omniture

Meraikan 35 Tahun Inovasi: Microland Menandakan Pencapaian Ini dengan Penyelesaian Inovatif dan Visi untuk Masa Depan

Microland
2024-08-26 17:34 18

BENGALURU, India, 26 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Microland, perintis rangkaian India dan syarikat perkhidmatan infrastruktur IT khusus serta perundingan terbesar di India, sedang meraikan ulang tahun ke-35 menyediakan inovasi teknologi kepada pemimpin perniagaan global.

Microland ditubuhkan pada tahun 1989, merupakan syarikat pertama di India yang memperkenalkan gergasi rangkaian global dan peneraju teknologi lain seperti Novell NetWare, Cisco, Compaq dan Netscape ke negara ini. Hari ini, Microland memacu kecemerlangan operasi, ketangkasan, daya tahan dan produktiviti untuk perusahaan di seluruh dunia dengan pertumbuhan yang terkemuka dalam industri dan kepakaran dalam teknologi generasi akan datang seperti AI, operasi automatik dan penyelesaian berasaskan platform. Dengan lebih daripada 4,600 warga Microland memberikan perkhidmatan di lebih 100 negara di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara, Microland menawarkan penyelesaian terkini dalam rangkaian, awan, pusat data, keselamatan siber, pengurusan perkhidmatan, aplikasi dan automasi.

Microland telah terus berkembang sepanjang 35 tahun yang lalu, sentiasa berada di hadapan perkembangan teknologi untuk membentuk semula diri dan membina pengiktirafan globalnya. Hari ini, ketika syarikat ini meraikan ulang tahun ke-35, Microland kembali ke akarnya sebagai pelopor rangkaian, mengalihkan fokus syarikat daripada 'Merealisasikan digital (Make digital happen)' kepada 'Berhubung dengan yang terbaik (Connect with the best).' Microland menyedari bahawa organisasi kini berada di landasan yang betul dalam merealisasikan penerimaan digital. Mereka tahu bahawa rangkaian menjadi asas kepada fungsi dan kecekapan sistem digital moden, menyokong produktiviti dan inovasi pada tahap yang paling asas.

Untuk membantu perjalanan pelanggannya dalam landskap perniagaan yang memerlukan inovasi berterusan, Microland telah menerapkan AI. Platform Intelligeni terbarunya yang dikuasakan oleh AI mewakili perubahan besar dalam operasi perkhidmatan IT. Pada intipatinya, Intelligeni mewakili komitmen Microland terhadap inovasi, kecekapan, dan berfokus kepada pelanggan. Platform ini memperkasakan organisasi pelanggan dengan pandangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, penyelesaian masalah yang proaktif, pengalaman unik, dan keupayaan membuat keputusan secara autonomi. Dengan tujuh modul, platform Intelligeni memberikan infrastruktur digital 10x lebih berdaya tahan dan cekap. Platform Intelligeni telah diiktiraf sebagai Inovator dalam Perkhidmatan ITOps RadarView™ daripada Avasant untuk tahun 2023-2024. Direkayasa dan diperkemaskan selama sedekad yang lalu, platform ini memanfaatkan AI, menerajui pentadbir perkhidmatan IT yang pertama seumpamanya.

Microland telah menempatkannya dirinya di radar beberapa badan industri dan penganalisis terkemuka. Diiktiraf secara global sebagai Pemimpin dalam Magic Quadrant Gartner untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus selama empat tahun berturut-turut (2020, 2021, 2022, 2023). Berdasarkan analisis yang ketat dan berasaskan fakta, Magic Quadrant Gartner membolehkan pengguna teknologi menilai pasaran dan penyedia teknologi, memahami pembezaan mereka, dan mengecilkan pilihan pembelian mereka.

Pada awal Ogos 2024, Microland telah menerima penarafan 5 bintang Kelas Dunia yang berprestij oleh Institut Meja Perkhidmatan (SDI) untuk kualiti perkhidmatan IT dan operasi sokongan. Microland ialah syarikat ketiga di peringkat global dan syarikat pertama di India yang mendapat penghargaan ini.

Microland juga telah mencapai penarafan emas daripada EcoVadis, pencapaian ini menegaskan prestasi luar biasa dalam Alam Sekitar dan Perolehan Mampan, mencerminkan komitmen syarikat terhadap piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang tinggi. Di Microland, teknologi AI terkini diintegrasikan ke dalam setiap aspek operasi dan penyelesaian pelanggan. Teknologi ini dilengkapi dengan tumpuan kepada kemasukan prinsip mampan dalam semua amalan, daripada inovasi sehingga pelaksanaan. Penarafan emas daripada EcoVadis meletakkan Microland dalam kedudukan 5 peratus teratas daripada lebih 125,000 buah syarikat yang dinilai di seluruh dunia.

Microland telah memperkemas pendekatannya terhadap ESG dengan Yayasan Microland. Sayap pembangunan sosial yang khusus ini membentuk perkongsian bermakna untuk menggubal dan melaksanakan projek yang menyelesaikan masalah masyarakat yang paling mendesak dalam bidang pendidikan, alam sekitar, kebolehgajian dan kesihatan dengan cara yang boleh diukur, boleh dikembangkan dan mampan. Yayasan ini menggunakan keupayaan teknologi Microland untuk menyampaikan, memantau dan mengembangkan program.

Dalam satu mesej kepada Microland sempena ulang tahun ke-35, Peter Bendor-Samuel, Pengasas Everest Group, berkata, "Microland cemerlang dalam mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan. Di mana yang lain akan menggunakan tenaga kerja, Microland menggunakan platform yang telah dilaburkan dan dikembangkan di dalam syarikat untuk menyediakan perkhidmatan. Hasil: Mereka mampu memberikan perkhidmatan yang mantap dan berkualiti tinggi dengan kos yang lebih rendah. Ini memajukan mereka sebagai peneraju dalam ruang perkhidmatan teknologi dan memastikan mereka boleh bersaing dengan syarikat-syarikat yang jauh lebih besar."

Bercakap pada majlis ulang tahun ke-35 Microland, Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, berkata, "Microland telah berkembang dan matang sejak 35 tahun yang lalu. Hari ini, kami memperbaharui komitmen kami kepada pelanggan kami, memastikan mereka berhubung dengan inovasi rangkaian terbaik masa depan hari ini."

Perihal Microland

Microland ialah perintis perkhidmatan Infrastruktur IT dan syarikat perunding yang beribu pejabat di Bengaluru, India, dengan rekod prestasi yang terbukti memberikan hasil perniagaan yang nyata selama 35 tahun. Hari ini, apabila perusahaan mengakui bahawa rangkaian menyokong fungsi dan kecekapan sistem digital moden serta menyokong inovasi, kami menyediakan teknologi generasi akan datang seperti AI, operasi automatik, dan penyelesaian berasaskan platform, yang memacu kecemerlangan operasi, ketangkasan dan produktiviti untuk organisasi di seluruh dunia untuk organisasi di seluruh dunia. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 4,600 pakar memberikan perkhidmatan di lebih 100 negara di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara, menawarkan penyelesaian terkini dalam rangkaian, awan, pusat data, keselamatan siber, pengurusan perkhidmatan, aplikasi dan automasi. Diiktiraf oleh penganalisis industri terkemuka bagi strategi berinovatif kami, Microland komited terhadap tadbir urus, kelestarian alam sekitar yang kukuh dan memupuk tempat kerja terangkum yang pelbagai bakat berkembang maju. Apabila perniagaan bekerjasama dengan Microland, mereka berhubung dengan bakat, teknologi dan penyelesaian terbaik untuk mencipta nilai yang tiada tandingannya. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.microland.com

Butiran Hubungan: sobia.sahar@microland.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2488252/Microland_35_years_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things