Pelancaran platform ini menandakan tawaran perkhidmatan penuh pemantauan media Cision pertaman yang disesuaikan untuk pasaran Asia Pasifik.
CHICAGO, 27 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Cision, syarikat peneraju dalam penyelesaian kecerdasan pengguna dan media, pada hari ini mengumumkan pelancaran platform CisionOne di rantau Asia Pasifik (APAC). Perluasan ini menandakan kemasukan pertama Cision ke dalam perkhidmatan penuh pemantauan media di rantau Asia Pasifik, melengkapkan jenama sedia ada syarikat tersebut seperti Brandwatch dan PR Newswire dengan menyediakan penyelesaian yang menyeluruh.
Pilihan Baharu yang Menarik untuk Komunikator di Asia Pasifik
Pasukan komunikasi korporat dan kerajaan kini mempunyai pilihan baharu yang menarik untuk kecerdasan media bertaraf perusahaan di pasaran Asia Pasifik dengan pelancaran CisionOne ini. Platform yang komprehensif ini melengkapkan para pakar perhubungan awam dan komunikasi dengan peralatan yangdiperlukan untuk memacu pertumbuhan jenama.
Pemantauan masa nyata merentasi semua saluran media iaitu cetak, dalam talian, TV, radio, media sosial, podcast, dan majalah, CisionOne membolehkan pengguna sentiasa berada di hadapan dan bertindak balas dengan cepat terhadap trend pasaran yang sedang berkembang. Platform ini mempunyai keupayaan analisis dan pelaporan yang kuat mengubah data mentah menjadi pandangan yang boleh diambil tindakan, memperkasakan pembuatan keputusan yang bermaklumat. Selain itu, alat Outreach wartawan yang terdapat dalam platform ini turut memperkemaskan usaha komunikasi, menjimatkan masa dan sumber yang berharga.
CisionOne menandakan satu pelaburan besar oleh Cision untuk menyediakan penyelesaian perkhidmatan penuh pemantauan media di seluruh Asia Pasifik buat kali pertama. Pengguna diberikan daya saing yang mereka perlukan untuk berjaya dengan tawaran holistik ini.
Akses Kandungan yang Tiada Tandingannya Mendorong Strategi yang Bijaksana
Platform CisionOne di Asia Pasifik membolehkan pengguna menerima akses yang eksklusif kepada gabungan unik kandungan tempatan dan global yang dipercayai, ini termasuk:
Gabungan yang tiada tandingan ini memperkasakan pengguna untuk sentiasa berada di hadapan dan membangunkan strategi komunikasi berasaskan data yang disesuaikan untuk rantau ini.
Elgar Welch, Presiden CisionOne, mengulas, "CisionOne adalah alternatif alat tradisional yang mengubah keadaan, menyediakan penyelesaian perkhidmatan penuh pemantauan media yang direka khusus untuk rantau Asia Pasifik. Ketangkasan, keberkesanan yang terbukti, dan keupayaan tahap perusahaan disokong oleh skala global Cision dan kandungan tempatan yang dipercayai. Ciri-ciri ini memberi kuasa kepada para pakar perhubungan awam dan komunikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam persekitaran persaingan hari ini. Kami berasa berbesar hati dapat melancarkan platform ini di seluruh Asia Pasifik."
CisionOne tersedia melalui pejabat Cision di Singapura, Hong Kong, Beijing dan Kuala Lumpur. Cision juga mempunyai wakil tempatan di seluruh rantau ini yang tersedia untuk memberikan sokongan berterusan bagi membantu pelanggan memaksimumkan nilai platform berkuasa ini.
Untuk maklumat lanjut tentang keupayaan CisionOne, klik di sini.
Maklumat Tentang Cision
Cision ialah sebuah syarikat peneraju global dalam kecerdasan pengguna dan media, penglibatan dan penyelesaian komunikasi Sayrikat ini menyediakan alat yang diperlukan untuk para pakar perhubungan awam dan komunikasi korporat, pemasaran dan media sosial supaya mereka dapat cemerlang dalam dunia yang dipacu oleh data hari ini. Kepakaran kami yang mendalam, kerjasama data yang eksklusif, dan produk pemenang anugerah kami, termasuk CisionOne, Brandwatch dan PR Newswire, membolehkan lebih daripada 75,000 syarikat dan organisasi, termasuk 84% daripada Fortune 500, untuk dilihat dan melihat, memahami dan difahami oleh khalayak yang paling penting bagi mereka.
Maklumat Hubungan:
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Perhubungan Awam Cision
CisionPR@cision.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2486183/CisionOne_Media_insights.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1536983/Cision_Logo.jpg?p=medium600