PARIS, 26 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Rabanne dikenali sejak sekian lama sering melantik duta yang sukar dilupakan: figura ikonik yang mencerminkan semangat dan misi berani La Maison, serta memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk menempa masa depan yang lebih kreatif dan terangkum.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/English/9286251-global-superstar-gigi-hadid-new-ambassador-million-gold-for-her/
Tahun ini, Rabanne membuat pelantikan yang paling berani, dan dengan bangganya mengumumkan bintang global, Gigi Hadid sebagai wajah Million Gold For Her: Minyak wangi pertama dalam dunia wangian berwawasan yang merangkumkan aspek keanggunan wanita yang memikat dan mengujakan ke dalam wadah yang diidam-idamkan lengkap dengan XL Link daripada rangkaian barang kemas ikonik Rabanne.
Siapa lagi yang lebih sesuai untuk menyerlahkan wangian baharu yang berani ini selain Gigi Hadid? Menjadi antara model terkenal yang paling berpengaruh dalam generasinya, Gigi juga merupakan seorang pengacara TV dan usahawan—ikon yang tiada tandingan dan menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia. Dinamik, mempesona dan tidak gentar menjadi diri sendiri, Gigi Hadid menggunakan ekspresi dirinya untuk terus memacu kejayaan, menarik lebih 78 juta pengikut di Instagram. Hari ini, Gigi mengetuai detik penting dalam sejarah Rabanne dengan mempamerkan keberanian seorang wanita dalam wangian baharu yang istimewa dan berkilauan dek sentuhan emas.
Dengan pelancaran Million Gold For Her, Gigi menerajui kempen yang membangkitkan keterujaan dan memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk menolak kelaziman dan mengakui identiti sendiri. Dicipta oleh
Mert Alas dan Manu Cossu, kempen ini diiringi muzik Rabanne yang paling berani setakat ini: Pure/Honey oleh Beyoncé, yang pastinya lagu ikonik tentang pemerkasaan dan kejayaan wanita.
Ketika Gigi melangkah ke pentas dengan gaun Rabanne berwarna emas yang dihiasi kristal Swarovski, semua mata tertumpu pada Gigi. Dia menari, bergerak, dan memetik jari gaya Rabanne. Dia satu dalam sejuta. Dengan semua yang dilakukan dan diperjuangkannya, Gigi mencerminkan semangat dan keberanian Rabanne, menerajui era baharu keghairahan emas yang tidak dapat dinafikan.
"Million Gold For Her mengingatkan saya akan ciri Maison yang ada pada Rabanne. Ia luar biasa dan indah, dengan aroma mawar, lavender, serta nuansa 'masin' mineral kesturi. Saya suka keseimbangan aromanya. Wangian ini memberikan kesan maskulin kepada personaliti saya, jadi saya suka campuran elemen kewanitaan dan maskulin dalam satu wangian." Gigi Hadid
"Gigi membawa semangat legasi kami. Saya nampak dalam dirinya persamaan dengan dewi seni Monsieur Rabanne yang ikonik - daripada Jane Birkin kepada Jane Fonda sebagai Barbarella. Dia juga mempamerkan keperibadiannya yang unik, membuatkan dirinya seperti jelmaan wanita Rabanne moden yang sempurna." Jerome Leloup – Naib Presiden Rabanne
Gigi akan muncul dalam kempen ini mulai 26 Ogos 2024. Million Gold For Her boleh dibeli dalam botol bersaiz 30ml, 50ml, 90ml, dan 200ml isian semula, berserta Losen Badan dan Penyembur Deodoran.
Video - https://mma.prnasia.com/media2/2488578/Rabanne.mp4
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2487585/Rabanne_Gigi_Hadid.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2454858/4872165/RABANNE_Logo.jpg?p=medium600