omniture

Perlantikan Noah Drake sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Xenith IG

Xenith IG Singapore Pte Ltd
2024-08-26 10:00 10

Noah Drake merupakan  seorang ketua perniagaan yang telah memenangi pelbagai anugerah kepimpinan. Seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang infrastruktur rangkaian kritikal dan landskap telekomunikasi berkemampuan membawa halatuju strategik dalam meletakkan Xenith IG ke arah pertumbuhan perniagaan yang lebih pesat dan berdaya saing.

SINGAPURA, 26 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Xenith Infrastructure Group (Xenith IG), peneraju penyedia infrastruktur rangkaian kritikal untuk pengendali pusat data berskala hiper, pengendali pusat data berskala biasa, pengendali rangkaian data dan pelanggan industri teknologi maklumat di seluruh Asia Pasifik (APAC), mengumumkan pelantikan Noah Drake sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru berkuatkuasa 22 Ogos 2024.


Noah, yang mempunyai pengalaman lebih daripada sedekad  mengetuai organisasi dalam industri telekomunikasi dan infrastruktur rangkaian kritikal sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden dan Pengarah Urusan, di Telstra International, Amerika Syarikat. Beliau sebelum ini memainkan peranan penting dalam membangunkan pasukan berprestasi tinggi merangkumi fungsi teknikal, jualan dan operasi, serta meningkatkan pertumbuhan perniagaan. Pada Persidangan Tahunan Majlis Telekomunikasi Pasifik (PTC) 2024, Noah telah dianugerahkan sebagai "Pemimpin Muda Cemerlang". Beliau juga telah dinamakan dalam Colorado Titan sebagai 100 Top Business Leaders – satu program yang mengiktiraf 100 Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua tahap eksekutif yang terkemuka dalam bidang terkini.

Sebelum menyertai Telstra, Noah pernah menjadi Naib Presiden Pengurusan Produk di Zayo Group, sebuah syarikat infrastruktur rangkaian kritikal yang berpusat di Colorado, Amerika Syarikat, di mana beliau bertanggungjawab ke atas portfolio perkhidmatan Gentian Fiber dan Infrastruktur telekomunikasi. Bersama Zayo Group, Noah juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Global yang mana beliau bertanggungjawab melancarkan pasukan pengembangan pasaran baharu syarikat. Dengan rekod pencapaian yang telah terbukti dalam kepimpinan, perancangan strategik dan kecemerlangan operasi, Noah telah bersedia untuk memimpin Xenith IG ke fasa pertumbuhan dan inovasi seterusnya.

"Kami sangat teruja dan mengalu-alukan kehadiran Noah Drake ke pasukan kami." kata Bill Cook, Pengerusi Eksekutif Xenith IG. "Fokus beliau adalah pada prestasi dan menyelesaikan tugasan, bukti kejayaan dalam memimpin organisasi untuk mencapai matlamat strategik mereka dan pemahaman mendalam tentang landskap infrastruktur rangkaian kritikal dan telekomunikasi menjadikan beliau begitu sesuai untuk membimbing Xenith IG ke fasa seterusnya. Kami yakin bahawa visi dan komitmen Noah terhadap inovasi akan mengukuhkan lagi kedudukan Xenith IG sebagai peneraju dalam industri ini." tambah Bill Cook.

Dalam peranan baharunya, Noah akan memberi tumpuan kepada  memperluaskan penawaran perkhidmatan Xenith IG, meningkatkan pengalaman pelanggan  serta memupuk budaya kolaboratif yang mengutamakan nilai kemanusiaan sejagat. Visi strategik Noah sejajar dengan misi syarikat untuk melangkaui sempadan inovasi, berskala, kebolehpercayaan dan fleksibiliti, serta menetapkan piawaian baharu dalam kesalinghubungan yang tiada tandingan.

"Saya berbesar hati untuk mengambil alih peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Xenith IG," kata Noah Drake. "Dalam masa yang singkat, syarikat ini telah membina reputasi luar biasa untuk inovasi dan kecemerlangan di APAC, dan saya teruja untuk bekerja bersama dengan pasukan berbakat di sini untuk membina kejayaan dan meneroka peluang baharu. Kami bersama-sama akan terus melangkau sempadan untuk memberikan nilai yang luar biasa kepada para pelanggan dan pihak berkepentingan lain yang memerlukan perkhidmatan kami."

Pengumuman ini tepat pada masa yang sesuai ketika Xenith IG meletakkan posisinya secara strategik untuk pertumbuhan masa depan dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Latar Belakang Xenith IG

Xenith IG membina infrastruktur rangkaian kritikal yang kukuh kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di APAC.

Dengan infrastruktur gentian optik berkapasiti tinggi yang dimiliki sepenuhnya, Xenith IG menghubungkan pusat data, stesen pendaratan kabel dan titik saling hubungan rangkaian utama yang lain dengan kabel gentian optik yang terbaharu dan canggih. Aset infrastruktur kritikal Xenith IG adalah kukuh, terletak di bawah tanah, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat serta mampu digunakan dengan pantas untuk memberikan operasi pelanggan ke dalam talian dalam masa beberapa hari, bukannya minggu atau bulan. Pasukan eksekutif Xenith IG mempunyai kepakaran yang mendalam dan terbukti untuk menghadapi cabaran landskap kesalinghubungan yang kompleks di beberapa pasaran pusat data terbesar dan paling padat di dunia.

www.xenithig.com 

Source: Xenith IG Singapore Pte Ltd
Keywords: Internet Technology Telecommunications Personnel announcements