omniture

Sany Renewable Energy: Menerajui Transformasi Hijau Industri Kuasa Angin dengan Pensijilan BSI

SANY Group
2024-08-27 13:35 60

SHANGHAI, 27 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Sany Renewable Energy Co., Ltd., pelopor dalam sektor kuasa angin, mencapai kejayaan penting dengan memperoleh pengesahan daripada British Standards Institution (BSI). Pengiktirafan ini menjadikannya yang pertama dalam industri ini yang menerima Pernyataan Pematuhan Perolehan Mampan ISO 20400. BSI, pihak berkuasa global yang terkemuka bagi standard dan kualiti untuk produk, perkhidmatan dan sistem, mengiktiraf syarikat-syarikat yang mengintegrasikan amalan perolehan mampan ke dalam operasi mereka, menetapkan penanda aras global untuk pembangunan mampan.

Sany Renewable Energy Leading the Wind Power Industry's Green Transformation with BSI Certification
Sany Renewable Energy Leading the Wind Power Industry's Green Transformation with BSI Certification

Pensijilan ini merupakan langkah penting ke hadapan untuk Sany Renewable Energy dalam memenuhi standard pembangunan mampan antarabangsa. Ia turut meningkatkan rangka kerja ESG syarikat,  menunjukkan komitmennya kepada perolehan hijau dan dedikasinya kepada kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Memacu Transformasi Hijau dan Integrasi Rangkaian Tenaga

Sebagai peneraju dalam penyelesaian kuasa angin berskala besar, Sany Renewable Energy berada di barisan hadapan bagi pembuatan pintar dan inovasi sistem digital. Usaha syarikat ini untuk mengukuhkan grid kuasa serantau dan mengintegrasikan pelbagai sumber tenaga penting dalam membantu usaha Eropah mencapai kebebasan tenaga, mengurangkan emisi karbon dan memupuk revolusi tenaga mampan. Peralihan ini bukan sahaja memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kuasa elektrik, bahkan turut menggalakkan pemeliharaan alam sekitar berserta kemakmuran ekonomi, menyokong pencapaian matlamat iklim global.

Ladang Angin Megawatt Besar Capai Kejayaan Penting

Di utara China, khususnya di kawasan timur laut yang mana permintaan tenaga sering mengakibatkan kekurangan kuasa, integrasi 66 turbin angin Sany Renewable Energy ke dalam grid pada Mei 2022 merupakan sesuatu yang bersifat transformatif. Dengan menyalurkan kuasa elektrik janaan angin dari timur laut ke Shandong melalui talian penghantaran Arus Terus Voltan Ultra-Tinggi Lugu, kini syarikat menyokong keperluan tenaga kira-kira 300,000 isi rumah, menonjolkan kemajuan teknologi yang penting dalam sektor kuasa angin China dan berfungsi sebagai model untuk sinergi tenaga serantau.

Di Padang Rumput Horqin, Daerah Tongyu, Wilayah Jilin yang luas, Ladang Angin Longhai Shuifa yang mengagumkan yang luas terbentang dengan 66 turbin setinggi seratus meter yang menjulang ke langit. Pemasangan ini berperanan sebagai sesuatu yang penting dalam inisiatif Jilin Power to Shandong industri tenaga rantau ini dan merupakan elemen strategik dalam rancangan tenaga Lima-Tahun ke-14 China, berfungsi sebagai tapak uji untuk teknologi kuasa angin yang inovatif. Penerimaan teknologi canggih oleh ladang ini seperti teknologi transformer-bahagian-atas untuk pencawang kotak dan teknologi plat bertetulang kaca pultrud termaju untuk bilah turbin mentakrifkan semula standard dalam industri ini, mencapai kemuncak menerusi penerimaan China Wind Energy Pioneer Award yang diidamkan dalam industri ini.

Memandang ke hadapan, Sany Renewable Energy komited untuk meningkatkan rangka kerja ESGnya dengan menekankan perolehan mampan, sejajar dengan Garis Panduan ISO 20400. Langkah yang strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi, bahkan melangkaui jangkaan pelanggan dan pihak berkepentingan untuk kemampanan dan dalam masa yang sama memperkasa rantaian industri keseluruhan untuk memulakan perjalanan transformasi rendah karbon berperingkat. Dengan meningkatkan kolaborasi pembekal, Sany Renewable Energy membina ekosistem rantaian bekalan yang bingkas dan mampan, mewujudkan asas kukuh demi pertumbuhan jangka panjang syarikat yang mampan dan makmur.

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services Cision Influencer List - ESG