omniture

Huawei dan Vodacom Tanzania Lancar Program DigiTruck Memacu Tanzania Digital Inklusif dan Mampan

Huawei
2024-08-28 00:32 33

DAR ES SALAAM, Tanzania, 28 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Huawei dan Vodacom Tanzania berganding bahu untuk melancarkan inisiatif DigiTruck bagi menyediakan pendidikan dan kemahiran digital kepada penduduk di Tanzania.

Distinguished guests at the DigiTruck launch officiated by Hon. Dr. Doto Mashaka Biteko, Deputy Prime Minister of the United Republic of Tanzania (fourth from right)
Distinguished guests at the DigiTruck launch officiated by Hon. Dr. Doto Mashaka Biteko, Deputy Prime Minister of the United Republic of Tanzania (fourth from right)

The DigiTruck mobile classroom
The DigiTruck mobile classroom

Inisiatif ini akan melengkapkan visi kerajaan Tanzania untuk memupuk inovasi, keterangkuman dan pembangunan mampan melalui penggunaan teknologi digital.

Pelancaran disempurnakan oleh YB. Doto Mashaka Biteko, Timbalan Perdana Menteri Republik Bersatu Tanzania, yang disertai oleh YB. Jerry William Silaa, Menteri Komunikasi Maklumat dan Teknologi Maklumat; T.Y.T. Duta Chen Mingjian, Duta Besar Republik Rakyat China ke Tanzania; dan para tetamu kehormat lain dari sektor awam dan juga swasta.

"Saya berbesar hati dapat berada di sini bagi mewakili Presiden Republik Bersatu Tanzania pada majlis yang bersejarah ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Huawei dan Vodacom atas inisiatif mendalam ini yang benar-benar akan melengkapkan usaha pendigitalan kerajaan. Data jelas menunjukkan bahawa sebagai sebuah negara, kami perlu berusaha untuk merapatkan jurang digital dan meningkatkan tahap literasi digital. Jelas sekali bahawa pengusaha daripada pihak kerajaan dan juga sektor swasta perlu bersatu untuk mengatasi cabaran ini. Negara kami merupakan sebuah negara yang besar, justeru itu saya berharap Huawei dan rakan kongsinya dapat mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak DigiTruck agar dapat mendekati lebih ramai orang dan mempercepatkan revolusi digital di Tanzania," kata YB. Doto Mashaka Biteko, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga di Tanzania.

YB. Jerry William Silaa, Menteri Komunikasi Maklumat dan Teknologi Maklumat, mengulangi keperluan mendesak terhadap literasi digital dan kewangan di Tanzania bagi membolehkan negara ini mengejar revolusi digital yang sedang dilaksanakan.

"Kerajaan Republik Bersatu Tanzania memberi penekanan yang ketara ke atas penggunaan ICT, termasuk kemahiran digital, sebagai asas kepada pembangunan negara. Kami percaya bahawa masa depan Tanzania terletak di tangan belia kami dan menyediakan kemahiran digital yang diperlukan kepada mereka menjadi keutamaan tertinggi kami. Selaras dengan ini, kerajaan memulakan pelbagai program termasuk intervensi dasar seperti Strategi Ekonomi Digital Nasional 5 tahun 2024, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital di seluruh negara. Pelancaran projek DigiTruck ini, yang dibiayai oleh Huawei dan Vodacom akan membantu meningkatkan kapasiti digital negara kami dan membolehkan Tanzania meningkat dalam kedudukan global," kata YB. Silaa.

Program DigiTruck Tanzania direka untuk memperluas latihan kemahiran digital ke kawasan terpencil Tanzania, terutamanya belia dan wanita. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Huawei terhadap rangkuman digital melalui program TECH4ALL yang bertujuan untuk memacu kesaksamaan dan kualiti dalam pendidikan demi memberi manfaat kepada komuniti terpencil dan kumpulan terabai di Tanzania.

"Projek DigiTruck Huawei dan Vodacom bukan sahaja merupakan inisiatif utama untuk mengeratkan persahabatan dan kepercayaan secara berterusan antara rakyat kedua-dua negara, tetapi juga merupakan kerjasama praktikal bagi menggalakkan rangkuman digital dan kerjasama pembangunan mampan dalam domain teknologi digital, demi merealisasikan visi transformasi digital Tanzania," kata T.Y.T. Duta Chen Mingjian, Duta Besar Republik Rakyat China ke Tanzania.

DigiTruck akan memandu merentas seluruh Tanzania, meliputi sepuluh wilayah pada tahun pertama. Ia akan memanfaatkan penyelesaian ICT yang inovatif bagi menjadikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh lebih ramai orang, terutamanya pelajar di kawasan terpencil. Menjelang penghujung tahun kedua, matlamatnya adalah untuk meliputi seluruh negara dan membawa manfaat pendidikan digital kepada beribu-ribu rakyat Tanzania. Kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif Vodacom Tanzania dan Huawei berjanji untuk saling bekerjasama bagi menjadikan projek ini sebagai suatu kisah kejayaan sebenar di Tanzania.

Pelancaran ini dibuat susulan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) pada 15 Februari 2024 antara kedua-dua syarikat, yang membuka jalan untuk meninjau peluang kolaborasi dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), penglibatan untuk pecutan syarikat pemula dan kemahiran digital.

Selain Tanzania, Huawei menjalankan inisiatif DigiTruck di 18 negara, memberi manfaat kepada lebih 93,000 orang di serata dunia.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL 

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Diupayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL direka untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Huawei TECH4ALL di
https://www.huawei.com/en/tech4all 

Ikuti kami di Twitter melalui
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Cloud Computing / Internet of Things