifar (Jenis I) kepada kilang ini.

Trinasolar ialah peneraju industri dalam amalan rendah karbon. Baru-baru ini, syarikat ini dianugerahkan pensijilan EPD Norway dan EPD International untuk modul siri Vertex S+. Kilang Yiwu merupakan salah satu pangkalan utama bagi pengeluaran besar-besaran modul Vertex S+. Dalam bulan Januari, Vertex N 720W, modul siri Vertex N 625W dan modul Vertex 670W Trinasolar menerima pensijilan UL EPD and EPD Italy. Pada tahun 2022, modul Vertex Trinasolar dianugerahkan Sijil Penilaian Kitaran Hayat dan Sijil Jejak Karbon oleh TÜV Rheinland atas keupayaan pengurusan rendah karbonnya sepanjang kitaran hayat.

Helena Li, presiden eksekutif di Trinasolar, berkata: "Ia merupakan satu penghormatan untuk kilang Yiwu kami yang sekali lagi memperoleh pensijilan Kilang Karbon-sifar. Ia merupakan satu pencapaian yang penting, terutamanya kerana kali ini, kilang ini dinaik taraf daripada tiga bintang kepada empat bintang, menekankan komitmen Trinasolar terhadap pembangunan mampan. Kami bersemangat untuk memastikan agar modul dan kitaran pengeluaran keseluruhan kami berada dalam keadaan semampan yang mungkin."

Trinasolar, dengan misi "Solar Energy for All" ("Tenaga Solar buat Semua"), membina budaya pengurusan kelestarian SOLAR yang unik. Tahun lalu, syarikat ini mewujudkan sistem sifar bersih dan menyatakan ia menyasarkan untuk mencapai keneutralan karbon pada peringkat organisasi dan operasi global menjelang tahun 2030.

Trinasolar akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan tegas bagi mengurangkan emisi karbon dan menyumbang kepada dunia sifar bersih.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG